DENDAM DAN CINTA 10

40.1K 1.1K 12
                                    

" Sabar sayang.. " Daniell mengusap bahu Aeisya. Aeisya hanya termenung memandang kubur Isyahani begitu juga dengan Aydan dan adik beradik yang lain. Daniell memejam mata serapatnya. Kekuatan dicari demi anak dan isterinya. Alya menggenggam kuat tangan Aydan. Wajah Aydan yang tidak bermaya dipandang. Arfiq mengetap bibir. Dendamnya membara di dalam hati.

~•~

" Sial! Kau tengok apa dah jadi dengan adik kau.. Dia dah tak ada.. Dia dah mati! Semua salah kau! " sekali lagi Arfiq menyalahkan Aydan. Aydan hanya diam.

" Fiq.. Tolonglah jangan timbulkan lagi soal salah siapa. Aydan tak salah lah! " Aryan mengeluh kecil. Rambut yang berserabut diraup ke belakang.

" Isya baru je pergi.. Korang pulak nak bergaduh adik beradik. Korang rasa Isya suka ke tengok abang-ii dia bergaduh? Biarlah dia tenang dekat sana.. " ujar Daniell lalu memimpin Aeisya naik ke atas. Arfiq menjeling tajam Aydan sebelum bangun menuju ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat tanda tidak puas hati. Alya setia di sisi Aydan. Belakang Aydan diusap lembut.

~•~

Aydan memegang pisau tajam lalu termenung bersendirian. Suasana dapur yang suatu masa dahulu riang dengan suara Isyahani yang suka menganggu mamanya memasak terlayar di ruang fikiran. Kenangan lalu diimbas satu persatu. Kenangan di mana Isyahani dan dia berkejaran di dapur. Kenangan Isyahani membaling tepung kepadanya semasa hari jadinya. Kenangan dia dan Isyahani berebut aiskrim. Air mata mula bergenang. Bibir diketap kuat. Suara Isyahani yang ketawa riang terngiang ngiang di telinga bersilih ganti dengan suara jeritan dan tangisan Isyahani sebelum adiknya itu dibunuh dengan kejam. Pegangan pada pisau semakin kuat. Aeisya yang baru melangkah masuk ke dapur terkejut melihat Aydan sedang memegang pisau.

" Ann! Ann buat apa ni? " Aeisya kalut mendapatkan Aydan. Pisau di tangan Aydan dirampas.

" Ann buat apa ni? " soal Aeisya lalu menyimpan semula pisau di tempat asal. Aydan menunjukkan epal yang berada di tangan yang sebelah lagi.

" Ann nak potong buah.. " jawab Aydan perlahan.

" Ya Allah.. Jangan buat mama risau sayang.. Mama dah hilang Isya. Mama taknak hilang anak mama dah. " Aeisya memeluk Aydan. Air mata merembes keluar. Aydan membalas pelukan Aeisya.

" Maafkan Ann. Salah Ann.. " ujar Aydan perlahan. Mata dipejam serapatnya. Menahan air mata yang ingin jatuh.

" Bukan salah Ann.. Semua ni dah tersurat.. Allah pinjamkan Isya sekejap aje pada kita. " ujar Aeisya lembut. Jika diikutkan sememangnya tidak mampu menerima segalanya namun Daniell bijak memainkan peranan. Aeisya dipujuk dengan penuh kasih membuatkan Aeisya mendapat kembali kekuatannya.

~•~

• a few months later •

Kini sudah hampir 8 bulan sejak Isyahani pergi. Masing-ii meneruskan kehidupan dan cuba menerima kenyataan. Arfiq masih lagi menyalahkan Aydan. Hubungan mereka semakin renggang. Aydan dan Alya turut menjadi renggang dek kerana satu peristiwa yang berlaku diantara mereka dua bulan lepas.

" Dah dekat setahun korang berdua kahwin.. Tak terfikir nak bagi mama dengan papa cucu ke? " soal Daniell sewaktu mereka sedang makan malam. Serentak dengan itu Alya tersedak. Aydan hanya diam.

" Ha'ah. Mama pun tak sabar nak timang cucu.. " ujar Aeisya sambil tersenyum.

" Apa kata korang pergi honeymoon.. Lagipun Aydan kan artis mesti ramai yang nak sponsor. Kak Alya pun famous kalau Romantika nak shoot penggambaran honeymoon korang.. " cadangan Aryan memeranjatkan Alya.

" Papa setuju! Tapi kalau Aydan nak privasi, papa sendiri boleh sponsor. Mana Alya nak pergi? Paris? London? Australia? " ujar Daniell. Aydan masih lagi mendiamkan diri. Rasa bersalah terhadap Alya atas hal yang berlaku beberapa bulan lepas masih belum hilang. Disebabkan hal itu juga Alya bersikap dingin dengannya.

" Hello.. Abang dengan akak berangan apa? Papa tanya kan? " soal Ayqal apabila Aydan dan Alya hanya mendiamkan diri. Arfan tidak berminat untuk menyampuk. Makanan kegemarannya yang dimasak Aeisya dinikmati sebaik mungkin.

" Err.. Tapi papa Aydan kan busy dengan shooting.. " Alya cuba memberi alasan.

" Papa dah check schedule Aydan. Harini last shooting dia untuk filem aksi tu. Lepas tu dia tak ada apa-ii shooting sampai bulan depan. Tak gitu Aydan? " Daniell tersenyum. Bukannya dia tidak tahu Aydan dan Alya sedang perang dingin. Aydan dan Alya kelihatan semakin renggang dari hari ke hari. Aydan mengangguk perlahan mengiyakan kata-ii papanya.

" Nanti papa bookkan ticket. Australia okayy? No excuses. " Daniell terus mengangkat punggung meninggalkan meja makan.

To be continue..

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now