DENDAM DAN CINTA 37

33.5K 1K 29
                                    

" Jauh termenung.. Nampak muka biy ke kat dalam kolam tu? " Aydan memeluk Alya yang sedang termenung di balkoni bilik dari belakang. Alya tersentak.

" Tak adalah! " ujar Alya perlahan.

" Sayang.. " panggil Aydan sambil memusingkan Alya agar menghadapnya. Alya mengangkat kening.

" Biy nak baby.. " ucap Aydan perlahan. Alya menelan liur. Nak baby maksudnya dari aku lah kan? Takkan dia nak beranak sendiri.. Alya menggaru kepala yang tidak gatal.

" Err.. Lain kali tak boleh ke? " Alya tersengih kekok.

" Em takpe lah.. Orang dah reject kita.. " Aydan meleraikan pelukannya sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Alya termanggu keseorangan di situ.

" Alaa dia merajuk ke? " Alya menyelak rambutnya ke belakang. Keluhan kasar dilepaskan.

~•~

Alya agak terkesan dengan Aydan yang langsung tidak mahu bercakap dengannya dari pagi hingga ke petang. Alya mundar mandir di tepi kolam.

" Kak Alya.. " panggil Arfiq apabila melihat kakak iparnya itu tidak tentu arah seperti memikirkan sesuatu. Alya menoleh.

" Nampak macam ada masalah je.. " tegur Arfiq lalu mendekati Alya. Alya mengeluh perlahan lalu duduk di tepi kolam. Kakinya direndam ke dalam air. Arfiq turut melakukan hal yang sama.

" Fiq.. Macam mana nak pujuk Abang Aydan? " terpacul soalan itu dari mulut Alya. Arfiq tergelak kecil.

" What? Abang Ann merajuk? Seriously? " Arfiq meletuskan tawanya. Tak sangka Aydan pun pandai merajuk.

" Ish gelak pulak! " Alya memuncung. Kakinya dihayun hayun di dalam air.

" Taklaa.. Tak sangka Abang Ann tahu merajuk.. " ujar Arfiq dengan ketawa yang masih bersisa.

" Hm.. Fiq tahu tak apa yang dia suka? " soal Alya.

" Tahu. Dia suka akak! " ujar Arfiq sambil tersenyum simpul.

" Ish maksud akak.. Barang ke makanan ke.. " terang Alya. Ya sememangnya dia belum mengenali Aydan sepenuhnya.

" Akak tak boleh pujuk dia dengan benda sebab Abang Ann jenis yang tak minat sangat dengan barang. Dia boleh dapatkan semua benda dengan senang. So that, akak kena pujuk dia dengan kasih sayang.. " Arfiq mengangkat keningnya berkali kali. Wajah Alya berkerut. Kasih sayang?

" Alaa akak buat lah manja-ii sikit mesti dia cair punya lah! " Arfiq tergelak. Alya termenung. Hm.. Manja?

" Akak malu lah! " luah Alya.

" Akak.. Sampai bila nak malu? Akak dengan abang kan dah jadi suami isteri.. Antara suami isteri, tak ada rahsia tau.. Akak dengan abang je yang tahu baik buruk masing-ii.. " Arfiq memberi nasihat walaupun dirinya sendiri masih single.

~•~

Alya membelek tubuhnya yang elok tersarung dress singkat itu. Hm not bad jugak body aku! Muahaha. Malu tapi demi cik abang tercinta.. Terpaksalah.. Betul cakap Arfiq. Antara aku dengan dia ja.. So tak perlu malu! Lipstick merah darah dicalit ke bibir. Sedikit bedak asas ditempek. Pewangi lavender dipasang. Kelopak bunga ros ditabur di atas katil. Lilin dipasang bagi menghidupkan suasana romantis.

