DENDAM DAN CINTA 53

31.1K 907 27
                                    

Alya memeluk Aydan yang sedang menyisir rambut dari belakang. Kelihatan lelaki itu tersenyum melihat keletah isterinya.

" Awak.. " panggil Alya dengan suara manja. Aydan pusing menghadap isterinya. Pinggang Alya dirangkul erat. Alya merenung tepat wajah suaminya.

" Kenapa? "

" Saya lapar.. " adu Alya. Aydan menjongket kening.

" Tadi kan dah makan nasi. Lapar lagi? " soal Aydan menginginkan kepastian. Alya mengangguk laju sambil membuat muka kesian.

" Sayang nak makan apa? " soal Aydan. Serta merta bibir Alya mengoyak senyuman.

" Nak nasi arab! " ujar Alya teruja. Membulat mata Aydan mendengar permintaan Alya.

" Nasi arab? Celah mana nak cari malam-ii ni? " berkerut kerut dahi Aydan. Bibir Alya mula memuncung. Rangkulan Aydan ditolak kasar. Dia menapak ke katil sambil menghentak hentak kakinya tanda protes.

Aydan menggaru kepala yang tidak gatal sambil matanya memandang Alya yang sudah pun berselubung di dalam comforter. Nasi arab?

Aydan mencapai telefon bimbitnya. Laman Instagram dibuka. Button ig story ditekan.

NASI ARAB AREA KL YANG BUKAK SAMPAI LEWAT MALAM . SUGGESTIONS PLEASE .

Selang beberapa saat kemudian, berderet deret dm masuk. Aydan memeriksa satu persatu dm followersnya.

Aydan menyelak comforter yang menutupi tubuh isterinya.

" Sayang.. Jom! Nak makan nasi arab tak? " soal Aydan lembut. Serta merta Alya bangun dari pembaringannya. Aydan tersenyum.

" Siap cepat. " arah Aydan lalu bangun menuju ke almari. Sweater hitam dicapai lalu disarung ke tubuh. Alya turut mengenakan sweater yang sama.

💕💕💕💕💕

Aydan ternganga memandang Alya yang begitu berselera. Fresh orange disedut perlahan sambil matanya tidak lepas memandang Alya.

Alya menyedut saki baki sirap bandungnya sehingga habis. Dia kemudiannya tersandar kekenyangan. Senyuman lebar diukir tatkala matanya bertembung dengan Aydan yang sedang memandangnya.

💕💕💕💕💕

" Biy.. " panggil Alya. Aydan tersenyum apabila panggilan itu meniti di bibir Alya.

" Ya sayang? " Aydan mencapai tangan isterinya lalu digenggam erat sambil sebelah lagi tangannya mengawal stereng.

" Maaf susahkan biy. " ucap Alya. Dia tiba-ii berasa bersalah kerana telah menyusahkan suaminya.

" Anything for my baby. " ucap Aydan ikhlas lalu dibawa tangan Alya ke bibirnya. Dikucup lama tangan itu. Alya kemudiannya memeluk lengan kiri Aydan. Kepalanya dilentokkan pada bahu Aydan.

" Sayang mengantuk. " adu Alya. Aydan hanya membiarkan Alya tidur bersandar pada bahunya.

💕💕💕💕💕

" Sayang.. Bangun. Kita dah sampai ni. " Aydan mengejutkan isterinya yang masih nyenyak tidur berbantalkan lengannya. Selang beberapa saat kemudian Alya membuka matanya perlahan lahan.

" Kita kat mana ni? " soal Alya dalam keadaan mamai. Matanya dipisat.

" Kat rumah sayang.. Kita dah sampai. " ucap Aydan. Dia kemudiannya keluar dari perut kereta lalu menapak ke arah tempat duduk penumpang. Pintu kereta dibuka. Alya dipimpin masuk ke dalam memandangkan isterinya itu masih mamai.

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now