BAB 3

797 26 0
                                    

Aryanna tutup pintu biliknya, rapat. Nafasnya jadi tidak teratur. Dadanya berombak laju, mencari udara bebas. Aryanna tersandar di sebalik pintu biliknya.

'Ferhat...kenapa kau kena muncul balik? Aku dah berjaya lupakan kau. Tapi, hari ni! Kau buat aku teringatkan balik semua tentang kita. Aku benci kau..Ferhat. Benci!'

Suasana di meja makan terus berubah menjadi sepi. Masing-masing terdiam, dengan perilaku Aryanna sebentar tadi. Ferhat yang tadinya ramah, tiba-tiba menjadi bisu. Zehra semakin curiga. Dia tak sedap hati.

"Urmm..Ferhat? Maaflah pasal anak makcik yang sorang tu. Kami pun tak tahu, kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu." Ferhat tidak menjawab. Dia sekadar mengangguk kecil. Kepalanya masih ditundukkan. Lagak macam orang bersalah! Bersalah? Itu ke yang dirasakan Ferhat saat ini? Bersalah pada siapa? Zehra? Atau Aryanna?

"Ferhat? Boleh kita cakap dekat luar?" Zehra bersuara setelah lama berdiam diri. Ferhat angkat muka, memandang gadis disebelahnya.

Zehra dan Ferhat mengambil udara segar di luar rumah. Belum sampai beberapa minit mereka menjamu selera, suasana tiba-tiba menjadi tegang. Apa sebenarnya yang dah jadi? Kenapa kakaknya terus berlari naik lepas jumpa Ferhat?

"Apa yang Zehra nak cakap?" Soal Ferhat memecah kesunyian. Zehra menghela nafas berat. "Kalau Zehra tanya...Ferhat jawab jujur, boleh?" Ferhat tersentak. Jujur? Ferhat telan air liur, kelat. Takkanlah...

"Kenapa Ferhat diam? Ferhat tak mampu nak berlaku jujur dengan Zehra? Atau...Ferhat ada sembunyikan sesuatu dari Zehra?" Teka Zehra, curiga. Dia benar-benar berharap agar Ferhat berlaku jujur dengan dirinya. "Kenapa Zehra tiba-tiba cakap macam tu? Zehra dah mula sangsi dengan Ferhat ke? Zehra dah tak percayakan Ferhat lagi?" Mata Zehra berkaca-kaca menahan sebak.

Beza umur Zehra dan Ferhat tidaklah jauh mana. Tapi, umur Ferhat sebaya dengan kakaknya, Aryanna. Setelah apa yang berlaku di depan matanya, rasa sangsi..curiga mula menapak di hatinya.

"Bukan Zehra tak percayakan Ferhat. Tapi, apa yang jadi tadi...betul-betul buat Zehra fikir yang bukan-bukan. Kenapa kakak Zehra tiba-tiba berubah, lepas jumpa Ferhat?  Kenapa Ferhat terus diam, bila nampak kakak Zehra? Kalau Ferhat ada dekat tempat Zehra..mesti Ferhat fikir benda yang sama kan? Takkan Ferhat nak buat tak tahu je..lepas apa yang jadi? Ferhat, tolonglah jujur dengan Zehra. Ferhat memang dah kenal kakak ke? Atau..Ferhat ada hubungan dengan kakak?" Sayu saja nada Zehra pada ayatnya yang terakhir itu.

Sungguh perit untuk Zehra tuturkan kata-kata tersebut. Namun, dia perlukan kepastian. Dia tak mahu hubungannya dengan Ferhat terjejas kerana penipuan. Ferhat berpaling, menghadap Zehra. "Ferhat minta maaf..kalau apa yang jadi tadi buat Zehra jadi keliru. Tapi, percayalah..Ferhat tak ada sorok apa-apa dari Zehra. Ferhat ikhlas sayangkan Zehra." Pujuk Ferhat, lembut. Dia tak nak masa lalu menghancurkan hubungan mereka.

Zehra sekadar mengangguk kecil. Entah kenapa, dia berasa lega bila mendengar kata-kata lelaki itu.

Aryanna masih mundar-mandir di dalam biliknya. Dia bergerak ke arah balkoni biliknya. Dia menyelak sedikit langsir yang menutup pemandangan balkoni tersebut. Gerak-geri Zehra dan Ferhat di intai disebalik langsir. 'Ish! Tak balik lagi ke? Apa yang diorang bincangkan tu? Macam serius je.' Aryanna tiba-tiba, teringatkan sesuatu. 'Takkanlah.. Ish! Mesti Zehra dah mula fikir bukan-bukan! Kau pun satu, Yanna! Patutnya, kau buat tak tahu je! Bukannya lari macam tadi!' Omel Aryanna pada diri sendiri.

