DENDAM DAN CINTA 07

37.6K 1.1K 7
                                    


" Ann.. Nanti tolong ambil Hani dekat sekolah tau.. " pesan Aeisya.

" Eh? Isya pergi sekolah? Bukan ke doktor dah bagi dia mc supaya rehat kat rumah dalam seminggu dua.. " soal Aydan dengan pelik.

" Memanglah tapi Hani desak mama cakap nak pergi sekolah.. Mama pun tak tahu kenapa Hani macam taknak duduk rumah.. Mama ikutkan ajelah. Yela mungkin dia lebih selesa dengan kawan-ii dia.. Tak adalah dia stress sangat bila ada teman berbual yang dia selesa. " ujar Aeisya. Aydan mengangguk faham.

~•~

Aydan yang baru sahaja menghabiskan shootingnya pada hari itu mengeluh kasar melihat tayar keretanya yang pancit.

" Dah masa ni pulak kau nak pancit! Isya kang lambat kesian dia kena tunggu! " Aydan merungut sambil membuka bonet . Tayar spare dikeluarkan lalu dengan segera tayar yang pancit ditukar.

~•~

Isyahani duduk berseorangan di ruangan menunggu ibu bapa. Kehadiran sebuah kereta hitam langsung tidak disedari. Dua orang lelaki bertopeng keluar dari kereta tersebut lalu menghampiri Isyahani. Isyahani yang baru menyedari kehadiran mereka terus menjerit meminta tolong.

" Korang ni siapa! Tolong! " tubuh Isyahani diheret masuk ke dalam kereta hitam tersebut. Pengawal sekolah yang mendengar suara Isyahani datang untuk menolong namun segalanya sudah terlambat. Isyahani dibawa pergi.

~•~

" Ni semua salah kau Aydan! Kalau tak kerana kau lambat ambil dia, dia takkan kena culik! " dada Arfiq turun naik menahan amarah. Arfan menyabarkan adiknya. Aydan duduk dengan wajah sugul. Rasa bersalah menggunung di hati. Ya Allah janganlah kau ambil adikku Ya Allah. Tolonglah..

" Tak ada salah sesiapa pun! Bukannya Ann sengaja! Dia dah bagitahu kan tayar kereta dia pancit! " Aryan membela Aydan.

" Salah dia lah! Dasar pembawa malang! Mula-ii Kak Zara lepastu sekarang Isya.. Lepasni siapa pulak? " mata Arfiq yang merah bersama wajah garang yang semulajadi amat menggerunkan. Aeisya hanya diam sambil menangis memeluk Alya. Alya cuba menyabarkan ibu mertuanya. Daniell pula sedang termenung di jendela kaca.

" Sudahlah jangan bergaduh.. Bukan salah Ann pun.. Sabarlah Fiq.. " Ayqal cuba menenangkan keadaan.

" Asal kau diam! Jawablah! Pembawa sial! " tengking Arfiq. Aydan hanya diam. Dia tidak mampu untuk melawan kerana sememangnya semua ini salahnya.

" Fiq! Cukup! Jangan panggil abang macam tu.. Bukan salah dia pun.. " Daniell akhirnya bersuara.

" Janganlah bergaduh.. Ya Allah tolonglah.. Jangan salahkan Aydan.. Dia pun tak mahu semua ni jadi.. " Aeisya berkata sambil teresak dalam tangisannya. Arfiq menjeling tajam Aydan yang sedang tertunduk. Seketika kemudian Arfiq bangun ingin melangkah keluar.

" Fiq.. " panggil Aryan.

" Fiq cari Isya. Tak ada guna duduk tunggu je lagi-ii kalau dah tahu diri tu bersalah! " ujar Arfiq sambil menyindir Aydan. Arfiq lekas meloboskan diri ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan terus memecut tanpa destinasi untuk mencari adiknya.

" Ann.. Sabar jangan salahkan diri Ann.. " Aeisya memeluk Aydan yang telah pun menitiskan air mata. Dia tidak mahu Aydan mengalami kemurungan seperti Isyahani.

~•~

" Lepaskan aku lah! Korang ni siapa? Korang nak bawak aku pergi mana? " Isyahani menjerit sambil bergelut di dalam kereta hitam itu.

" Kau diam boleh tak? " Danish menengking. Rakan subahatnya, Alif turut membantu mengawal pergerakkan Isyahani yang agresif.

" Kau ni memang menyusahkan betul! " Danish terus menekup mulut dan hidung Isyahani dengan sapu tangan yang sudah pun dilembapkan sedikit dengan cecair chloroform. Seketika kemudian tubuh Isyahani terkulai layu ke dalam dakapannyan. Danish dan Alif tersenyum sinis.

To be continue..

Sorry if korang rasa story ni bosan or merapu but I had try my best. Comment, vote and share this story okayh 💖

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now