DENDAM DAN CINTA 56

55.5K 1.4K 76
                                    

MEDIA DI ATAS IALAH DARREN KYLE HAFIEZ

A few months later..

" Eyen, hai anak papa rindunya dekat dia hm.. " Aydan mencium sekilas pipi anak lelaki sulungnya, Darren Kyle Hafeiz yang baru berusia 3 bulan. Kelihatan anaknya mengoyak sengihan menampakkan gusinya yang belum ditumbuhi gigi.

" Biy janganlah kacau dia baru nak lena kejap tadi! " Alya menolak Aydan menjauhi Darren. Aydan mencebik lalu menarik Alya ke pelukannya.

" Rindu mama Eyen lah.. Wanginya hm.. " Aydan mencium rambut Alya. Alya mendecit.

" Biy pergilah mandi badan biy melekit! " Alya menjadi geram. Orang baru je mandi ish.

" Jom mandi sekali! " Aydan ingin menarik Alya ke bilik air namun Alya memaku.

" Eyen siapa nak jaga? Dah pergi mandi lepastu kita turun bawah sama-ii makan. " Alya mendekati Darren. Anak lelakinya itu didukung lalu diagah.

" Mana dia anak mama busyuk-ii tu? Alelele dia senyum! " Darren kelihatan riang diagah mamanya. Mata biru Darren yang membulat membuatkan Alya begitu geram. Pipi anaknya dicium bertalu talu.

" Eee geramnya dengan dia tu.. "

Aydan keluar dari bilik mandi lalu menuju ke almari pakaian. Seusai menyarung lengkap pakaiannya, Aydan mendapatkan anak dan isterinya.

" Jom turun. " ajak Aydan lalu mengambil Darren dari dukungan Alya. Mereka beriringan turun ke bawah.

" Itu dia pemenang anugerah bintang paling popular sudah turun. " usik Arfiq. Aydan membuat muka bangganya. Alya hanya tersenyum.

Aeisya telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang hanya beza beberapa bulan dengan anak Aydan. Laura Aisyahani Nadya namanya. Daniell teramat gembira kerana sekali lagi dapat menimang cahaya mata perempuan. Namun begitu, arwah anaknya, Laura Isyahani Nadya tetap disayangi tanpa beza.

Pemergian Isyahani meninggalkan luka yang amat mendalam buat mereka sekeluarga namun itulah takdir. Isyahani diambil kerana Allah lebih menyayanginya. Isyahani. Nama yang akan terpalit di hati mereka buat selama lamanya meskipun gadis itu sudah pun pergi.

Aydan. Kerjayanya sebagai seorang artis semakin meningkat naik. Rezekinya semakin bertambah setelah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Darren Kyle Hafeiz. Aydan amat menyayangi Alya selayaknya sebagai seorang isteri. Dia tidak lagi mengingati Ezzara. Ezzara adalah kisah silamnya. Alya adalah masa hadapannya. Dia tidak mahu menyakiti Alya dengan masa silam. Alya merupakan seorang isteri yang baik dan sempurna di matanya. Cukuplah Alya seorang. Hidupnya sudah bahagia.

Aryan sudah pun menamatkan praktikalnya dan menjadi seorang doktor bahagian sakit kanser. Dia juga bahagia bersama isterinya Daniaa yang kini sedang sarat mengandung. Daniaa juga merupakan isteri yang baik. Seorang kawan baik pada dahulunya kini menjadi seorang isteri sekaligus tulang belakang baginya.

Ayqal juga sudah pun bahagia bersama Nadya. Ayqal berjaya membuat Nadya bahagia sehingga gadis itu kini bangkit dari mimpi ngerinya. Nadya seorang gadis yang baik dan layak untuk bahagia. Adelia menjadi sebahagian dari memorinya namun itu tidak bermakna dia perlu meratapi pemergian Adelia. Perginya Adelia bersama kisah hitam, bangkitnya Ayqal dengan semangat baru dari kisah hitam itu.

Arfan dan Inara juga bahagia. Calon yang dipilih mamanya tepat. Itu bermakna Aeisya tahu apa yang terbaik untuk anak-ii nya. Inara amat memahaminya. Inara membuatkan Arfan lupa akan kesakitan apabila cintanya dikhianati suatu ketika dahulu oleh Ain. Arfan amat menyayangi Inara yang menjadi pembakar semangat untuk dirinya bangkit.

Arfiq. Seorang lelaki dingin kini berubah menjadi lelaki periang dan nakal. Arfiq bahagia disamping Airene. Gadis yang dikenali sejak di bangku sekolah lagi. Dia mencintai gadis itu sedari dulu namun ego membataskannya daripada berterus terang sehinggalah dirinya sedar dan nampak akan kesabaran Airene yang setia padanya. Airene kini sedang sarat mengandung. Kandungannya hanya beza beberapa minggu dengan Daniaa.

Seluruh keluarga mereka kini bahagia dan lengkap. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas kebahagiaan yang engkau kurniakan kepada kami. Terima kasih atas nikmat yang kau kurniakan pada keluarga kami.

Terima kasih atas kurniakan engkau iaitu Aeisya sebagai isteriku. Sesungguhnya aku sangat beruntung memiliki isteri yang baik sepertinya. Izz Mikhael adalah kurniaanMu yang tak ternilai. Juga dengan 2 orang puteriku meskipun engkau telah mengambil salah seorang darinya.

Aku bersyukur kerana mendapat kehidupan yang bahagia meskipun aku bukanlah seorang hambaMu yang soleh pada suatu ketika dahulu.

" Setiap orang mempunyai masa silam yang tersendiri. Kisah silam yang membuatkan dirinya dihimpit perasaan murung. Setiap manusia tidak sempurna. Setiap orang ada kekurangannya. Tidak ada yang sempurna. Berhentilah mencari kesempurnaan. Manusia diciptakan berpasangan. Lengkapilah hidup pasangan engkau dan bukannya meninggalkannya atas kekurangan yang dimiliki. Sayangilah seseorang selayaknya dan setialah padanya. Jangan kau hancurkan kepercayaan yang diberi dek kerana terleka dengan ujian nikmat yang diberi. Dan apabila seseorang yang disayang pergi dijemput Illahi, hendaklah engkau meredhai pemergiannya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. "

THE END

Terima kasih atas sokongan para pembaca selama ini. Hopefully readers puas hati dengan ending❣️

Untuk yang nak join group bersama author , link ada dekat profile 💨

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now