DENDAM DAN CINTA 34

28K 950 50
                                    

Aydan dan Aryan duduk bersandar di kereta sambil memandang dari jauh Ayqal yang masih lagi tidak berganjak dari pusara Adelia. Aydan mengeluh kecil. Aryan menoleh memandang abang kembarnya.

" Aku takkan lepaskan orang yang dah buat adik aku macam tu. Macam mana Karlisa dengan orang suruhan dia disiksa, macam tu jugak diorang akan mati! " ucap Aydan dengan keras sambil matanya masih setia merenung Ayqal.

" Aku takut Karl tak boleh terima Adelia dah tak ada. " ujar Aryan pula.

" Karl akan terima.. " ujar Ayqal. Aydan dan Aryan terperanjat akan kehadiran Ayqal secara tiba-ii. Adelia yang mati kenapa dia pulak yang jadi hantu buat terkejut-ii ni?

" Karl akan terima semua ni lepas Karl balas dendam.. " sambung Ayqal lagi. Aydan dan Aryan tergamam. Setahu mereka Ayqal sama seperti Arfan. Berhati lembut seperti mama mereka.

" Abang Ann akan tolong Karl kan? " soal Ayqal sambil merenung tepat wajah Aydan. Aydan tersentak sebelum mengangguk sambil tersenyum nipis.

" Anything for my little brother.. " Aydan lantas memeluk tubuh adiknya. Ayqal membalas pelukan Aydan. Pusara Adelia dipandang tajam. Aku akan balas dendam untuk kau Adel! Aku akan pastikan diorang menyesal cari fasal dengan Izz Ayqal Mikhael. Matanya yang merah menyala menampakkan perasaannya yang sedang membara dengan api dendam.

~•~

" Karl dah banyak berubah kan.. " ujar Aryan. Aydan hanya mengangguk setuju.

" Dulu rambut sikat belakang je. Sekarang pacak weyh. Handsome adik aku! " puji Aryan. Aydan tersengih.

" Korang tu handsome sebab abang sulung korang handsome! Siapa abang sulung korang? Aku kan? " Aydan tersengih. Aryan mencebik.

" Kau tu jadi sulung sebab kau keluar 5 minit awal je.. 5 minit Ann! 5 minit! Tak payahlah berlagak dengan aku.. " Aryan menjeling.

" What ever it is, aku keluar dulu kan? Kau? Stuck dekat dalam lagi.. " Aydan meletuskan tawanya.

" Kau! " Aryan menumbuk bahu Aydan. Begitulah sikapnya. Jika tidak menang berlawan kata, tangannya akan naik beraksi.

~•~

" Karl.. Mana? " soal Aydan apabila melihat Ayqal bersiap siap ingin keluar.

" Tempat biasa.. " ujar Ayqal.

" Ingat pesan abang? " soal Aydan.

" Ingat.. Jangan minum, jangan langgan perempuan kat sana.. " ujar Ayqal lalu tersenyum. Aydan turut tersenyum.

" Good! "

~•~

" Yan.. Aku dah jumpa perompak-ii tu. " ujar Aydan.

" Hah? Serious? " Aryan seakan tidak percaya Aydan dapat menjejak perompak-ii itu hanya berdasarkan maklumat yang diberi Ayqal dalam masa tidak sampai sebulan.

" Yup! Ayqal kata semua berkulit gelap and ada tatoo naga dekat lengan kan? Bingo! " ujar Aydan lalu tersengih.

" Macam mana kau boleh siasat secepat ni? " soal Aryan.

" Well.. Anak siapa? " Aydan menjongket keningnya beberapa kali.

" Anak pungut! " ujar Aryan lalu ketawa berdekah apabila melihat riak wajah Aydan yang berubah.

" Kau cantik sikit! Kalau aku pungut.. Kau pun sama lah! " Aydan menendang kaki Aryan yang sedang ketawa berguling.

