DENDAM DAN CINTA 36

28.1K 979 21
                                    

" Asal tak keluar? " soal Ayqal apabila melihat Nadya masih kaku.

" Awak tak malu ke keluar dengan saya yang selekeh ni? " soal Nadya. Ayqal mengangkat kening.

" Malu apanya.. Bukannya kau bogel! " ujar Ayqal selamba lalu keluar dari perut kereta. Nadya mengeluh perlahan. Ish aku ni segan tahu tak! Dia tu segak! Aku? Macam monyet tercekik tulang je muka pun! Akhirnya Nadya keluar juga. Nadya berasa sungguh kerdil saat berjalan beriringan dengan Ayqal. Restaurant mahal dimasuki mereka. Nadya hanya menunduk apabila menyedari ramai mata-ii yang memerhati dirinya. Bukan kerana cantik. Bukan kerana terkenal. Tetapi kerana dirinya yang selekeh.

" Kau nak makan apa? " soal Ayqal sambil membelek menu yang ada.

" Saya tak lapar. " tipu Nadya meskipun perutnya sedang menahan kelaparan yang amat. Dah lah dia bayarkan hutang. Takkan nak susahkan dia lagi?

" Beef steek and orange juice for me and her. " ujar Ayqal lalu menghulur semula menu itu kepada pelayan. Nadya mengerutkan dahi.

" Saya dah cakap kan saya tak lapar.. " ujar Nadya dengan perlahan.

" Kau ingat aku tak dengar ke bunyi perut kau kat dalam kereta tadi? " sindir Ayqal. Nadya menggigit bibir lalu menunduk. Alahai perut! Buat malu tuan betul! Sedang dia mengelamun, telinganya menangkap perbualan manusia di belakangnya.

" Beb.. Tengok couple belakang kau. Mamat tu bukan main handsome weyh! Perempuan tu.. Macam pengemis je aku tengok! "

" Kan! Entah apa lah dia buat sampai mamat tu boleh sangkut dengan dia! "

" Minyak dagu kot! Ahaha entahlah! Zaman sekarang.. Anything for money! "

" Itulah! "

Nadya menahan rasa hatinya apabila mendengar perbualan mereka. Betul Nadya! Betul! Kau tu hodoh! Mamat depan kau ni handsome! Bergaya! Dengan tshirt berkolar warna turqoise, jeans biru gelap. Pergh cair aku tengok! Tapi itu lah. Siapalah aku ni kan.. Tak setaraf dengan dia.. Ayqal menyeluk handphone di dalam poket seluar apabila merasa getarannya.

" Hello.. "

" Japgi. Nak makan dulu. "

" Eh tak! Karl balik rumah abang.. Karl tidur sana.. Boleh kan? " ouh nama dia Karl..

" Alright! Bye.. " Ayqal meletakkan iphone 7 nya di atas meja. Serentak itu, makanan yang dipesan, sampai.

" Makan.. " arah Ayqal. Nadya menguis nguis daging itu. Macam mana nak guna benda alah ni? Pisau dan garfu dipegang janggal. Daging itu cuba dihiris namun liat. Akhirnya Nadya berputus asa. Sebelum daging tersebut melompat ke meja lain baik aku stop. Ayqal tersenyum melihat Nadya yang terkial kial menghiris daging.

" Sini aku buat.. " Ayqal menarik pinggan Nadya apabila melihat gadis itu sudah pun berputus asa menghiris daging. Daging itu dihiris menjadi molekul yang lebih kecil lalu ditolak semula pinggan itu ke arah Nadya. Nadya terpegun. Fish! Senangnya dia buat kenapa aku buat susah nak matey?

" Nak tahu kenapa susah sangat kau potong tadi? " soal Ayqal. Nadya mengangkat muka memandang Ayqal.

" Kenapa? "

" Sebab kau pegang pisau tu terbalik. Orang potong guna mata pisau bukan belakang pisau! " ujar Ayqal sambil menahan tawa. Daging disuap ke mulut. Wajah Nadya berona merah. Auuu malunya! Mana aku tahu yang mana satu mata dia. Aku tengok dua-ii side dia sama je! Macam mana nak beza?

" Terima kasih.. " ucap Nadya dengan perlahan atas pertolongan yang diberi. Daging dicucuk menggunakan garfu lalu disuap ke mulut. Hm sedapnya.. Pertama kali aku dapat rasa daging kambing..

