DENDAM DAN CINTA 41

29.5K 996 15
                                    

" Waa tak sabarnya! " Alya terlompat lompat seperti kanak-ii riang. Aydan hanya menggeleng perlahan sambil memasukkan beg terakhir yang mengandungi makanan instant ke dalam kereta.

Oleh kerana Izz Mikhael mempunyai kereta sendiri, mereka bertekad untuk menaiki kereta masing-ii.

" Okayy ni mama kenalkan.. Anak kawan mama. Dian Inara. " ujar Aeisya sambil tersenyum manis. Inara berbalas senyuman dengan Izz Mikhael dan Alya.

" Dia akan ikut kamu semua.. Tapi ingat! Jangan mengurat dia sebab mama dah booking dia untuk Arf! " Aeisya memandang Arfan yang hanya menunjukkan riak selamba.

" Cantiklah! Bagi dekat Yan lah! " Aryan sengaja mahu mengusik adiknya. Aydan membuat hidung kembang.

" Aku bagitahu Daniaa! " ugut Aydan. Aryan menjeling.

" Tak habis-ii nak mereport! "

" Ish dah sudah! Ann.. Jaga adik-ii. Jaga Alya.. Jaga anak-ii dara yang nak ikut tu.. " nasihat Daniell. Aydan mengangguk sambil membuat tabik hormat.

" Baik boss! "

" Yan pun sama! Jaga adik-ii. Harap aje tua.. Perangai macam ribena! " tambah Daniell lagi. Aryan hanya mampu tersengih.

Izz Mikhael yang lain hanya ketawa kecil. Aryan macam ribena! Muahaha ada modal nak kenakan dia!

" Hah tu.. Kekasih hati Fiq dah sampai.. " ujar Aeisya apabila melihat Airene sedang berjalan melintasi pagar rumah. Kesemua mereka berpaling memandang gerangan yang dimaksudkan oleh Aeisya.

" Aunty.. " tegur Airene sambil tersenyum lalu bersalaman dengan Aeisya. Senyuman manis diukir kepada Daniell.

" Ibu dengan ayah sihat? " soal Daniell.

" Sihat.. Alhamdulillah. " jawab Airene.

" Reen.. Kenalkan.. Inara. " ujar Aeisya. Airene tersenyum sambil bersalam dengan Inara.

" Ann macam pernah jumpa lah Inara ni.. Kalau tak silap.. Dia lah anak kawan mama yang jatuh dekat tangga rumah kita masa dia umur 5 tahun. Kan? " soal Aydan menginginkan kepastian.

" Ouh! Dia ke? " Ayqal merenung Inara. Wajah manis itu cuba dicam semula.

" Ye.. Dia lah.. Masa tu Arf kejar dia sebab Inara ambil coklat dia.. " ujar Aeisya sambil tersenyum. Inara tersipu. Alamak! Kantoi masa kecik-ii nakal..

Arfan tersengih. Waa! Dia ke.. Hm kuat betul jodoh! Tak pernah dah nanpak dia lepas dia jatuh tangga dulu.

" Okayy dah.. Berangkat sekarang. Nanti nak ambil Daniaa dengan siapa nama dia? Ar.. Arissa? Kan? " soal Daniell.

" Ha'ah! Arissa.. " ujar Ayqal.

" Kami pergi dulu mama.. " Aydan menyalami mamanya lalu menghadiahkan ciuman di kedua pipi Aeisya. Tangan Daniell pula dicapai lalu disalam.

" Papa taknak cium ke? " sindir Daniell. Aydan tergelak lalu memeluk Daniell.

Izz Mikhael yang lain turut menyalam ibu bapa mereka.

Enjin kereta turbo yang diubah suai mengaum di halaman rumah. Daniell dan Aeisya hanya memerhati satu persatu kereta anaknya mula beredar. Bermula dengan Audi hitam, merah, kuning, hijau dan biru.

~•~
AMARAN : SEGALA TEMPAT YANG DISEBUT ADALAH TIDAK WUJUD . HANYA REKAAN DAN HALUSINASI PENULIS

Seusai mengambil Daniaa dan Inara di kondo, mereka mula bertolak ke Jeti Tanjung Rumput.

~ • Aydan & Alya • ~

" Sayang.. Nak kiss! " rengek Aydan. Alya menjeling manja.

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now