BAB 6

623 26 0
                                    

Aryanna tiba awal dari kebiasaannya. Selalunya, Aryanna akan tiba ke sekolah 5 minit sebelum pintu pagar sekolah tutup. Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jaya dah tahu perangai si Aryanna tu. Suka buat kerja last minute.

Hari ni Aryanna pakai perfume Pudore by Laura. Serius wangi! Tahan 8 jam pulak tu. Ia turut datang dengan 5 jenis wangian. Maklumat lanjut boleh follow ig saya. Heheh..sempat lagi beriklan.

Aryanna sebenarnya tak nak kalah dengan bau wangian si Ferhat tu. Tak bestlah kalau lelaki lagi wangi daripada perempuan kan? Ketika kelibat Ferhat kelihatan, Aryanna membetulkan rambutnya yang macam tak terurus tu. Mana taknya, sibuk nak datang awal. Tapi, tidur lambat. Itu yang kelam-kabut tu. Dia mengikat rambutnya yang ikal mayang sehingga menampakkan lehernya yang jinjang. Bukan tak cantik Aryanna ni. Maklumlah, datang sekolah tak boleh makeup. Apa boleh buat..

"Morning, Ferhat." Ceh! Speaking kau. Alah! Cakap morning je pun. Apalah yang nak dibanggakan. Ucapan pagi Aryanna, seperti biasa dibiarkan gantung tak bertali. Aduh! Sakitnya hati..dibiarkan begitu saja...terikat namun tak bertali..mencuba..menimbulkan mati namun terputus juaaa.. Tak pasal-pasal keluar lagu Haqiem Rusli.

"Eh? Yanna? Awal kau hari ni?" Soal Fatin dengan wajah blurnya itu. Biasalah, pagi. Mana ada orang pagi-pagi dah berseri. "Eh? Selamat pagi, Ferhat." Ucap Fatin tatkala perasan akan kehadiran Ferhat di sebelah rakannya. "Selamat pagi, Fatin." What?! Pelik binti Ajaib! Aryanna tercengang. 'Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia balas ucapan Fatin? Siap dengan pakej senyum lagi. Kenapa dia tak balas ucapan aku? Hah! Ni mesti sebab aku cakap morning kut. Dia tak faham agaknya..' gumam Aryanna sekadar menyedapkan hati.

"Yanna? Aku tanya ni..asal kau boleh datang awal harini? Selalunya--"

"Aku ada mood nak datang awal harini. Kenapa? Tak boleh ke?" Bicara Fatin segera dipotong. Uishh! Malulah kalau rahsia last minutenya terbongkar. Jatuh saham aku. Mulut kecil Fatin membentuk O besar. 'Eleh! Ada mood konon! Macamlah..aku tak tahu.'

Bunyi loceng berkumandang. Waktu rehat. Waktu yang paling dinantikan. Tapi, sudah menjadi kebiasaan buat Aryanna dan Fatin untuk tidak turun ke kantin. Mereka lebih gemar mengisi perut di rumah saja. Masakan ibu lebih sedap, katanya.

Tanpa teragak, Ferhat bergerak mendekati Fatin. "Fatin? Awak tak pergi rehat ke?" Wah! Lancar je dia bercakap dengan Fatin. Aryanna? Melongo di meja sendiri. Sebenarnya, Fatin turut terkejut dengan sapaan tiba-tiba lelaki itu. Tapi, layankan ajelah. "Tak. Saya dengan Yanna memang selalu tak rehat. Tak sukalah dengan makanan dekat kantin tu. Tak sihat." Ferhat mengangguk kecil. Hurmm, not bad. Jaga kesihatan. I like.

"Kalau macam tu..saya pun tak nak rehatlah. Saya duduk sini." Selamba, Ferhat melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Fatin. Wah! Ini dah melampau. Bisik hati kecil Aryanna. Makin kaget Fatin bila Ferhat tiba-tiba berada di sebelahnya. 'Apa kena mamat ni? Tiba-tiba menyondol tepi aku?' Gumam Fatin, hairan.

Tak tunggu lama, Aryanna meminta diri ke tandas. Panas punggung dia lama-lama dekat situ. Aryanna pandang wajahnya di cermin. 'Aku ni tak cukup cantik ke? Sikit pun dia tak pandang.' Keluhan lemah dilepas. "Eh, Yanna? Aku tengok, si Fatin dengan budak baru tu rapat semacam je. Dia orang tu ada apa-apa ke?" Mimi, rakan sekelas Aryanna menyoal kepoh.

Aryanna menyeringai. "Asal kau tanya aku? Tanya jelah dia orang terus." Mimi mencebik. "Tak adalah..kau orang kan macam belangkas. Pergi mana je..berdua. Sebab tulah, aku tanya kau. Kut-kutlah, kau tahu." Aryanna mendengus geram. Ish! Dalam tandas pun, nak membawang! "Kalau aku tahu pun, apa kena-mengena dengan kau? Isy! Dahlah! Menyampah aku!" Aryanna mengatur langkah keluar. Sakit hatinya bukan kepalang bila orang mula bertanya tentang Fatin dan budak baru tu. Pasal aku, dia orang tak tanya pulak!

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now