~•~

" Lepastu Karl nak buat apa dengan dia sekarang ni? " soal Aydan. Ayqal menjongket bahu.

" Dia sebatang kara. Rumah apa pun tak ada. Umur baru nak masuk 18. " terang Ayqal. Aydan termenung sekejap.

" Yan! Bagitahu Daniaa yang dia ada housemate baru. " ujar Ayqal. Aryan akur.

" Baik bos! " Aryan terus mendail number Daniaa. Nadya hanya memandang dari jauh Ayqal berbual dengan dua orang lelaki yang agak seiras dengannya. Hm abang dia kot! Tadi pun dia panggil abang masa cakap dalam phone.. Ayqal mendekati Nadya.

" Jom! " Nadya membuntuti langkah Ayqal menuju ke lift kondominium mewah itu. Aydan dan Aryan turut mengekori mereka. Nadya berasa agak kekok. Hanya dirinya yang berjantina perempuan di dalam lift itu.

" Nama siapa? " soal Aydan.

" Nadya.. " ujar Nadya perlahan. Aydan dan Aryan agak terkesan.

" Rindu Isya.. " adu Aryan pada Aydan. Aydan hanya tersenyum pahit. Ayqal hanya mendiamkan diri. Kenapa Aryan tiba-ii cakap dia rindu Isya? Oh ya! Laura Isyahani Nadya.. Nadya Arissa.. Hm kenapa aku baru perasan ni? Nadya turut mengunci suara. Siapa Isya?

~•~

" Nama penuh adik apa? " soal Aryan sebaik sahaja mereka tiba di tingkat 30.

" Nadya Arissa. " Nadya menjawab lalu tersenyum nipis.

" I will call you Arissa! " Aryan membuat keputusan. Taknak panggil Nadya nanti teringat dekat Isya..

" Me too.. " ujar Aydan. Dia turut mengelak dari memanggil Nadya. Sebaik sahaja tiba di kondo yang dituju, Aydan menekan loceng. Tersembul wajah Daniaa. Mangga pagar dibuka pantas lalu mempersilakan mereka masuk.

~•~

" Arissa, starting from today, tinggal dulu kat sini okayy? Ini Kak Daniaa.. Orang gaji kat sini.. " ujar Aryan selamba. Daniaa mengecilkan matanya. Peha Aryan dipulas.

" Aduh! " wajah Aryan berkerut menahan sakit. Aydan tergelak.

" Arissa.. Kak Daniaa ni actually gf Aryan. " terang Aydan lalu tersedar akan sesuatu.

" Lupa pulak! Abang, Aydan. Panggil Ann je. Ini twin abang.. Aryan. Panggil dia mangkuk je dah cukup.. " gurau Aydan. Aryan membuat hidung kembang. Nadya tersenyum nipis. Happynya family dia.. Kan best kalau aku ada abang..

" Aku Ayqal.. Panggil aku Karl je.. " Nadya mengangguk kecil. Oh setelah kau bawak aku ke sana ke sini baru kau ingat nak bagitahu nama..

" Nia okayy kan Arissa tinggal sini? " soal Aydan. Daniaa pantas mengangguk.

" Okayy je! Ada jugak kawan nanti! " ujar Daniaa senang lalu tersenyum memandang Nadya. Nadya membalas senyuman itu.

" Okayy done. Jom balik.. " ajak Aydan tidak sabar. Aku mengantuk gila weyh! Duk terbayang tilam aje.. Aryan membuntuti langkah Aydan keluar dari kondo itu. Daniaa turut keluar menghantar mereka ke muka pintu. Baru sahaja Ayqal bangun ingin berlalu, Nadya memanggil.

" Awak.. " Ish dia ni senang je campak aku kat sini.. Ayqal menjongket kening.

" Saya seganlah! Saya tak kenal dia.. " luah Nadya.

" Habistu kau nak duduk dengan aku? Kau kenal aku ke? " soal Ayqal.

" Ish! Takla.. Saya.. Em.. Awak nak pergi mana? " soal Nadya. Sekurang kurangnya dia kenal Ayqal dah dekat 2 jam. Daniaa pulak baru 2 minit yang lalu.

" Balik rumah abang aku! " jawab Ayqal. Nadya mengeluh kecil.

" Rumah abang aku sebelah ni je.. Kalau kau rindu aku, datang je.. " Ayqal tersengih sebelum berlalu keluar. Nadya membuat rolled eyes. Ceh sempat dia kenakan aku!

To be continue..

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now