Bimbang

2.5K 177 8
                                    

Adrian dan Stella memandang Evy sekilas dan mula berjalan keluar dari rumah mereka. Ke mana mereka pergi? Sudah tentulah ke Diamond Academy untuk mencari apa yang Evy mahukan.

Tanpa Evy sedar, Adrian dan Stella ada rancangan lain di sana. Kalau ada yang tanya keadaan rakan sepasukan yang lain, Akira memandang tajam ke arah Stella yang dekat dengan Adrian a.k.a kekasih paksa tanpa rela Adrian.

Misaki memandang sayu ke arah mereka berdua. Yelakan, kumpulan mereka tidak cukup. Bagi Misaki, Stella sudah dianggap kakaknya sendiri walaupun Stella tidak sependapat dengan Evy.

Mizuki? Mizuki mengelap air mata palsunya. Dia melambai tangannya dengan penuh 'drama'. Sampai Evy naik geram melihatnya.

"Mereka pergi buat misi, bukan kena gantung mati. Jangan nak berdrama sangat." perli Evy dengan sinis.

Mizuki memandang ke arah Evy yang nampak tidak kisah. Dia sedikit sedih + geram dengan sikap Evy. Selama ni dia sabar je dengan Evy. Nak marah? Nanti kena racun dengan Evy, tak pasal² dia mati dan tinggalkan satu-satunya adik kesayangannya.

"Sampai hati kau Evy, kita tak tahu apa yang ada di sana. Bahaya tau tak? Mereka juga sepasukan dengan kita, kalau mereka kena terkam dengan binatang buas, macam mana?" soal Mizuki dengan sedikit geram.

Bukan apa, bagi Mizuki.. Evy sebagai ketua, kenalah memberi semangat atau mengarahkan mereka untuk melakukan misi bersama-sama. Baru namanya pasukan. Walaupun pasukan kegelapan.

Evy memandang sinis ke arah Mizuki.

"Mereka nak mati ke apa ke..aku tak kisah. Yang aku nak hanyalah misi tu berjaya." jawab Evy.

"Macam mana kalau mereka dalam bahaya dan tak boleh meminta pertolongan kita semasa mereka duduk jauh? Kan susah kalau macam tu." ujar Misaki dengan risau.

"Pandai-pandai la mereka uruskan. Aku malas nak layan. Lagipun, korang kan ada. Kalau mereka mati, korang yang akan teruskan misi ni." ujar Evy dengan selamba.

"Tapi Evy! Aku taknak Adrian mati. Dia kekasih aku." tegur Akira dengan manja dan sedikit kuat + kasar.

Evy memandang tajam ke arah Akira dan itu berjaya membuatkan Akira sedikit takut, tetapi dikawal riak wajahnya di hadapan Evy.

"Jangan nak banyak bunyi pulak ye, dah kira bersyukur aku tak suruh kau buat misi ni, kalau tak, kau yang akan mati." jawab Evy dengan penuh sindirian.

Mereka terdiam kerana malas berdebat dengan Evy. Kalau diteruskan juga, mungkin mereka akan mendengar sindirian Evy lebih tajam lagi. Evy bukan boleh buat main-main.

---

Adrian dan Stella tersenyum apabila sudah sampai di tempat tujuan mereka. Ya, walaupun mereka sampai pada waktu malam.

Agaknya buka tidak pejabat Diamond Academy pada waktu malam? Sebab mereka mahu daftar dan boleh tidur sambil menunggu hari esok.

"Happy nampak?" soal Stella dengan senyuman. Walaupun dia tahu apa yang dirasakan oleh Adrian sekarang ini.

Adrian memandang Stella dan mengangguk menanggapi ucapannya.

"Aku happy sebab dapat jumpa dengan Rine. Dan bebas dari Evy termasuk Akira. Kau tak rasa bebas ke? Aku suka sangat situasi macam ni." jawab Adrian dengan senyuman.

Stella mengangguk faham.

"Memang aku rasa bebas. Cuma bebas dari Evy walaupun sementara. Tapi kalau tentang rasa kebebasan sebenar, aku tak rasakannya sebab aku adalah puak kegelapan yang asli, bukan macam kau. Jadi, tidak mustahil kau rasa macam tu." ujar Stella dengan panjang.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now