DENDAM DAN CINTA 03

47.1K 1.5K 19
                                    


Isyahani terus merecord video sambil berbual-bual seperti membuat live video di instagram. Ezzara pula terperanjat besar apabila matanya menangkap kelibat seseorang berpakaian serba hitam sedang memegang pisau mendekati Aydan. Terlepas segala barangan yang ada dipegangannya. Dia pantas berlari ke arah Aydan.

" Aydan!!! " Ezzara menjerit. Aydan yang terkejut segera menoleh. Tubuhnya didakap oleh Ezzara namun dakapan itu longgar. Ezzara terkulai bersandar pada tubuhnya. Aydan bertambah terkejut apabila tangannya menyentuh objek berupa pisau tertusuk dibelakang tubuh Ezzara. Isyahani pula sudah jatuh terduduk. Camera video yang merakam segala galanya terlepas dari pegangan.

" Zara!!! " Aydan meraung. Dia jatuh terduduk sambil memangku tubuh Ezzara.

" Zara.. Sayang kita pergi hospital eh.. " ujar Aydan dengan terketar-ketar. Ezzara menggeleng perlahan. Dengan nafas yang tersekat sekat Ezzara cuba bersuara.

" Saya.. " Ezzara tidak sempat berkata-kata. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Aydan.

" Zara!!! " Aydan meraung sekuat hati.

" Awak.. Awak.. Bangunlah awak mengigau nih! " Alya menggoncang bahu Aydan yang sedang meracau. Aydan bangun dari pembaringan. Dadanya turun naik mencari nafas. Peluh merenik di dahi dan leher.

" Bangunlah.. Pergi ambil wudhuk lepas tu baru sambung tidur.. " ujar Alya dengan lembut. Aydan akur. Dia bangun perlahan lahan. Langkah diatur menuju ke bilik air.

~•~

" Oh mak kau tergolek! " Alya terlatah. Hampir luruh jantungnya apabila sebaik sahaja dia memaling tubuhnya, tubuh Karlisa tegak dihadapannya. Nasib baik mug berisi hot chocolate tidak terlepas dari tangan.

" So.. Alya Irdina.. " Karlisa berjalan mengelilingi Alya. Alya hanya mendiamkan diri. Dah kenapa dia ni buat roundabout kat sini.

" Cantik lah jugak.. Not bad. Taste Aydan tak pernah mengecewakan. " Karlisa tersengih. Dia berhenti mengelilingi Alya. Alya masih lagi diam menantikan bicara Karlisa yang seterusnya.

" Tapi aku tak kisah lah kau cantik ke buruk ke.. Aku nak kau tahu satu je.. Aydan hak aku! Kau tahu tak lepas Ezzara mati, sepatutnya aku yang kahwin dengan dia! Bukan kau! " ujar Karlisa dengan keras. Alya mendengar dengan tenang.

" Habistuh kalau betul dia hak awak, kenapa dia tak kahwin dengan awak? Kenapa dia kahwin dengan saya? " soal Alya dengan berani. Karlisa mengetap bibir.

" Sebab kau tu perampas! Eh kau guna ilmu hitam eh? " Karlisa menjegil memandang Alya.

" Awak ni nampak moden eh.. Tak sangka otak awak cetek.. Percaya benda-ii karut macam tu. Semua tu syirik lah! Boleh rosakkan aqidah tahu! " Alya mentarbiah.

" Eh kau jangan nak ajar aku eh.. " Karlisa menuding jari ke wajah Alya.

" Ingatkan aje.. " Alya menjuih bibir.

" Kau ni! " Karlisa mengangkat tangan ingin menampar wajah Alya.

" Lisa! " suara Aydan umpama petir memeranjatkan Karlisa dan Alya. Karlisa segera menurunkan tangannya.

" Kau nak buat apa dengan isteri aku? " Aydan merenung tajam wajah Karlisa. Karlisa terkulat kulat.

" Tak.. I.. Err.. " Karlisa tergagap gagap.

" Lisa.. Sini kejap.. Tolong aunty.. " Aeisya melaung memanggil Karlisa dari laman.

" I tolong aunty! " Karlisa terus mencicit keluar dari ruangan itu.

" Awak okay? Jangan layan sangat Karlisa tu.. " ujar Aydan. Alya hanya mengangguk faham.

To be continue..

Comment, vote and promote this story 💖

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now