Medusa Si Penjaga

3K 213 34
                                    

Setelah berjam jam lamanya mereka berjalan, mereka terhenti beberapa saat, dan mulakan perjalanan semula.

Tetapi seminit setelah itu, mereka berhenti semula. Bukan kerana letih berjalan, tetapi merasa janggal.

"Korang rasa tak apa yang aku rasakan sekarang?" soal Michael kepada yang lain.

"Ya, aku rasa apa yang kau rasa." ujar Rayyan dan disetujui yang lain.

Mereka semua mula bersiap siap untuk bertahankan diri jika ada yang menyerang.

Yui memandang pelik ke arah sebuah semak jingga yang berdekatan dengan mereka.

"Korang..cuba tengok di sana." ujar Yui sambil menunjukkan ke arah semak yang sedikit bergoyang.

"Ada apa dekat semak tu?" soal Rine dengan pelik dan dibalas gelengan daripada Yui tanda 'tidak tahu.'

Mereka memerhatikan semak itu sehinggalah semak itu berhenti bergoyang.

Mereka mula bernafas lega.

"Aku rasa itu han--"

Tak sempat Felix ingin bercakap, sesuatu 'benda' telah menyerang mereka dengan libasan ekor besar milik 'benda' itu.

Mereka semua tercampak agak jauh dari tempat mereka.

Edrina memerhati sekeliling yang sudah dikelilingi oleh asap tebal.

"Peliknya, kenapa tiba² ada asap tebal ni?" soal Edrina lantas mengarahkan Fasha untuk keluarkan Wolfnya.

Fasha mengeluarkan wolf miliknya, setelah itu, wolf Fasha mula menghilangkan asap di sekeliling itu.

Barulah Edrina dan Fasha nampak semua kawan²nya yang sedang berwaspada.

"Medusa?"

Edrian dan Fasha memandang Yui, salah! Bukan Edrian dan Fasha sahaja tetapi semua memandang Yui.

Yui mengarahkan mereka untuk berpaling ke hadapan. Terkejut mereka apabila memandang medusa yang 5 kali lebih besar dari mereka dan filem² yang ada.

Hampir terkencing Felix memandangnya.

"Ke--kenapa besar sangat medusa tu? Betul² menakutkan." ujar Felix dengan bulu yang meremang.

Rine mendengus geram dan menutup matanya apabila medusa tersebut memandang ke arahnya.

"Semua tutup mata jika dia pandang korang!!" arah Alsya dengan kuat.

Mereka mula menutup mata mereka kecuali Yui. Yui memandang Medusa itu dengan tatapan memohon.

"Maafkan kami.Tapi boleh kami tanya, kenapa marahkan kami? Kami hanya tumpang lalu sahaja." ujar Yui.

Yang lain pelik kerana Yui bercakap dengan Medusa. Dalam fikiran mereka semua mengatakan : Yui tu tak takut mati ke apa?

Medusa memandang Yui dengan tajam dan mengetatkan giginya.

"Aku adalah Medusa, penjaga sempadan hutan herba dan hutan perak. Kalian semua telah mencerobohi sempadan aku! Siapa yang tidak marah?!"

Yui menutup telinganya kerana jeritan kuat dari Medusa. Wajarlah Yui berbuat sedemikian, kerana suara Medusa sangat kuat dan menyakitkan telinga.

"Sempadan? Di sini adalah sempadan? Maaf Medusa, tapi kami tidak tahu mengenai sempadan ni. Tolong benarkan kami lalu." mohon Alsya dengan mata yang masih tertutup.

Medusa mendengus geram.

"Kalian semua datang ke sini tanpa diundang. Dan kalian senang² mahu pergi?! Kalian sepatutnya harus dibunuh!"

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now