"Ferhat? Makcik dengan pakcik betul-betul minta maaf pasal tadi eh? Entah apalah, yang merasuk anak makcik tu." Gumam Sufinah, geram. Geram dengan sikap anaknya itu. Tak pernah-pernah buat hal! Tiba-tiba pulak harini! "Eh, tak perlulah makcik dengan pakcik minta maaf. Tak apa. Saya faham.." Setelah bersalaman, Ferhat meminta diri untuk pulang ke rumah. Nak rehatkan minda yang berserabut. Serabut kerana kehadiran dia semula.

Ketika melangkah, Ferhat sempat mengerling ke arah tingkap bilik Aryanna. Dia dapat melihat gadis itu sedang menyaksikan semuanya dari atas. Langkah kaki kembali diatur meninggalkan perkarangan rumah Zehra.

Tak tunggu lama, Zehra segera mengangkat kaki menuju ke bilik kakaknya. Dia masih perlukan penjelasan. Kalau dengar sebelah pihak je..takkan jadi apa pun! Walaupun dia lega dengar kata-kata Ferhat tadi, namun hatinya masih rasa sangsi. Pasti ada yang mereka sorokkan. Tok! Tok! Tok! Ketukan bertalu-talu dihadiahkan pada pintu bilik Aryanna. Terjengul wajah adiknya di hadapan pintu. Aryanna telan air liur, kelat. Wajah gusarnya cuba ditenangkan.

"Era..akak minta maaf sangat-sangat pasal tadi. Akak pening kepala sikit. Rasa tak sedap badan pulak." Aryanna cuba menutup kegusaran dengan memberi alasan. Zehra sekadar tersenyum nipis. "Akak? Betul ke akak sakit kepala? Atau...akak sebenarnya kenal Ferhat?" Aryanna terdiam. "Kenapa Era tiba-tiba cakap macam tu? Akak kan baru balik Malaysia..macam mana akak boleh kenal dengan buah hati Era pulak?" Aryanna mencipta alasan lagi. Ini bukan masa yang sesuai untuk ceritakan hal sebenar kepada adiknya.

Zehra tertawa kecil. Macam orang tak betul pulak. "Haa'aa kan? Akak baru balik Malaysia. Macam mana boleh kenal dengan Ferhat pulak? Huh! Era ni banyak fikir sangatlah kak. Lepas apa yang jadi tadi, terus Era jadi curiga. Curiga dengan akak. Curiga dengan Ferhat." Aryanna pegang kedua-dua belah bahu adiknya. "Tak apa, Era.. Akak faham. Era dengan Ferhat kan, tengah hangat bercinta. Salah faham sikit tu..biasalah." Zehra tersenyum senang. Entah mengapa, sekali lagi hatinya berasa lega. Cepat betul aku percaya!

"Lain kali..Era ajak Ferhat jumpa kakak lagi, boleh?" Aryanna terkedu. 'Jumpa dia..lagi? Macam mana aku nak bereaksi?' "Urmm..insyaAllah. Kalau akak free, kita jumpa dia." Terpaksa Aryanna berkata begitu, untuk menutup rasa sangsi adiknya. Nanti, timbul pulak masalah lain.

Ketika Zehra melangkah pergi, Aryanna segera mendapatkan beg bajunya. Sebuah buku kecil dikeluarkan dari celahan baju-baju yang masih tidak disimpan di dalam almari. Buku kecil itu dipandang sepi. Kemudian, Aryanna memeluk erat buku tersebut.

Tanpa sedar, sepasang mata sedang memerhati gerak laku Aryanna. Something's fishy!

Keesokannya, Aryanna perlu keluar pada awal pagi untuk menghadiri satu temuduga di sebuah syarikat. Dia perlu bekerja untuk menyara diri sendiri. Tak kisahlah ibu dengan abi boleh tanggung sekalipun..dia tetap kena berdikari. Dia anak sulung. Dia perlu tunjuk keperibadian yang baik kepada adiknya.

"Ibu? Abi? Yanna pergi dulu tau. Nanti jem pulak, kalau lambat-lambat.
Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam.." jawab Sufinah dan Hatta serentak. Peluang yang ada tidak di sia-siakan Zehra. Dia bergegas menuju ke bilik kakaknya untuk mencari buku kecil yang dilihatnya semalam. 'Mesti buku tu boleh tolong aku.' Dari almari sampai ke bilik air Zehra cari buku tu. Namun, sia-sia saja. 'Aishh! Mana pulak dia sorok buku tu?' Omel Zehra. Tuhan bagaikan menolong Zehra, apabila pandangannya jatuh ke arah sebuah bagasi baju.

'Takkan dia simpan dalam tu kut?' Tak tunggu lama, Zehra mendekati beg tersebut. Zip yang tertutup rapat, dibuka perlahan. 'Ya Allah...kenapa berdebar-debar ni?' Walau berdebar macam mana pun, buku tu tetap perlu dicari. Sangkaan Zehra tepat, bila dia nampak sebuah buku kecil atau lebih senang orang panggil...diari.

'Maaf akak. Era perlukan buku ni.'

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow me on my facebook Nur Sabrina

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now