BAB 42

706 20 0
                                    

Suasana di dalam wad itu, hanya sunyi sepi. Masing-masing diam tidak berusik.

"Akak minta maaf. Akak tak tahu pulak, yang Era sakit. Kalau akak tahu...dah lama akak.." Bicara Aryanna dicelah.

"Bukan salah akak pun. Buat apa akak nak minta maaf. Salah Era jugak, sebab tak bagitahu akak. Era pura-pura tak kisah pasal akak. Tapi, jauh di sudut hati Era..Era rindu sangat dekat akak." Luah Zehra, jujur.

"Tapi, kenapa Era tak bagitahu akak sendiri pasal keadaan Era ni? Akak tahu, akak dah banyak buat salah dekat Era.. Tapi, akak berhak jugak tahu pasal hal ni. Kalau tak sebab abi, sampai bila-bila pun akak takkan tahu pasal keadaan Era ni." Ujar Aryanna.

Zehra tersenyum kelat. Dia rasa bersalah dengan kakaknya itu. Memang betul apa yang dikatakan Aryanna. Walau macam mana pun, Aryanna berhak tahu.

"Era takut. Era risau. Kita dah lama tak jumpa. Dah lama tak bersembang macam dulu. Era risau, kalau-kalau akak dah memang tak nak ambik tahu lagi pasal Era. Sebab tu, Era rahsiakan perkara ni." Jujur Zehra.

Aryanna menghela nafas berat. "Kenapa Era fikir sampai macam tu sekali? Akak tak pernah pun lupakan Era.. Hari-hari, akak doa supaya akak dapat kekuatan untuk balik sini jumpa semua orang. Alhamdulillah.. Akak dapat kekuatan tu. Era tahu sebab apa?" Zehra menggeleng perlahan.

"Sebab Era. Era la penyebab utama akak tergerak hati nak balik sini. Kalau Era bagitahu awal, mesti hari-hari akak teman Era dekat sini." Ujar Aryanna, sayu.

Zehra tersentuh mendengar kata-kata kakaknya itu. "Era minta maaf, kak.." ucap Zehra, sebak.

Aryanna menggeleng kecil sebagai tanda Zehra tidak perlu meminta maaf kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Akak janji, lepas ni akak takkan tinggal Era lagi." Aryanna menyakinkan adiknya itu dengan luahan jujur darinya.

Zehra mengangguk sambil tersenyum manis ke arah Aryanna.

#
Ferhat tersenyum kecil melihat kemesraan yang kembali terjalin antara dua beradik itu. Dia hanya menunggu di luar wad bagi memberi ruang kepada mereka.

Ferhat kembali duduk di atas kerusi menunggu. Fikirannya kembali buntu. Sekarang, dia dah jumpa Aryanna semula. Cinta hatinya itu, terlihat tak berubah langsung.

Namun, rasa bersalah yang menebal pada Zehra menambah serabut di fikirannya. Memang dia pernah cintakan gadis itu. Dia mungkin kelihatan kejam kerana memperlakukan Zehra sebegitu rupa.

Walaupun dia tidak menyeksa secara fizikal, namun dia telah menyeksa hati dan perasaan gadis itu. Ditambah pula, dengan kehadiran si kecil, Danish. Dia langsung tak boleh nak menidakkan kedudukan Zehra dalam hidupnya.

Zehra lebih berhak, berbanding Aryanna kerana dia merupakan isterinya. Tapi, kalau hanya perasaan Zehra yang ingin dijaga bagaimana pula dengan perasaannya sendiri?

Cintanya terhadap Aryanna, tidak pernah pudar walaupun setitik. Tapi, tak tahulah bagaimana dengan Aryanna. Mungkin dia dah lupa cinta yang pernah ada antara mereka. Mungkin tidak? Siapa tahu.

Ferhat mengeluh berat. Tiba-tiba, pintu wad terbuka membuatkan Ferhat tersentak dari lamunannya. Kelihatan Aryanna dengan sebuah jag air di tangan. Mungkin dia nak pergi isi air kut.

Aryanna sekadar menghiraukan lelaki itu. Dia cuba melangkah, namub ditahan oleh Ferhat. "I think, we need to talk." Ujar Ferhat ketika menahan langkah gadis itu.

"There's nothing left for us, to talk about. Saya nak pergi isi air ni. Zehra tengah tunggu tu." Balas Aryanna lalu meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now