DENDAM DAN CINTA 11

44.8K 1.2K 25
                                    

Alya duduk termenung di gazebo. Angin malam yang sejuk menyentuh kulit tidak dihiraukan. Peristiwa dua bulan lepas bermain di fikirannya.

• flashback •

" Alaa jangan lah merajuk.. Saya mintak maaflah! Mana saya tahu aiskrim tu awak yang punya. Saya tanya Yan dia cakap makan je.. Tak ada siapa nak marah pun so saya makan lah! " Alya merengek. Lengan Aydan digoncang. Aydan memuncung. Sebenarnya dia tak kisah pun Alya makan aiskrim tu. Saja acah merajuk. Nak attention!

" Okayy aku tak merajuk.. Tapi dengan satu syarat! " ujar Aydan sambil merenung Alya. Kening diangkat berkali kali. Wajah Alya berkerut.

" Hah iyelah! Syarat apa? " soal Alya mengalah. Kelihatan senyuman Aydan bertambah lebar.

" Nak ni.. " Aydan mengetuk ngetuk bibirnya dengan jari telunjuk beberapa kali. Alya terkejut.

" Ee gatal! " Alya menampar lengan Aydan.

" Okayy fine! " Aydan melarikan wajahnya nemandang ke arah lain.

" Saya seganlah! " Alya sudah mengalah ingin memujuk Aydan. Yela hampir sehari kot Aydan merajuk disebabkan aiskrim magnum tu. Macamlah tak boleh beli lain! Alasan dia aiskrim tu special sebab mama dia belanja. Adoii macam budak-ii sia laki aku ni.

" Okayy kalau segan.. " Aydan mendekatkan wajahnya dengan wajah Alya. Alya kaku. Wajah Alya mulai memerah saat bibir Aydan mula menyentuh bibirnya. Ciuman Aydan mula bergerak ke leher Alya. Tanpa sengaja dan tanpa disangka, Aydan mengeluarkan kata-ii yang amat mengguriskan hati.

" Em.. Zara.. " membara hati Alya saat itu. Alya menolak kasar tubuh Aydan. Aydan terkejut. Perasaan bersalah mula menyelubungi hati. Entah bagaimana nama itu boleh terpacul dari mulutnya.

" Awak jangan sentuh saya selagi awak tak terima kenyataan yang saya isteri awak bukannya Ezzara! Dia dah tak ada. Tak ada gunanya awak bersama saya tapi di fikiran awak, awak fikirkan Ezzara.. Saya tak rela awak peralatkan diri saya untuk nafsu awak! Saya ada perasaan Aydan.. Saya bukan patung! " Alya terus bangun keluar dari bilik itu. Pintu dihempas kasar. Aydan meraup kasar rambutnya.

" Argh!! " jerit Aydan. Lampu tidur dilibas dengan tangan sehingga jatuh dan pecah berderai di lantai. Bodoh kau Aydan! Bodoh!

• end of flashback •

Alya mengeluh perlahan. Hatinya masih terasa sakit. Sejak malam itu, Alya tidak tidur bersama Aydan. Dia tidur di bilik arwah Isyahani tanpa diketahui sesiapa kecuali Aydan. Dia juga tidak bertegur sapa dengan Aydan. Sekiranya ada hal yang ingin diutarakan, mereka hanya menggunakan whatsapp. Huh teruk bukan?

" Alya buat apa kat sini malam-ii? " Aeisya melabuhkan di sebelah Alya. Alya hanya tersenyum tawar.

" Saja ambik angin malam. " ujar Alya cuba menutup rasa hatinya.

" Mama tahu Alya dengan Aydan ada masalah kan? Cuba Alya share dengan mama mungkin mama boleh bantu.. " Aeisya cuba memujuk.

" Tak.. " air mata Alya mula menitis. Perasaan sebak mencuit tangkai hatinya. Aeisya menggosok bahu Alya.

" Shh.. Janganlah nangis.. " Aeisya memeluk Alya. Kepala Alya dilentok pada bahunya..

" Aydan maa.. Dia masih tak boleh lupakan Ezzara. Hati isteri mana yng tak sakit bila suami dia sebut nama perempuan lain bila nak bersama. " luah Alya sambil teresak.

" Alya sayangkan dia. Alya cuba sabar tapi kalini Alya terasa sangat maa.. " Aeisya menangis di dalam dakapan Aeisya.

~•~

" Pergi elok-ii. Jaga menantu mama. Ingat! Jaga hati dia! Ezzara dah tak ada. Sekarang ni Alya isteri Ann. Focus pada dia! " nasihat Aeisya sebelum Aydan dan Alya berangkat menaiki kapal terbang. Aydan mengangguk perlahan.

~•~

Aydan dan Alya langsung tidak mengeluarkan kata-ii dari Malaysia sehingga lah sampai di Australia. Masing-ii melakukan hal sendiri di dalam kapal terbang.

" Lapar tak? Jom pergi makan.. " ajak Aydan. Dia cuba beramah mesra dengan Alya. Bernanah jugak lah telinganya apabila Daniell membebel padanya sehari sebelum berangkat ke Australia. Daniell mengingatkannya tentang toleransi dan tanggungjawab. Kalau isteri merajuk. Pujuklah dengan sabar. Mereka hanya nakkan perhatian dan nak tengok sejauh mana pasangan mereka sanggup lakukan demi mereka. Kelihatan Alya menggeleng.

" Saya kenyang. " Alya terus mengambil tuala dan pakaian dari dalan beg dan terus berlalu ke bilik air. Aydan mengeluh kecil. Relax Aydan! Sabar.. Aydan keluar mencari makanan. Sebuah restoran makanan halal dimasukinya. Makanan untuk Alya dibukuskan. Sedang dalam perjalanan pulang ke apartmen yang disewa, matanya terpandang sebuah kedai kek halal. Langkah kaki diatur masuk ke dalam kedai itu. Sebiji kek red velvet yang menjadi kegemaran Alya dibeli. Dia turut membeli sepeket belon berserta pengepamnya. Sejambak bunga ros dibeli dari kedai bunga berdekatan.

" Sir.. What do you wanna write on this card? " soal penjual bunga itu dengan manis.

" Em.. I'm sorry baby.. I'll never do it again. " ujar Aydan.

" Oh seems like you wanna persuade your girl.. Goodluck! " penjual itu tersenyum manis lalu menghulurkan jambangan bunga pada Aydan.

" Thankyou. " ucap Aydan sambil tersenyum manis dan berlalu dari situ.

To be continue..

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now