DENDAM DAN CINTA 52

26K 777 10
                                    

Sesudah membersihkan diri dan menukar pakaian, Arfiq duduk berehat di katil. Terasa nikmat seluruh urat sendinya apabila dapat berbaring. Seketika kemudian terjengul wajah Airene dia muka pintu. Kelihatan gadis itu sudah pun mandi dan menyalin pakaian.

Airene menapak masuk perlahan lahan. Perasaan gementarnya cuba dikawal. Pintu bilik ditutup perlahan.

" Kau mandi mana? " soal Arfiq apabila melihat tuala dan baju pengantin yang dipakainya tadi diusung Airene.

" Err.. " Airene terkulat kulat.

" Reen mandi dekat bilik Kak Alya. " beritahu Airene. Arfiq menjongket kening.

" Jauh kau merantau. Dalam bilik ni takde bilik mandi ke? " sindir Arfiq. Airene mengetap gigi.

" Tadi kan Fiq mandi. Reen dah rimas badan melekit sebabtu Reen pergi je mandi dekat bilik Kak Alya. " terang Airene. Baju pengantin tadi dimasukkan ke dalam bakul manakala tuala disangkut pada rak penyidai.

" Asal tak cakap? Boleh mandi sekali.. " ujar Arfiq sambil melirik senyuman gatalnya. Tanduknya mula tumbuh. Airene menjuling mata ke atas. Kucing gatal dah datang.

Airene tidak menjawab. Dia menapak mendekati katil. Punggung dihenyak di birai katil. Bantal ditepuk tepuk sebelum merebahkan diri.

" Reen. " panggil Arfiq.

" Em.. " Airene layan tak layan. Sesungguhnya dirinya teramat letih melayan tetamu yang hadir.

" Awal lagi lah tak payah la tidur. " rengek Arfiq. Bahu Airene digoncang lembut. Airene mendecit.

" Fiq.. Reen letih lah. " Airene tidak melayan. Matanya dipejam rapat.

" Berdosa lawan cakap suami. " Arfiq mula menggunakan kuasa veto. Airene mengeluh kecil lalu pusing menghadap Arfiq.

" Ye Fiq? Kenapa? " soal Airene sambil merenung ke dalam mata Arfiq lalu memejam mata semula. Arfiq meraih pinggang Airene sehingga tubuh mereka berdua melekat.

Tangannya menyeluk ke dalam baju t-shirt Airene. Terasa hangat kulit tubuh Airene menyentuh tangannya. Membulat mata Airene. Dia segera menolak Arfiq agar menjauhinya namun lelaki itu langsung tidak berganjak.

" Fiq apa ni! " bentak Airene. Dada Arfiq ditolak tolak. Arfiq menyungging sengihan menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Dia tidak berkata apa-ii. Tangannya bergerak mencari sesuatu. Sebaik sahaja dapat, kancing itu dilepaskan.

" Fiq janganlah! " wajah Airene membahang. Kulit wajahnya yang putih menjadi kemerahan. Mujurlah mereka hanya diterangi lampu tidur. Tidaklah wajah merahnya dilihat Arfiq.

Arfiq berhenti sebentar melihat reaksi Airene. Kelihatan gadis itu seolah olah menolak dirinya. Pinggang Airene dilepaskan.

" Tidurlah. Penat kan.. " ujar Arfiq dingin lalu bangun dari katil. Dia kemudiannya berlalu keluar dari bilik itu. Airene terkedu. Dia bangun dari pembaringan laku membetulkan semula pakaiannya.

Dia turun ke katil lalu berlalu keluar mencari Arfiq.

Airene menapak anak tangga perlahan lahan. Matanya meliar memandang di segenap ruang rumah mencari Arfiq namun tiada. Bingo! Bibirnya mengoyak senyuman apabila matanya menangkap kelibat Arfiq sedang duduk di tepi kolam. Airene menapak ke arah sliding door yang terbuka. Arfiq didekati.

Airene melabuhkan duduk bersebelahan Arfiq. Dia turut merendam kakinya ke dalam kolam seperti Arfiq. Arfiq hanya buat tidak endah akan kehadiran Airene. Airene memandang wajah serius Arfiq.

