Yui

2.9K 214 23
                                    

"Kau betul² akan pergi ke Yui?" soal seorang perempuan yang berambut hijau.

Yui mengangguk pantas dan menunduk.

"Aku kena lindungi mereka dari ancaman Miyako. Kau pun tahu kan apa tugas aku selepas salah seorang dari mereka sudah masuk ke taman ni." ujarnya lantas duduk di atas kerusi kayu bercorak bunga mawar.

Miyako hanya mengeluh berat dan mengangguk faham apa yang dikatakan oleh Yui.

"Tapi kau kena ingat Yui, kita sebagai angel tak boleh jatuh cinta. Kalau tak, kau akan musnah untuk selama lamanya." pesan Miyako sambil memengang bahu Yui.

Yui hanya tergelak kecil.

"Apa la kau ni. Aku pergi sebab jalankan tugas, bukan cari pasangan."

"Yui, cinta tak mengenal tempat dan masa. Aku hanya berpesan." ujar Miyako dengan lembut.

Yui memandang Miyako dan mengangguk faham. Walaupun sebenarnya dia tak yakin.

"Habis bila kau pergi?" soalnya kepada Yui.

Yui yang mendengar soalan Miyako terus tersenyum.

---

Adrian duduk di balkoni biliknya. Dia memikirkan sesuatu perkara sampai tak sedar Stella memasuki biliknya.

"Adrian. Evy panggil kau."

Setelah itu, Stella terus keluar dari bilik Adrian. Dia tak suka masuk bilik lelaki, kalau bukan sebab Evy yang suruh, memang malas dia nak jejak kaki ke situ.

Adrian mengeluh berat.

"Apa pula kali ni?"

Adrian terus pergi ke bilik mesyuarat. Setelah itu, dia ternampak Evy di hujung sudut bilik. Tanpa membuang masa, dia terus menuju ke arah Evy yang sedang memengang satu botol kecil sambil tersenyum sinis.

Dahi Adrian berkerut seribu apabila Evy menuangkan sesuatu dalan botol tersebut.

"Kenapa panggil aku?"

"Aku ada tugas untuk kau." ujar Evy dengan serius.
"Apa?"
"Kau tuang cecair ni pada tubuh Rine."

Untuk seketika, dunia Adrian seperti runtuh dan hancur berkecai.

"Wh-what? Tapi kenapa aku?" soalnya dnngan gelisah.

"Takkan la si kembar tu pulak? Mereka hanya akan bantu kau dari belakang. Akira pula akan alihkan perhatian perempuan tu. Jadi senang la kau nak tuang." jelasnya lantas menyilangkan kakinya.

Dahi Adrian sudah berpeluh hebat. Evy yang perasan perkara itu terus tersenyum sinis.

"Ha--habis tu Stella?" soal Adrian lagi.

"Dia malas. Dan aku bagi dia rehat untuk dua hari. Jadi, ini adalah tugas kau pula. Jangan bimbang pasal suhu dekat sana. Sebab mereka sudah hampir dengan hutan, jadi tak panas sangat dekat sana."

Evy terus memberi botol kecil itu kepada Adrian. Adrian mengambil botol itu dengan teragak-agak.

"Ni cecair racun lagi ke?"

"Oh..tak. Cecair tu tak bahaya pun, cuma..mematikan mangsanya sahaja." ujar Evy dengan wajah yang tidak bersalah.

"Mematikan?"

"Ya..tapi mematikan dalam maksudnya di sini adalah pengsan untuk seketika. Tapi cecair itu sangat menyeksa. Kau pun tahu kan, aku suka tengok orang terseksa." ujarnya dengan sinis.

Adrian hanya mengangguk dan meninggalkan Evy yang masih lagi tersenyum sinis.

---

"Arghhhhhh!!"

Yang menjerit itu adalah Michael. Ranting yang dia pegang itu telah patah dan berjaya menyebabkan dia jatuh.

Dia terus menutup matanya dengan erat dan memengang daun bintang itu dengan sekuat hati.

Baru sahaja yang lain ingin menyelamatkan Michael, satu cahaya yang sangat terang telah menyelamatkan Michael dari terjatuh ke tebing yang sangat dalam.

Michael membuka matanya dan terkejut memandang ke belakang kawan²nya. Mereka memandang ke belakang apabila Michael mengisyaratkan dengan matanya.

Mereka memandang pelik ke arah seorang perempuan yang bermata hijau.

"Er..kau siapa?" soal Rayyan dengan pelik.

Perempuan itu tersenyum sebelum menjawab.

"Yui Valiara."

"Macam kenal.."





































Tbc..

Okay..cau dulu..😂😂

Nanti update lagi tau..

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now