DENDAM DAN CINTA 02

56.7K 1.5K 33
                                    


" Whatever it is.. Aku takkan putus asa! Aku kena jugak cari jalan supaya Aydan jadi milik aku! " Karlisa berbisik sendirian. Gelas diangkat lalu disisip ke bibir sambil matanya merenung tajam Aydan dan isterinya yang sedang menjamu selera di meja pengantin. Karlisa memusing tubuhnya ingin berlalu dari situ.

" Woii kau ni! " Arfiq menjerit apabila tubuhnya dilanggar Karlisa.

" Sorry-ii.. " Karlisa ingin berlalu namun gelangnya pula tersangkut pada baju Arfiq.

" Ish yang kau ni lekas-ii nak pergi mana? " Arfiq menjeling seraya melepaskan gelang Karlisa yang tersangkut pada bajunya.

" I nak pergi toilet.. " Karlisa terus berlalu dari situ.

~•~

" Selamat pengantin baru! " Arfan tersenyum riang lalu berjabat tangan dengan abangnya.

" Welcome to our family! " ucap Ayqal kepada Alya. Kelihatan Alya hanya tersenyum kecil.

" Kak Alya jaga-ii tau malam ni kena terkam! " usik Aryan. Wajah Alya mula kemerahan. Jari jemarinya yang berinai digenggam kuat.

" Yan.. " Aydan menegur. Kasihan melihat wajah Alya yang sudah berubah seperti tenuk tercekik halkum. Aryan tersenyum nakal. Kening diangkat berkali kali.

" Abang Yan kahwin nanti.. Siap la kitorang usik bini abang kaw-ii punya.. " ujar Arfan lalu tersenyum. Aryan terus terdiam.

" Tahu pun takut orang usik kesayangan dia.. " ujar Arfiq namun masih kekal dengan riak wajah dinginnya. Aryan mencebik.

" Abang nak naik rehat.. " ujar Aydan lalu mengangkat punggung dari sofa dan terus mengatur langkah menuju ke biliknya di atas.

" Awal lagi lah abang.. Tak lari gunung dikejar.. " Aryan masih mengusik serta tidak serik dengan kata-ii Arfiq. Alya pula tidak tahu hendak berbuat apa..

" Kak Alya.. Pergi lah ikut Abang Ann.. Dia dah tak sabar dah tu.. " Aryan memandang Alya dengan senyuman mengusik. Alya hanya tersenyum tawar. Susah betul lah kahwin dengan Aydan.. Ramai adik beradik lelaki. Tak boleh buat geng. Perempuan ada seorang sahaja. Itu pun pendiam.

~•~

Alya memulas perlahan-lahan tombol pintu bilik Aydan. Kelihatan Aydan sudah pun tidur. Alya menarik nafas lega. Teringat pula usikan adik-ii Aydan. Tapi tak mungkinlah Aydan akan memaksa atau berkasar dengannya. Tengok muka pun tahu. Tak nampak gatal pun.. Alya berbaring perlahan-lahan disebelah Aydan. Dia cuba meminimakan pergerakkannya agar Aydan tidak terjaga. Baru sahaja kepalanya mencecah bantal, suara Aydan menerjah.

" Lambat naik.. " tegur Aydan dengan mata yang masih terpejam.

" Err.. Saya tengok tv.. " bohong Alya. Aduhai tak sampai sehari kahwin dah buat dosa. Habistu takkan nak jujur cakap yang dia takut nak naik sebab risau Aydan terkam dia? Gila!

" Abaikan aje apa yang adik-ii aku cakap. Diorang mengusik aje. Aku bukannya jenis terjah tak tentu pasal. Aku takkan paksa kau dan aku mintak maaf kalau aku tak mampu nak berikan nafkah yang tu.. Aku tak bersedia lagi.. " ucap Aydan dengan nada yang mendatar. Alya terdiam. Tak bersedia? Selalunya perempuan yang tak bersedia.. Haha lawak lah laki aku nih.

" Saya faham.. " ujar Alya. Aydan menghela nafas lega.

" Aku mintak maaf kalau aku tak dapat bahagiakan kau.. " ujar Aydan. Wajah Alya berkerut. Baik sangat lah dia ni! Berbeza betul perangai dengan adik-ii yang lain.

" Takpe Aydan.. Saya kahwin dengan awak sebab saya ikhlas. Saya takkan desak awak. Saya tahu awak cintakan dia. Dan saya pun takde lah gatal sangat sampaikan nak paksa awak bersama saya.. " Alya ketawa kecil. Aydan turut tersenyum. Wow Alya! Dalam masa tak sampai 24 jam kau dah berjaya buat aku tersenyum.

" Dah lah. Tidur-ii. Saya dah mengantuk dah ni. Goodnight! " ucap Alya.

" Nite.. " Aydan yang tidak mengantuk terus tercelik. Ceiling putih direnung sehingga fikirannya menerawang mengimbas peristiwa pahit yang lalu.

flashback •

" Abang ni! Sibuk phone je.. Tolonglah Kak Zara angkat barang.. " omel Isyahani sambil tangannya sibuk merecord video menggunakan camera video.

" Abang tengah push rank ni.. Sikit lagi.. Hani tolonglah akak.. " ujar Aydan. Jari jemarinya ligat menyentuh screen iphonenya.

" Abang lupa ke tangan Hani baru pulih. Doktor dah pesan tak boleh angkat berat-ii kang patah balik.. " jerit Isyahani.

" Aydan! Awak ni kan.. Gatal nak kahwin tapi barang-ii kahwin ni semua bukan nak tolong angkat! " Ezzara membebel. Isyahani pula sibuk merecord.

" Hye korang.. Sekarang Isya ada dekat Sogo! Isya teman abang and bakal kakak ipar Isya shopping barang-ii untuk persiapan perkahwinan diorang. Tengok tu Abang Ann.. Dia sibuk dengan game. Kesian Kak Zara.. Isya nak tolong tapi tak boleh.. Yela tangan Isya baru pulih dari patah tak boleh angkat berat-ii. Okayy ini Kak Zara. Bakal kakak ipar Isya. Cantik kan dia? " Isyahani berkata kata sambil tangannya ligat menghalakan camera video ke arah Aydan dan Ezzara serta ke serata tempat parking kereta mall itu. Kehadiran seseorang yang sedang memerhatikan mereka langsung tidak sedari.

To be continue..

Comment, vote and promote this story 💖

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now