Lelaki itu sangat kacak di matanya. Lelaki yang dicintai sejak dari bangku sekolah. Wajah Arfiq yang mempunyai kacukan inggeris pasti dapat mencairkan sesiapa sahaja yang memandang. Misai halus yang menghiasi wajahnya menambahkan lagi gaya meskulinnya. Rambut yang baru dipotong tampak kemas.

" Fiq marah Reen? " soal Airene lembut. Arfiq menggeleng perlahan.

" Tipu. " Airene tersenyum kecil. Dia kenal benar sikap Arfiq. Kuat merajuk.

" Reen tahu Fiq merajuk.. " Airene menyangkut dagunya pada bahu Arfiq. Arfiq kekal tidak beriak.

" Fiq.. Alolo janganla majuk.. " Airene memegang rahang Arfiq lalu digoyang perlahan. Arfiq tetap diam tanpa sebarang reaksi dan suara.

Airene kemudiannya turun ke dalam kolam. Dia berdiri menghadap Arfiq yang masih kagi duduk di tepi kolam. Dia berdiri di antara kaki kanan dan kiri Arfiq. Airene mendongak memandang wajah Arfiq yang memandang ke arah lain.

Kedua tangannya bergerak menyentuh wajah Arfiq lalu memaksa lelaki itu memandangnya.

" Janganlah merajuk.. " pujuk Airene sebaik sahaja mata mereka bertentangan. Wajah Arfiq masih juga beku. Tiada reaksi.

" Bencilah Fiq ni! " bentak Airene lalu menendang dinding kolam agar tubuhnya melonjak ke tengah. Tiba-ii Airene hilang keseimbangan. Dirinya hampir tenggelam.

" Fiq! " Airene menjerit memanggil Arfiq. Wajahnya tenggelam timbul. Airene termengah mengawal penafasannya. Arfiq cemas apabila menyedari Airene sedang lemas.

" Aireen! " Arfiq segera terjun ke dalam kolam mendapatkan Airene. Tubuh gadis itu segera diraih. Airene tersenyum memandang Arfiq.

" Tahu pun takut. " ujar Airene. Memerah wajah Arfiq apabila menyedari isterinya itu hanya berpura pura.

" Kau main-ii! " Arfiq berkata keras lalu melepaskan tubuh Airene. Airene ketawa kecil. Arfiq meraup wajahnya seraya mengangkat rambutnya yang terjuntai pada dahi ke atas.

" Sapa suruh sombong sangat! " bentak Airene. Leher Arfiq diraih. Matanya merenung mata Arfiq yang sedang memandangnya tajam.

" Apa tengok-ii? Ada hutang? " ujar Airene. Arfiq menyungging sinis.

" Memang ada hutang! " ujar Arfiq keras. Pinggang Airene diraih. Airene tersenyum manis.

" So mari Reen selesaikan hutang tu.. " Airene menggigit bibir laku mengenyit mata. Arfiq menelan liur. Airene tergelak apabila melihat halkum Arfiq bergerak gerak.

Airene meraih leher Arfiq agar menunduk sedikit. Bibir Arfiq dipagut lembut. Bagaikan orang mengantuk disorong bantal busuk. Arfiq membalas ciuman Airene. Mereka saling berkulum lidah.

Selang beberapa minit, Airene melepaskan tautan bibir mereka. Airene kalut mencari nafas. Arfiq tersenyum senget. Lelaki itu hanya biasa. Dia bijak mengawal pernafasannya. Tidak seperti Airene yang kelihatan seperti orang lemas.

" Dah jom sambung dekat atas. " ajak Arfiq lalu mengendong tubuh Airene naik ke atas. Arfiq melangkah masuk ke dalam rumah. Sliding door ditutup oleh Airene.

Tanpa mengisahkan lantai yang basah, Arfiq terus mengendong Airene naik ke bilik mereka. Airene dibawa ke bilik mandi.

Arfiq kemudiannya mencapai telefon bimbit. Text whatsapp dihantar kepada Arfan lalu dia masuk semula ke bilik mandi.

[ sila rujuk sains tingkatan 3 bab 4 @ biologi tingkatan 5 bab 4 ] 😲

To be continue..

Thankyou for reading ❣️

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now