DENDAM DAN CINTA 13

39.2K 1.1K 29
                                    

Alya menekup mulutnya. Tidak disangka Aydan sanggup melakukan semua itu untuk dirinya. Katil yang bercadar putih dihiasi dengan kelopak bunga mawar merah yang membentuk tulisan " I'm sorry " dipandang dengan perasaan terharu. Terdapat juga sejambak bunga ros merah beserta sebiji kek red velvet.

" Seriously awak buat semua ni? " soal Alya. Air mata bergenang di kelopak mata. Aydan hanya tersenyum sambil mengangguk.

" Hey! Apa ni nangis pulak.. " Aydan mengesat air mata isterinya yang mula turun menyusuri pipinya yang tembam.

" Thankyou.. " Alya memeluk Aydan. Aydan membalas pelukan Alya. Rambut Alya diusap lembut.

" Biy buat semua ni sebab biy sayangkan sayang tau tak?! Kalau biy tak sayang, tak adanya biy nak buat semua ni.. " ujar Aydan. Alya tersenyum.

" Yeke sayang? Cam tipu je.. " Alya menjongket sebelah keningnya.

" Apa pulak tipu? Sumpah sayang! Biy sayangkan sayang! " ujar Aydan. Alya terdiam. Hm kalau sayang tu ya maybe betul dia sayang aku. Tapi dia cintakan aku ke? Hm.. Takpe lah Alya. Pelan-ii. One day dia mesti akan cintakan kau.. Kau kena sabar dan berdoa supaya Allah bukakkan pintu hati dia.

" Dah lah.. Taknak nangis-ii. Biy tak suka tengok sayang nangis! " ujar Aydan. Alya tersedar dari lamunannya. Oh ya! Kek! Alya meleraikan pelukan.

" Saya nak makan kek! " Alya terus mengambil kek di atas katil lalu dibawanya ke dapur. Bunga ros tidak dipedulikan. Haha kalau kek kau jangan buat main! Bigbang depan mata pun sanggup diketepikan demi kek. Favorito! Aydan tersenyum lalu menggeleng. Tak apa lah kalau dia lebih kisahkan kek. Asalkan dia bahagia.

" Awak nak? Sini saya suapkan.. " Alya memotong kek lalu disua ke mulut Aydan. Aydan hanya menurut. Hm sedap! First time sia makan red velvet hahah!

" Sini.. " giliran Aydan pula menyuap Alya. Lebihan krim kek di jarinya dicalit pada hidung Alya. Ha baru comel! Aydan meletuskan tawanya.

" Aydan! Siap awak! " Alya mengejar Aydan yang sudah pun melarikan diri ke ruang hadapan. Aydan berlari mengelilingi meja kopi lalu mengacah Alya.

" Ke kiri.. Ke kanan.. Hati-ii bila di jalanan.. " nyanyian Aydan membuatkan Alya lebih geram. Alya berhenti di tengah-ii meja kopi. Begitu juga Aydan. Alya merenung Aydan yang berada di hadapannya namun sedikit berjarak dek kerana meja kopi yang menjadi pemisah.

" Penat dah ke? " soal Aydan. Peluh di dahi dikesat.

" Ke kiri ke kanan eh? " soal Alya. Aydan menjongket kening berkali kali sambil tersenyum. Tanpa membuang masa, Alya dengan pantasnya memanjat meja kopi lalu terus menerpa Aydan. Haih la Alya nasib kau tu ringan plus meja tu bukan meja kaca kalau tak.. Herh!

" Sayang! " Aydan terperanjat. Mereka sama-ii terduduk di sofa. Alya pantas mencalitkan krim pada hidung Aydan. What the fish Alya kau buat aksi Jackie Chan semata mata nak calit krim?

" Hah! I got you! " Alya mengangkat kening berkali kali tanda kemenangan.

" Haih ganas betul isteri biy ni! " ujar Aydan lalu mengusap rambut Alya. Alya hanya menjelir lidah. Jarinya bergerak mencorakkan krim pada wajah Aydan. Dilukisnya misai kucing pada pipi kiri dan kanan Aydan. Ha baru perasan! Sedap kau je kan Alya!

" Sayang sedar tak sayang tengah duduk atas apa sekarang ni? " soal Aydan sambil mengangkat kening. Kelihatan riak wajah Alya sudah berubah lalu bertukar menjadi merah. What? Alya! The fish! Kenapa kau ni suka sangat memalukan diri sendiri? Macam mana aku boleh tak perasan aku tengah duduk atas riba dia?

" Erk.. Err.. " Alya bingkas bangun dari duduknya namun ditarik semula oleh Aydan. Dia terduduk semula di ribaan Aydan. Pinggangnya dipaut kemas.

" Kenapa? " soal Alya takut-ii. Aydan menolak belakang Alya menyebabkan jarak diantaranya dengan Alya hanya sejengkal. Alya terkejut. Kedua dua tangannya melekap di dada Aydan. Aydan merenung anak mata Alya. Alya turut memandang anak mata Aydan. Jantungnya mula menggila. Aydan semakin merapatkan jarak diantara wajah mereka.

To be continue..

Hahahah dah-ii lah tu sambung next part. Herh jangan kecam-ii. Tabaik ooo hahaha sian sama kat author yang selalu update untuk korang nih 😂💖

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now