DENDAM DAN CINTA 17

32.4K 1.1K 19
                                    


" Ada apa Fiq panggil kitorang semua berkumpul? " soal Aryan dengan lembut. Aydan serta adik beradik yang lain turut tertanya tanya. Aydan agak terkejut apabila Arfiq tiba-ii baik dengannya. Bercakap dengan lembut dan tidak marah-ii dan menyalahkannya seperti selalu.

" Fiq ada benda penting nak bagitahu. " ujar Arfiq pendek membuatkan abang-ii nya semakin tertanya tanya.

" Bagitahu lah cepat. Fiq buat abang nervous tahu tak! " Ayqal sudah tidak sabar. Arfiq tersenyum tawar.

" Fasal Kak Zara dan Isya.. " ujar Arfiq perlahan membuatkan kesemuanya terdiam. Aydan tercengang.

" Atau lebih tepat, pembunuhan Kak Zara dan Isya! " tambah Arfiq lagi.

" Maksud Fiq.. " soal Aydan tidak sabar. Kesemua mereka memandang Arfiq dengan penuh tanda tanya.

" Tadi Fiq masuk bilik Isya. Fiq ada jumpa diary dan camera video yang dah rosak.. Tapi.. Semua video-ii dalam tu masih terselamat dalam memory card yang Fiq dah check guna laptop tadi.. " terang Arfiq satu persatu. Suaranya kedengaran sedikit bergetar. Abang-ii nya mendengar dengan penuh teliti.

" Fiq ada jumpa apa-ii ke yang berkaitan dengan pembunuh tu? " soal Arfan. Kesemua mereka tergamam apabila Arfiq mengangguk.

" Mana bukti tu? Abang nak tengok.. " Aydan sudah tidak sabar. Arfiq membuka diary Isyahani lalu membaca dua coretan yang terakhir sebelum Isyahani diculik dan dibunuh. Mereka berpandangan sesama sendiri. Masing-ii cuba meneka ' dia ' yang dimaksudkan oleh Isyahani.

" Fiq tahu siapa ' dia ' tu. " kata-ii Arfiq membuatkan abang-ii nya merenung tepat ke arahnya menantikan jawapan.

" Karlisa.. " ujar Arfiq perlahan. Aydan tergamam. Fikirannya mengimbas kembali semasa Isyahani ingin mengutarakan sesuatu namun terbantut setelah melihat Karlisa.

" Macam mana Fiq tahu? " soal Arfan menginginkan kepastian.

" Tengok ni.. Rakaman masa Kak Zara kena bunuh. Fiq pernah nampak Karlisa pakai baju ni dan.. Tengok kat tangan dia.. Gelang! Fiq yakin sangat pembunuh ni adalah dia sebab gelang ni pernah pakai tersangkut dekat baju Fiq masa dia terlanggar Fiq. " terang Arfiq dengan panjang lebar. Screen laptop dihalakan menghadap abang-ii nya. Kesemua mereka memandang bukti yang ditunjukkan oleh Arfiq.

" Patutlah.. Isya pernah nak cakap sesuatu dengan abang tapi tak jadi lepas dia nampak Karlisa. Dia terus lari. Ya Allah kenapalah aku tak perasan semua tu! " keluh Aydan. Rambutnya yang tersisir kemas diramas perlahan sambil menunduk memandang lantai. Air mata yang ingin gugur cuba ditahan.

" Waktu papa bawak Isya pergi klinik.. Ada kesan lebam dekat tangan dia.. Semua orang hairan siapa yang buat sedangkan Isya terkurung je dalam bilik. Lepastu Kak Alya cakap Karlisa ada masuk bilik Isya. Kita still tak dapat kaitkan semua tu! " ujar Ayqal kesal.

" Sehari lepas tu.. "

" Isya kena culik.. "

" Kena rogol.. "

" Kena bunuh.. " ucap Aydan satu persatu dengan tidak bernada. Matanya merenung kosong lantai rumah sambil tersandar di sofa. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

" Bodohnya aku sebagai abang sulung.. Langsung tak berguna. Adik sendiri pun tak mampu nak jaga.. " ujar Aydan lagi.

" Ann.. Jangan cakap macam tu.. Kita semua manusia biasa.. Semua yang jadi adalah di luar kawalan kita Ann.. Sekalipun kita dapat tahu awal tentang semua benda ni, Isya tetap akan pergi sebab dah tiba masa dia Ann.. " Aryan cuba menasihatkan Aydan yang kelihatan seperti hilang akal.

" Karlisa.. " ucap Aydan perlahan. Matanya yang digenangi air mata kelihatan merah menyala. Cuping telinganya turut kelihatan merah akibat api kemarahan yang sudah memuncak. Kau bunuh Zara. Kau bunuh Isya. Kau dah berlaku kejam pada orang yang penting dalam hidup aku.. Kau pun patut mati dengan kejam Karlisa! Bisik hati Aydan.

To be continue..

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now