Berbaik

4.7K 224 132
                                    

Di ruang makan istana Kerajaan Element sangat ramai ketika ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di ruang makan istana Kerajaan Element sangat ramai ketika ini.

Mana tak ramainya, semua empat keluarga ada termasuk dengan Power of Group kecuali satu orang.

Iaitu Yui.

Nampaknya Yui tidak turun lagi. Entah belum bangun ataupun malu bersua muka dengan mereka.

"Rine."

Panggilan Melody membuatkan Rine tersedar dan memandang Melody dengan tanda tanya.

"Pergi kejutkan Yui sayang. Suruh dia turun makan bersama kita." Ujar Melody dengan lembut.

Rine menghembus nafas beratnya.

"Malas la mummy. Suruh jela Felix yang kejutkan." Balas Rine dengan tidak suka.

Melody memandang Rine dengan senyuman yang sulit diertikan. Entah kenapa dia nerasa geram dengan anak sulungnya itu.

Padahal dia sudah nasihatkan malam tadi.

"Baiklah kalau Rine tak nak lakukan apa yang mummy suruh. Semua orang tak boleh makan selagi Rine tidak kejutkan Yui!" Tegas Melody dengan geram.

Terkejut semua yang ada di situ apabila mendenga kata2 dari Melody. Andrew yang sudah menjadi Raja pun tidak dapat nak membantah kata2 dari adiknya sendiri.

Manakala Felix yang baru sahaja ingin mengambil rusa panggang terus terkaku.

"Ap-apa? Mummy--"

Tak sempat Rine ingin memprotes, Melody sudah menyilang tangannya setelah membeku seluruh makanan yang ada di meja makan.

Rine bergedik ngeri apabila melihat semua orang terutamanya Achille yang tidak mendengar arahan dari Melody.

"Pergi kejutkan Yui sekarang, Rine!" Paksa Edrina dengan geram.

"Cepatlah! Aku dah lapar ni!" Balas Felix sambil mengelus perutnya yang sudah berbunyi.

Rine menghela nafas kasarnya dan melangkah kakinya ke ruang atas.

"Aduhh..kenapa aku?" Gumam Rine dengan miris.

---

Setelah sampai di tempat tujuan, Rine dengan berat hatinya membuka pintu bilik Yui dengan kasar.

Dia dapat melihat badan Yui yang bergelut di dalam selimut.

Dengan langkah perlahan-lahan, Rine menuju ke arah Yui dan menepuk bahu Yui yang masih terlena.

"Woi. Bangun la! Semua dah kebuluran tunggu kau!" Ujar Rine dengan sedikit kasar.

Rine dapat melihat Yui yang telah membuka mata perlahan-lahan. Yui terkejut kerana Rine ada di hadapannya.

"Ri-Rine?"

"Ya, ni aku. Dah lupa ingatan ke apa?" Soal Rine lantas berlalu pergi.

Tetapi langkahnya terhenti apabila Yui memanggilnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now