~•~

Aydan mendaki tangga perlahan lahan. Tubuhnya yang penat dengan jadual harian yang padat harus segera berehat. Pintu bilik dikuak. Suasana bilik yang gelap dan berbau harum mengundang rasa pelik. Alya yang sememangnya sudah bersedia menunggu Aydan, menarik tangan Aydan masuk ke dalam. Pintu ditutup dan dikunci. Aydan terkejut. Suasana bilik yang tidak dipasang lampu membataskan penglihatannya. Terasa tubuhnya dipeluk oleh seseorang dari belakang. Tak lain dan tak bukan.. Seseorang itu adalah Alya. Alya mengusap lembut bahagian hadapan tubuh Aydan yang masih berbalut baju dari belakang. Tangan Alya bergerak menanggalkan butang baju Aydan dari belakang. Aydan tersenyum dalam diam. Tahu pun nak pujuk! Alya bergerak menghadap Aydan. Wajah Aydan yang hanya dapat dilihat samar-ii disentuh.

" I'm sorry.. " ucap Alya.

" For what? " Aydan bermain tarik tali. Tangannya dilingkarkan ke pinggang Alya.

" For everything.. " Alya menjengket sedikit lalu mengucup lembut pipi Aydan.

" Taknak kat pipi.. Nak dekat sini.. " Aydan terus melekapkan bibirnya dengan bibir Alya. Alya memautkan tangannya pada leher Aydan.

" My naughty husband! " ucap Alya sebaik sahaja melepaskan tautan di bibir.

" Cause I have a hot and gorgeous wifey! " bisik Aydan. Alya tersenyum lalu mula menanggalkan kemeja t yang dipakai Aydan. Kemeja itu dijatuhkan ke lantai. Tubuh sixpack Aydan disentuh lembut.

" Baju je? Seluar siapa nak bukak? " usik Aydan. Alya menggigit bibir. Nasib baik la nampak samar-ii je. Kalau terang benderang dah sah-ii dia nampak muka aku merah!

" Erm.. " Alya tidak tahu hendak berkata apa. Aydan tersengih. Seronok betul usik budak ni! Budak? Yela Alya tu muda 5 tahun kot dari dia! Tangan Alya dibawa ke tali pinggangnya. Tangan Alya terketar ketar.

" Relax.. I'm not going to hurt you.. " Aydan mengusap lembut rambut Alya. Alya cuba menanggalkan tali pinggang Aydan. Jantungnya berdegup laju. Tali pinggang ditarik perlahan lahan lalu diketepikan. Aydan menolak Alya perlahan lahan ke katil. Tubuh Alya ditindih.

" I love you.. " ucap Aydan perlahan lalu mengucup lembut leher Alya. Alya meramas lembut rambut pacak Aydan. Tangan Aydan bergerak ke belakang tubuh Alya. Zip dress ditarik perlahan lahan. Baru sahaja tangannya ingin bergerak lebih lanjut, pintu bilik diketuk.

" Ann! Weyh! " panggil Aryan. Aydan merengus geram. Eii potong betul lah!

" Kau nak apa setan! " jerit Aydan.

" Aku nak guna laptop.. " ujar Aryan. Aydan mendengus lalu bangun dari kedudukannya. Laptop di atas meja dicapai. Pintu dikuak kasar.

" Nah.. " ucap Aydan dengan kasar sambil menghulurkan laptop itu kepada Aryan.

" Sorry kacau! " Aryan mengenyit mata. Melihatkan Aydan yang tidak memakai baju bersama rambutnya yang serabut dan hanya membuka pintu sedikit, fahamlah dirinya apa yang dilakukan Aydan. Patutlah marah nau.. Aydan menjeling Aryan lalu menghempas kasar pintu bilik lalu dikunci semula. Alya yang duduk bersandar di katil didekati.

" Let's continue.. " Aydan menarik Alya sehingga terlentang semula.

To be continue..

Author ni bukannya banyak sangat idea nak mengarang nak buat panjang-ii untuk setiap bab. Author update setiap hari pun dah kira okayy la dalam sehari tu ada jugak 2-3 bab. Tuu pun merungut lagi haish tatau la nak kata apa dah 😌

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now