DENDAM DAN CINTA 21

34.4K 1K 100
                                    

Alya melihat pregnancy test di tangan sambil tersenyum. Aydan.. Awak bakal jadi ayah.. Terimbas kembali kenangan semasa berbulan madu di Australia 3 minggu lepas. Alya tersenyum lagi. Tangannya bergerak mengusap perutnya yang masih kempis Alya tergamam apabila pintu biliknya ditolak kasar oleh seseorang. Tersembul wajah garang Karlisa.

" Eh? Lisa.. Ada apa ni? " soal Alya pelik. Dia bangun perlahan lahan mendekati Karlisa. Pregnancy test disimpan di ke dalam poket.

" Kau! " Karlisa merenung tajam wajah Alya. Alya didekati sebelum menekup sapu tangan yang sudah dituang cecair chloroform ke mulut dan hidung Alya. Alya meronta seketika sebelum terkulai tidak sedarkan diri. Karlisa mengheret tubuh Alya keluar dari rumah itu lalu dimasukkan ke dalam keretanya. Kekosongan rumah agam itu amat memudahkan kerjanya menculik Alya. Karlisa tersenyum sinis. Kereta dipandu menuju ke sebuah tempat. Telefon yang berada di tempat duduk penumpang dicapai. Nombor Alif didail.

" Hello Alif! Datang kat tempat biasa. " pesan Karlisa lalu mematikan panggilan.

~•~

Karlisa mengheret tubuh Alya masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Tangan dan kaki Alya diikat lalu dikunci di dalam sebuah bilik. Karlisa mengukir senyuman jahat. Aku takkan benarkan kau bahagia dengan orang lain Aydan! Seketika kemudian muncul Alif yang baru sahaja sampai.

" Kau jaga dia. Aku nak pergi beli sim baru. Aku takbak diorang jejak aku. " arah Karlisa. Alif hanya akur dengan arahan Karlisa. Karlisa terus berlalu.

~•~

" Alya.. Mana awak ni! Call tak angkat! " Aydan mundar mandir di ruang tamu.

" Ann.. Bawak bertenang.. Duduk dulu. " ujar Daniell.

" Macam mana nak tenang papa.. Ini semua mesti kerja pompuan lahanat tu! " Aydan merengus kasar. Nombor Alya didail tanpa rasa putus asa. Tiba-ii akalnya terfikir akan sesuatu. Hah! Kenapa lah aku tak terfikir dari tadi! Aydan pantas membuka aplikasi di handphone untuk mengesan gps yang dipasang pada telefon milik Alya.

" Got it! " Aydan terus mengatur langkah keluar dari rumah tersebut tanpa memberitahu sepatah pun.

" Ann! " panggil Daniell.

" Ann! Nak pergi mana tu! " laung Aeisya.

" Yan ikut Ann! " Aryan terus membuntuti langkah Aydan. Ayqal, Arfan dan Arfiq saling berpandangan sebelum..

" Kami pun nak ikut! " mereka terus meluru keluar. Bunyi enjin kereta turbo milik Aydan dan Ayqal berderum. Aryan naik bersama Aydan manakala Arfan dan Arfiq naik bersama Ayqal.

" Diorang nak pergi mana pulak tu.. " ujar Daniell perlahan.

" Ikut perangai abang lah! Suka bertindak sendiri. " ujar Aeisya.

" Eh kita pulak yang kena! " Daniell memprotes walaupun apa yang dikatakan Aeisya sememangnya benar. Daniell hanya membiarkan. Anak lelaki aku kot! Mestilah hebat macam aku. Ye tak? Hahah.

~•~

" Hm.. Alya Irdina.. I warned you right? " ujar Karlisa sambil mengelilingi Alya yang berada di tengah-ii bilik kosong itu. Alya hanya mampu menangis.

" Apa yang kau nak.. Apa salah aku? " soal Alya sambil teresak.

" Aku nak Aydan! " ujar Karlisa. Alya tergamam. Alif hanya memerhati sambil bersandar pada pintu.

" Tapi.. Memandangkan Aydan dah tahu aku yang bunuh kekasih dan adik kesayangan dia.. Terpaksalah aku tukar niat aku.. " ujar Karlisa sambil mengukir senyuman penuh makna. Sekali lagi Alya tergamam.

" Kau.. Kau bunuh Isya? Ezzara.. Kau.. " Alya seakan tidak percaya Karlisa sanggup membunuh demi kepentingannya.

" Yes! Aku yang bunuh diorang dan sekarang.. Giliran kau pulak! Lepastu giliran Aydan.. " ujar Karlisa dengan nada yang menyeramkan lalu mendekati Alya. Lagaknya seperti seorang psychopath. Dia duduk mencangkung menghadap Alya. Dagu Alya diraih dengan kasar.

" Kau dah buat silap besar.. Kau dah buat Karlisa marah.. Kau takkan terlepas Alya.. Kau.. Takkan.. Terlepas.. Hahahahahah.. " Karlisa ketawa jahat. Alya hanya mampus menikus dengan tangan dan kaki yang terikat. Karlisa menyeluk poket seluar Alya. Telefon bimbit Alya dimatikan.

" Supaya Aydan tak dapat jejak.. " Karlisa tersenyum sinis.

" Wait! What is that? " soal Karlisa apabila terpandang sesuatu terkeluar dari poket seluar slack Alya. Objek itu dicapai dengan pantas.

" Kau mengandung? " soal Karlisa. Matanya membulat memandang Alya. Alya tidak mampu berkata apa-ii. Baby! Maafkan mummy. Aydan.. Awak kat mana?

To be continue..

Muahahaha author happy sebab crush author maigod !! Tengok lah sendiri 🙈

Muahahaha author happy sebab crush author maigod !! Tengok lah sendiri 🙈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAYAAAA HAPPYYY🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAYAAAA HAPPYYY
🎉🎊🎉🎊🎉🎊🎉

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now