DENDAM DAN CINTA 16

32.6K 1K 11
                                    


Arfiq cuba menghidupkan camera video tersebut namun gagal. Terdapat kesan calar yang teruk pada camera itu. Mungkin dah rosak. Nampak macam kesan jatuh je. Arfiq membawa camera video itu ke biliknya. Memori card dikeluarkan lalu dipasang pada laptop. Bukti mesti dicari. Siapa ' dia ' yang dimaksudkan oleh Isyahani. Terdapat beberapa video. Video yang paling terakhir yang direkam oleh Isyahani dibuka. Terpapar wajah Isyahani sedang bercakap sebelum camera dialihkan ke serata parking mall.

" Ni macam dekat sogo! Tempat Kak Zara kena bunuh! " bisik Arfiq. Rakaman itu ditonton dengan penuh teliti. Arfiq menghentikan rakaman apabila matanya menangkap kelibat seseorang sedang menghendap disebalik dinding di dalam rakaman itu.

" Aku macam pernah tengok jaket ni.. Tapi.. Kat mana? " Arfiq meneruskan rakaman. Kelihatan Ezzara pantas berlari ke arah Aydan sambil menjerit memanggil namanya. Terpampang jelas Ezzara ditikam dari belakang oleh kelibat berbaju hitam tadi. Arfiq menghentikan sekali lagi rakaman itu apabila matanya mengecam sesuatu. Gelang yang dipakai oleh pembunuh itu. Gambar itu di zoom.

" Gelang ni kan gelang.. " Arfiq teringat semula kejadian di hari perkahwinan Aydan dan Alya. Kejadian di mana dia dan Karlisa berlanggar lalu menyebabkan gelang Karlisa tersangkut pada bajunya.

" Karlisa! " dada Arfiq turun naik menahan amarah. Wajahnya mula kemerahan. Patutlah macam pernah nampak jaket tu! Dia pernah pakai masa datang sini!

~•~

" Hm sayangnya nak tinggalkan negara ni! " ujar Alya. Wajahnya kelihatan muram. Aydan memeluk bahu Alya sambil berjalan menuju ke balai berlepas.

" Alaa nanti kita datang lah lagi. Tak puas eh honeymoon? Takpe kat rumah pun kita boleh honeymoon.. " bisik Aydan pada telinga Alya. Alya mencubit manja perut Aydan.

" Awak ni! " Alya sembunyi senyum. Ish dia ni suka buat aku blushing!

" Awak.. Awak.. Cuba panggil biy! " ujar Aydan. Alya mengetap bibir.

" Cepatlah! Panggil biy! " gesa Aydan. Alya mula menggigit bibir.

" Dalam masa 10 saat sayang tak panggil, biy kiss sayang dekat sini jugak! " ugut Aydan.

" Biy! " ujar Alya dengan cepat kerana bimbang dengan ugutan Aydan.

" Haa macam tu lah! Tapi rasa macam tak puas la.. Panggil sekali lagi! Manja sikit.. " Aydan semakin mengada ngada.

" Ish.. Nanti lah! " Alya sudah menjadi tidak keruan.

" Now! Or else.. " usik Aydan lagi.

" Biy.. " ucap Alya dengan meleret. Aydan tersengih. Hm lembutnya suara dia. Lembut lutut aku kang rebah jugak tengah-ii airport ni.

" Fuh berterabur iman biy.. " ujar Aydan. Alya memintal mintal tali beg sandangnya.

" Sudahlah! Jangan usik saya.. " Alya memuncung.

" Yela.. Balik rumah kita sambung eh! " bisik Aydan.

" Dah lah! " Alya menampar perlahan dada Aydan. Aydan ketawa kecil.

To be continue..

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now