DENDAM DAN CINTA 29

31K 887 18
                                    

Aryan merenung gambar Daniaa di iphonenya. Mana kau pergi? Kau tahu tak aku ni separuh gila cari kai merata tempat..

" Hah! Berangankan awek lah tu! " sergah Ayqal dari belakang. Aryan lekas menyimpan telefonnya ke poket.

" Abang Yan kalau rindu contact lah dia! " tegur Ayqal. Bukannya dia tak nampak Aryan tengah tengok gambar Daniaa.

" Kalau abang boleh contact, tak adanya nak tenung gambar dia sampai nak berlubang phone.. " ujar Aryan selamba.

" Kenapa pulak tak boleh contact? Parents dia tak suka abang ke? Diorang tak bagi abang kawan dah dengan dia? " soal Ayqal.

" Bukanlah! Dia dah lama hilangkan diri. Dia pindah rumah, tukar number phone.. Berhenti kolej.. " keluh Aryan.

" Abang tak sempat pun nak jujur dengan dia yang abang cintakan dia.. " tambah Aryan lagi. Ayqal mengusap bahu abangnya.

" InshaAllah kalau jodoh abang dengan dia, mesti akan bersatu jugak nanti.. " nasihat Ayqal. Aryan tersenyum nipis. Harap-ii macam tu la.. Dani.. Mana kau sekarang?

~•~

" Ayah! Sakit ayah! " raung Daniaa. Zaidi terus menerus melibas tali pinggang ke batang tubuh anaknya.

" Ini akibatnya bila kau melawan cakap aku! Aku suruh kau buat apa? Aku suruh kau pergi mintak duit dekat jantan kau tu asal kau tak mintak hah? Kau tahu tak Chin tengah cari aku! Kalau aku tak dapat bayar balik hutang dia.. Aku mati kau faham tak! " Zaidi melibas lagi tali pinggang itu ke tubuh Daniaa.

" Ayah.. Nia mintak maaf Ayah! Nia dah lama tak jumpa dengan dia! Nia tak tahu dia dekat mana.. " tipu Daniaa.

" Kau jangan nak bodohkan aku! Takkan kau langsung tak tahu dia duduk mana! " tengking Zaidi sanbil merenung tajam Daniaa yang sedang menikus.

" Tak tahu.. Dia tak pernah pun bawak Nia pergi rumah dia.. " Daniaa duduk menikus di lantai. Kesakitan dia tubuh akibat libasan tali pinggang itu cuba ditahan.

" Eii tak boleh diharap langsung lah kau ni! Langsung tak menyenangkan! Menyusahkan aje! Kau tahu kan dia tu kaya! Yang kau pergi putuskan hubungan dengan dia kenapa? Bodoh! " tengking Zaidi lagi sebelum membaling tali pinggang itu ke wajah Daniaa dan terus berlalu keluar.

" Mak.. Kenapa mak tinggallan Nia? Nia takut mak! " Daniaa berbisik perlahan. Dia duduk memeluk sambil menangis semahunya mengenangkan nasib yang menimpa.

~•~

" Daniaa! Daniaa! " Daniaa terbangun dari tidurnya apabila terdengar akan jeritan Zaidi memanggilnya. Seketika kemudian wajah ayahnya tersembul di muka pintu bilik.

" Aku dah dapat cara macam mana nak dapatkan duit untuk bayar hutang aku! " ujar Zaidi sambil merenung tepat wajah Daniaa yang terkebil kebil memandangnya.

" Aku akan cagarkan kau pada Chin! Chin akan ambil kau jadi perempuan simpanan dia. Senang hidup kau nanti! " ujar Zaidi sambil tersenyum sinis. Daniaa tercengang.

" Taknak! Nia taknak! " jerit Daniaa. Selimut ditarik menutupi tubuhnya yang sedang duduk bersandar pada kepala katil.

" Aku peduli apa kau nak ke taknak! Kau dah tak ada sesiapa! Kau kena dengar cakap aku! " jerit Zaidi sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

" Aku cakap semua taknak ikut! Apa yang aku buat ni untuk dia senang jugak! " Zaidi berkata sendirian sambil berjalan keluar.

" Ya Allah bantulah aku.. Apa yang perlu aku buat.. " air matanya mengalir perlahan lahan.

~•~

Daniaa mengintai ayahnya yang sedang berbual dengan seseorang di telefon di dapur. Dia melangkah keluar perlahan lahan. Pintu utama dituju. Sebaik sahaja tangan memegang tombol pintu..

" Daniaa! " jerit Zaidi. Daniaa pantas memulas tombol pintu sebelum berlari keluar. Zaidi mengejar Daniaa.

" Dania! Balik sini! " jerit Zaidi. Daniaa tidak mempedulikan jeritan ayahnya. Dia berlari sekuat hatinya. Zaidi terus mengejar Daniaa sambil menjerit jerit memanggil nama Daniaa.

" Dania! Aku dapat kau nanti siap kau! " jerit Zaidi lagi. Daniaa terus berlari masuk ke celah-ii lorong bangunan. Zaidi berhenti mencari nafas. Badannya yang agak gempal menyebabkan dirinya cepat letih. Daniaa berhenti berlari apabila tiada lagi kelibat ayahnya. Dia duduk bersembunyi di belakang bangunan sambil mengatur nafas.

" Mak.. Tolong Nia mak.. " Daniaa memejam mata. Air mata yang bergenang mula mengalir perlahan lahan.

To be continue..

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now