DENDAM DAN CINTA 06

38.8K 1.3K 27
                                    


" Aku cakap apa? Jangan bagitahu sesiapa kan? Kenapa kau degil sangat? Kau memang sengaja nak cabar aku? Kau nak ke aku bunuh semua orang dalam rumah ni? " Karlisa menjegil. Matanya merenung tajam wajah Isyahani yang sedang terkulat kulat di tepi katil. Isyahani hanya mampu menangis sambil memeluk lutut.

" Kau nampak ni? " Karlisa mengeluarkan sebilah pisau belati dari poket belakang seluar jeansnya. Isyahani semakin kecut perut. Dia duduk menikus dengan rembesan air mata yang semakin menggila. Ya Allah bantulah aku!

" Aku bagi kau peluang sekali lagi sebab apa? Sebab aku kesiankan kau.. Budak mentah lagi! Tapi kau ingat! Ini last warning aku.. Kalau kau berani-ii bukak mulut, aku tak akan teragak agak untuk bunuh satu persatu ahli keluarga kau.. " Karlisa mengukir senyuman psycho. Tubuh Isyahani direnung tajam. Pergelangan tangan Isyahani dipegang kuat.

" Ingat ye Isya sayang.. Satu persatu.. Hahahaha.. " Karlisa mengingatkan sebelum berlalu keluar dari bilik sambil ketawa jahat.

" Abang.. Mama.. Papa.. Tolong Isya.. " Isyahani berbisik perlahan. Dia menangis dan terus menangis sehingga tertidur di tepi katil

~•~

" Hani.. Bangun.. Kenapa tidur dekat lantai ni? Hani menangis ke? " Aeisya menyoal. Kelihatan Isyahani membuka matanya perlahan lahan. Hatinya dipagut resah apabila melihat keadaan Isyahani yang tidak terurus. Isyahani dicempung naik ke atas katil.

" Kenapa mata Hani lebam sayang? Sayang menangis ke? " Aeisya menyoal dengan lembut. Pergelangan Isyahani yang kelihatan lebam ditilik.

" Tangan ni pulak kenapa? " soal Aeisya lagi.

" Ya Allah Hani.. Jangan buat mama macam ni.. Jawab soalan mama sayang.. Cakap dengan mama kenapa dengan Hani. Mata bengkak, tangan lebam. " Aeisya memandang sayu anak gadisnya. Isyahani hanya diam. Tubuhnya kelihatan layu. Pipi Isyahani disentuh lembut.

" Abang! " Aeisya melaung memanggil Daniell. Seketika kemudian, Daniell datang dengan terpinga pinga.

" Kenapa ni? " soal Daniell. Isyahani dihampiri.

" Saya tak tahu. Saya masuk bilik nak panggil dia makan. Tengok-ii dah macam ni. Mata bengkak. Tengok tangan dia ada kesan lebam.. " terang Aeisya dengan wajah muram.

" Kita pergi hospital! " Daniell mendukung tubuh anak gadisnya. Isyahani pantas diusung masuk ke kereta.

" Mama.. Papa.. Kenapa ni? " soal Arfiq kerisauan.

" Papa nak bawak Isyahani pergi checkup. Mama tak tahu lah! Hani nampak pelik! " Aeisya terus membuntuti langkah Daniell. Arfiq segera mencari abangnya yang lain.

~•~

" Isyahani okayy. Cuma dia hadapi stress yang melampau. Encik Daniell dan Puan Aeisya perlu beri dia perhatian yang lebih. Cuba pujuk dia untuk berkongsi masalah. Masalah ni tak boleh kita biarkan. Ia boleh menyebabkan depression. " terang Doktor Suraya. Daniell dan Aeisya mengangguk faham.

" Saya akan bagi pil penenang untuk dia kalau dia tak boleh tidur ke jadi agresif ke.. Boleh bagi dia sebiji sahaja sehari bila perlu. " ujar Doktor Suraya lagi.

" Tangan dia yang lebam tu? " soal Daniell.

" Itu saya tak pasti sebab apa. Nampak macam kesan cengkaman. Mungkin ada yang pegang tangan dia kuat sangat sampai lebam.. " kata Doktor Suraya

~•~

" Hani sihat.. Cuma dia stress. Papa harap Izz boleh sama-ii bantu untuk pulihkan Isya. Happykan dia. Kita kena usaha sebelum perkara yang lebih buruk terjadi.. " ujar Daniell. Aydan, Aryan, Arfan, Ayqal dan Arfiq mengangguk faham. Alya terdiam. Hm kesian Isyahani.. Mesti dia tak dapat lupakan kejadian tu! Daniell mengusap ubun-ii Isyahani yang sudah pun tertidur di pangkuannya.

" Papa nak tanya.. Ada sesiapa tak yang pegang tangan Hani semalam ke pagi tadi ke sebab tangan Isya ada kesan lebam.. " soal Daniell. Aydan, Aryan, Arfan, Ayqal dan Arfiq berpandangan sesama sendiri. Aeisya hanya diam. Alya turut kehairanan. Rasanya harini dia tak nampak pun Isyahani keluar bilik. Dari pagi terperuk je dalam bilik tapi dia ada nampak Karlisa masuk bilik Isyahani tak tahulah pulak apa yang dia buat.

" Isya tak keluar langsung dari bilik harini. Semalam pun sama. Fiq yang hantar makanan dekat bilik dia semalam tapi rasanya tak ada pun kesan lebam tu. Mungkin baru pagi tadi kesan lebam tu ada. " terang Arfiq.

" Tapi papa.. Alya ada nampak Karlisa masuk bilik Isya pagi tadi.. " kata Alya dengan berani. Yela dah benda kita tahu kan.. Bagitahu lah mana tahu dapat membantu..

Daniell terdiam. Begitu juga sesisi rumah yang lain. Masing-ii memikirkan kalau-ii Karlisa yang menyebabkan lebam pada tangan Isyahani. Mungkinkah Karlisa yang berkasar dengan Isyahani sehingga gadis itu menangis dengan teruk?

Karlisa yang baru sahaja ingin melangkah masuk, terbantut apabila mendengar perbualan keluarga itu. Dia mengetap bibir.

" Tak boleh jadi nih! Habis terbongkar rahsia aku nanti! " Karlisa berpatah balik. Tidak jadi hendak masuk. Telefon bimbit dikeluarkan.

" Hello Danish! Aku ada kerja untuk kau.. "

To be continue..

Untuk yang confuse tu, panggilan untuk Isyahani ada dua. Sesetengah panggil Isya, sesetengah panggil Hani. Jangan lupa drop comment and vote. Kalau rajin tu share lah story ni dengan kawan-ii 💖

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now