DENDAM DAN CINTA 05

42.4K 1.4K 28
                                    


" Saya nak pergi ' seven e ' kejap. " ujar Alya. Aydan hanya mengangguk lalu bersandar pada pintu kereta. Setelah melihat kiri dan kanan, Alya terus melintas tanpa menyedari kehadiran sebuah kereta yang sememangnya sedang menyasarkannya. Aydan yang perasan akan kehadiran kereta itu terus berlari mendapatkan Alya.

" Alya!! " Aydan menarik lengan Alya ke bahu jalan. Alya terpinga pinga apabila melihat sebuah kereta dengan lajunya melintasi mereka. Mujurlah Aydan menariknya jikalau tidak, pasti nyawanya melayang hari ini.

" Kenapa tak tengok dulu sebelum lintas! " marah Aydan.

" Saya dah tengok lah! Memang tak ada kereta pun tadi! " Alya membela diri.

" Dah lah. Jom balik. Aku rasa ada orang tengah aim nak bunuh kau. " ujar Aydan lalu menarik Alya menuju ke kereta. Alya hanya menurut tanpa bantahan.

~•~

Aydan duduk termenung di tepi kolam. Siapa tadi tu? Kenapa dia nak langgar Alya? Alya cakap dia tak ada musuh.. Jangan-ii musuh aku! Ada orang dengki dengan aku lepastu nak bunuh Alya! Hm mungkin jugak..

" Abang.. " Isyahani menegur perlahan sebelum mengambil tempat di sebelah Aydan. Aydan menoleh. Direnung wajah satu satunya adik perempuannya yang kelihatan gusar.

" Isya nak bagitahu something.. " Isyahani cuba mengumpul kekuatan untuk memberitahu Aydan segala galanya yang telah didengarinya kelmarin.

" Bagitahu apa? " Soal Aydan. Pelik. Sejak peristiwa Ezzara dibunuh di hadapan matanya, Isyahani kurang bercakap. Tetapi hari ini, tiba-ii sahaja Isyahani menegurnya dan ingin memulakan perbualan.

" Sebenarnya abang semalam Isya.. " Isyahani tidak dapat meneruskan kata-ii nya apabila terpandang akan wajah Karlisa yang sedang berdiri tegak disebalik sliding door. Dadanya berombak kencang. Otaknya memutar kembali kata-ii ugutan Karlisa.

" Aku akan bunuh semua family kau! " kata-ii Karlisa terngiang-ngiang di telinganya. Isyahani terus berlari masuk ke dalam. Karlisa tersenyum sinis. Budak tak cukup akal! Kau tunggu nasib kau nanti..

" Isya! Isya! Isya nak bagitahu apa! " jeritan Aydan langsung tidak diendahkan. Aydan mengeluh perlahan.

" Kau lagi! Buat apa datang sini? " soal Aydan apabila matanya menangkap kelibat Karlisa yang sedang menghampirinya di tepi kolam.

" I datang nak jumpa you lah! I miss you so much! " Karlisa duduk di atas riba Aydan.

" Kau gila ke apa! Aku dah kahwin lah! " Aydan menolak tubuh Karlisa sehingga gadis itu kembali berdiri.

" Ala.. I tahu you bukannya cintakan Alya pun kan? Dia tu kambing hitam aje supaya majlis kahwin you tak perlu dibatalkan dan family you tak perlu dapat malu! " ujar Karlisa. Bibirnya mengukir senyuman senget sambil berpeluk tubuh.

" Aku cintakan dia atau tak, itu bukan urusan kau! Itu urusan aku! Kau tak perlu masuk campur! " tengking Aydan.

" Aydan.. Kenapa you pilih dia sedangkan I ada depan mata you.. I cintakan you dari dulu lagi! I sanggup buat segalanya demi you! You tak nampak ke semua tu? " ujar Karlisa yang mulai meradang.

" Lisa berapa kali aku nak cakap? Aku dah anggap kau macam adik aku! " Aydan bangun dari duduk dan ingin berlalu dari situ. Karlisa yang perasan akan Alya yang sedang mengintai, terus memeluk Aydan.

" Baby please! I cintakan you.. I sanggup bermadu asalkan you jadi milik I.. Please sayang.. " Karlisa mendakap kemas tubuh Aydan. Aydan mulai meradang. Tubuh Karlisa ditolak dengan kasar sehingga pelukan itu terurai.

" Stop it Karlisa! Aku takkan madukan Alya! Cukuplah aku taknak dia tersiksa! Aku taknak korbankan orang-ii disekeliling aku lagi! Cukuplah aku hilang Ezzara.. " ujar Aydan dengan lemah dan terus berlalu masuk ke dalam. Karlisa mengetap bibir. Rasa geram membuku di hati. Alya terus mencicit sebelum Aydan menyedari kehadirannya. Dalam diam dia tersentuh dengan kata-ii Aydan yang menyatakan dia tidak mahu menyakiti hati Alya.

~•~

" Kau okayy ke? " soal Aydan prihatin.

" Saya okayy je.. Kenapa? " Alya pelik. Kenapa? Aku nampak macam dah nazak nak mati ke? Alya mengomel di dalam hati.

" Takla.. Kau tak trauma pasal siang tadi? " soal Aydan lagi. Matanya redup memandang wajah manis Alya. Tidak dinafikan ada ketika hatinya berdebar tak tentu pasal bila dekat dengan Alya. Wajah Alya sering hadir menggantikan wajah Ezzara.

" Saya okayy je. Jangan risaulah! " Alya berpura pura ketawa bagi mengusir rasa kekoknya. Dah kenapa mamat ni tenung aku? Segan la aku! Aydan mengangguk perlahan.

" Okayy lah kalau macam tu. Lepas nih kalau kau nak keluar make sure dengan aku. Jangan keluar sorang. " pesan Aydan lalu bangun meninggalkan Alya berseorangan. Alya tersenyum kecil. Kisah jugak kau dekat aku kan Aydan!

~•~

Aydan duduk termenung di atas katil. Alya yang sudah lama dibuai mimpi dipandang.

" Siapa yang cuba nak bunuh kau? Kenapa dia nak bunuh kau? Semua ni ada kena mengena ke dengan orang yang cuba nak bunuh aku haritu? " Aydan berteka teki seorang diri. Aydan melepaskan keluhan kasar. Tangan digerakkan mengusap ubun-ii Alya.

" Kenapa kau kahwin dengan aku? Kau tahu tak yang kau dah bahayakan nyawa kau? " soal Aydan sambil merenung wajah Alya. Satu kucupan singgah di dahi Alya. Maafkan aku.. Disebabkan aku nyawa kau hampir melayang..

To be continue..

Comment, vote and recommend this story 💖

𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔Where stories live. Discover now