Ke Dunia Bawah

2.4K 152 22
                                    

Terlihat dua orang angel sedang berjalan dengan pantas untuk menuju ke ruang peribadi Raja.

Tak lain tidak bukan adalah Yui dan Haru. Dan kenapa mereka tidak terbang? Ini disebabkan salah satu peraturan istana. Di dalam istana tidak dibenarkan terbang untuk menghormati Raja.

Kalau readers ada terdetik dalam hati bertanya di mana Permaisuri, jawapannya adalah Permaisuri tidak ada. Raja tidak berkahwin. Atas alasan masih tidak jumpa orang yang sesuai dengan pilihan hatinya.

Haru membukakan pintu untuk Yui masuk ke dalam. Raja tersenyum apabila Yui berada di hadapannya sekarang.

"Kenapa uncle panggil Yui?" soal Yui dengan pantas.

Bukan apa, takut juga jika ada masalah dengan Kerajaan Angel. Selalunya Yui yang membantu Raja dalam hal tersebut.

Raja menggeleng kepalanya dengan soalan Yui.

"Jangan bimbang tentang kerajaan ni, semuanya okay. Cuma, ada hal yang lagi penting dari tu."

Haru dan Yui saling berpandangan.

"Apa dia tuanku?" soal Haru dengan penuh ingin tahu.

Raja menghela nafasnya dan memandang serius ke arah Yui dan pandangan itu berjaya membuatkan Yui berasa agak gementar.

"Yui ditugaskan untuk menyamar menjadi pelajar di Diamond Academy untuk melindungi Power of Group." ujar Raja dengan sekali nafas.

Terbuntang mata Yui dan Haru apabila mendengar Raja berkata sebegitu.

"Tapi tuanku--"

"Maaf Haru, tapi beta suruh Yui juga. Beta tahu kamu banyak tugas dan bimbang dengan keselamatan Yui. Tapi tenanglah, semuanya akan baik-baik sahaja." jelas Raja apabila Haru ingin berkata lebih lagi.

Haru memandang Yui dengan pandangan yang sulit diertikan.

"Yui?" soal Haru.

Dia perlu mengetahui isi hati Yui, jika Yui mahu, dia hanya menyetujuinya. Dia tidak boleh buat apa² jika Yui setuju.

"Bagaimana Yui? Uncle yakin yang puak kegelapan akan berjaya keluar juga nanti. Jika mereka keluar, Uncle takut yang mereka merancang strategi yang lagi bahaya dari dulu." jelas Raja dengan penuh harapan. Yelakan, Yui satu-satunya anak saudara dia dan orang kepercayaannya.

Dia tahu yang Yui mampu lakukannya.

Yui memandang Haru sekilas dan memandang Raja semula. Yui menarik nafas dan mengangguk setuju.

"Baiklah. Yui akan buat apa sahaja untuk keselamatan Power of Group." ujar Yui.

Haru menunduk kepalanya kerana sikap baik hati Yui. Dia tidak mahu Yui cedera lagi. Dia sudah hampir trauma semenjak Yui tidak sedarkan diri hari itu.

Raja tersenyum gembira kerana Yui menyetujuinya.

"Baiklah kalau begitu. Haru, kamu tolong hantar Yui ke dunia bawah dan pastikan Yui selamat sampai ke akademi." arah Raja dengan tegas.

Haru mengangguk lemah. Semasa mereka ingin meninggalkan Raja, Raja memanggil Yui.

Yui memandang pelik ke arah Raja.

"Kenapa uncle?"

"Tolong rahsiakan perkara ini baik² Yui. Jangan sampai semuanya diketahui oleh Raja Kerajaan Element. Nanti kawalan kita makin ketat dan mungkin kita tidak dapat turun ke dunia bawah untuk selamanya." ujar Raja dengan serius.

Yui mengangguk faham dan mula meninggalkan Raja.

---

Semasa Power of Group sedang berehat, tiba² sahaja mereka terdengar pengumuman.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now