" Apa yang seronok sangat ni? " Daniell mendekati anak kembarnya itu.

" Fasal kes Adelia tu lah! " ujar Aydan.

" Dah jumpa ke siapa? " soal Daniell.

" Dah! Ann contact kawan baik papa! " Aydan bersemangat.

" Kawan baik? Siapa? " dahi Daniell berlapis lapis.

" Kelvin! " jawab Aydan ringkas. Daniell mengangguk perlahan.

" Ouh.. " Daniell merenung Aydan.

" Be safe.. " ucap Daniell sambil tersenyum lalu bangun dan ingin berlalu.

" Ann je safe? Yan? " Aryan memuncung.

" Sama lah.. " ujar Daniell lalu menggeleng perlahan. Macam budak-ii!

" So kau dah dapat jawapan kan? " soal Aydan. Aryan menjongket kening.

" Jawapan apa? "

" Kau yang anak pungut.. Sebabtu papa tak kisah kau safe ke tidak.. " Aydan menjelir lidah sebelum berlalu meninggalkan Aydan yang sedang merenung tanda tidak puas hati.

~•~

" Karl.. Pilih lah mana kau nak.. Kau ada rupa! Kau nak free pun berlambak datang serah diri! " ujar Fang yang merupakan kacukan cina-melayu selaku pengurus kelab malam itu.

" Taknak ah. Tak minat! " ujar Ayqal selamba tanpa menyedari kata katanya itu mengundang seram di kalangan rakan-ii nya.

" Kau gay ke Karl? " soal Fang. Ayqal mengecilkan matanya.

" Bukanlah! Maksud aku.. Aku tak minat perempuan-ii murah macam diorang ni even hanya untuk one night stand! " ujar Ayqal. Wajah Adelia terpampang di ruang mata. Adel.. Baik, lembut, sopan.. Namun sayangnya.. Maruahnya dipijak pijak oleh si lelaki-ii durjana. Adelia.. Gadis yang menjadi cinta pertamanya dirogol di hadapan matanya sendiri. Wajah Adelia yang dilinangi air mata masih jelas di fikirannya.

" Kau tak minat perempuan murah? Nah yang mahal.. " tegur satu suara dari belakang lalu menolak seorang gadis belasan tahun ke arah Ayqal. Gadis itu jatuh terjelepok ke atas riba Ayqal sebelum lekas-ii bangun dan ingin berlari.

" Eh.. Kau nak lari mana.. " lelaki tadi menarik rambut gadis itu dengan kuat. Gadis itu terdorong ke arahnya.

" Lepaslah! Sakit! Bodoh! " jerit gadis itu. Ayqal menjongket kening. Pehal pulak ni? Rambut dah macam langsuir!

" Siapa ni Mark? " soal Fang.

" Ayam baru.. Dia tak boleh bayar hutang big boss so terpaksalah dia gadaikan diri dia kan? " ujar Mark sambil mencium rambut gadis itu.

" Aku taknak jadi pelacur lah bodoh! Aku cakap aku nak bayar kan? Nanti aku bayar lah! " jerit gadis itu.

" Nanti-ii hotak kau! Dah 6 bulan kami bagi muka kau tahu tak! " tengking Mark. Gadis itu terkial kial cuba melepaskan diri.

" Hah Karl! Kau kan tak suka yang murah.. Tu mahal.. Taknak? " soal Fang. Ayqal menggeleng.

" Kau gila ke? Abang aku tahu kang lumat aku! " Ayqal menggeleng laju. Takut sia kalau Izz Aydan Mikhael mengamuk!

" Alaa abang kau bukannya tahu! Diam-ii dah lah! " ujar Fang. Masih lagi mahu menyucuk Ayqal.

To be continue..

Okayy selalunya author hadkan 500 - 600 words ja. Disebabkan ramai complain, kalini 800 - 900 words . Dah taknak panjang-ii nanti cepat habis 😂

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now