BAB 13

462 18 0
                                    

"Yanna." Aryanna dongak, memandang Fatin. "Adik kau dah keluar?" Aryanna angguk perlahan. Malas nak layan. "Haa! Elok la. Boleh aku pergi rumah kau." Aryanna tercengang.

"Kau nak buat apa datang rumah aku?" Sungguh Aryanna tak faham. Tiba-tiba nak datang rumah. Dah kenapa? Sebelum ni tak pernah pun. Fatin mengeluh kasar. Dia menepuk dahi sambil menggeleng kecil.

"Kau lupa?" Aryanna angkat kening. Masih blur sebenarnya. "Haih..Kan aku ada beritahu kau yang aku nak datang rumah melawat adik kau. Kau lupa ke? Baru aje lagi kut. Takkan dah lupa?" Fatin tak sangka. Begitu mudah rakannya itu lupa akan sesuatu.

Teruk juga la penangan denda cikgu Suzana tu rupanya. Sampai Aryanna tak dapat berfikir dengan baik. "Haa'aa la aku lupa. Aduh! Macam mana boleh lupa ni?" Bebel Aryanna untuk diri sendiri. "Bila kau nak datang? Lepas sekolah? Kalau lepas sekolah..boleh la kita balik sekali. Bukan apa..dah lama aku balik sorang aje."

Sendu saja nada bicara Aryanna. Terasa hati kut. "Alaa..Yanna. Aku bukan tak nak balik dengan kau. Tapi, rumah aku dengan rumah Ferhat kan lagi dekat. Sebab tu aku selalu balik dengan dia. Sorry eh?" Aryanna menjeling tajam. Ferhat, Ferhat, Ferhat! Macam tak ada nama lain nak sebut.

Jujur Aryanna rasa dia semakin menjauh daripada sahabat karibnya itu. Semenjak kedatangan mamat selenga itu, segalanya mula berubah. Fatin dah tak rapat macam dulu. Apa saja yang dia nak buat, pasti bersama dengan si Ferhat tu.

Selalunya, jika mereka ada tugasan berpasangan Fatin mesti akan memilik Aryanna dengan pantas. Kononnya, takut dicop orang. Tapi sekarang? Kena cop orang pun, tak kesah! Menyampahnya!

"Hmmm! Suka hati kau la nak balik dengan siapa pun!" Aryanna membuang pandangan ke arah tingkap. Sakitnya tuh di sini, di dalam hati aku!

Sedar tak sedar, mereka telah pun tamat zaman persekolahan. Masing-masing seronok mengenangkan masa cuti panjang yang akan diluangkan sebaik mungkin.

"Fatin!" Aryanna mendekati rakannya yang sibuk bergambar itu. "Cuti panjang ni..kau cadang nak buat je?" Soal Aryanna, teruja. Fatin diam membisu. Barangkali dia sedang memikirkan jawapan sesuai untuk soalan Aryanna itu.

"Entah la. Aku sendiri pun tak tahu nak buat apa. Kau rasa? Apa yang kita patut buat?" Giliran Aryanna pula termenung memikirkan jawapan.

"Kita pergi holiday nak? Lagipun, sejak nak SPM haritu...kita dah lama tak pergi holiday macam selalu. What say you?" Aryanna menggerak-gerakkan keningnya.

Fatin terangguk kecil. "Urmm..not bad jugak idea kau tu. Tapi kalau kita ajak Ferhat sekali, boleh? Bukan apa..Kau tahu kan, aku dengan dia dah..." Fatin menemukan kedua-dua belah jari telunjuknya.

Aryanna mencebik geram. Faham sangat dengan maksud si Fatin tu. Selepas habis kertas terakhir SPM, dengan bangga Fatin dan Ferhat mengaku bahawa mereka pasangan kekasih. Isy! Tak malu betul!

Sakit hati Aryanna bukan kepalang. 'Depan aku, kau orang declared couple?' Sikit pun, mereka tak hiraukan apa yang Aryanna rasa ketika itu. Nak menangis? Dah tak larat Aryanna kerah air mata dia keluar.

"Kau ni, Fatin! Aku ajak kau holiday sebab nak luangkan masa dengan kau. Bukan nak kau luangkan masa dengan dia. Kau tahu tak, Fatin? Aku dah lama tak berbual dengan kau. Manja-manja dengan kau macam selalu. Buat lawak dengan kau. Outing sana sini dengan kau. Sekarang? Bila ada peluang...kau nak bawak orang lain pulak. Kau tak kesian dekat aku ke?"

Mendayu saja intonasi Aryanna untuk meraih simpati Fatin. Harap-harap, dia ubah fikiran la. Tapi, hampa. Fatin tetap nak bawak buah hati yang tak guna tu! 'Sampai hati kau, Fatin!'

"Apa-apa aje la! Aku balik dulu. Apa-apa, whatsapp je. Kalau call, aku tak angkat!" Aryanna buka langkah besar, meninggalkan perkarangan sekolah.

Seperti yang dijanjikan, Aryanna dan Fatin meluangkan masa bersama di negeri yang terkenal dengan keropok lekor. Terengganu. Pantai bersih yang banyak terdapat di Terengganu sedikit sebanyak meredakan hati Aryanna yang panas itu.

"Fatin! Asal kau ajak dia? Holiday ni untuk kita dua aje kan?" Aryanna tak puas hati. Macam-macam plan dia rancang nak buat dengan BFFnya itu. Tapi? Muncul pulak mamat tak semenggah tu!

"Alaaa..Yanna. Bukan orang lain pun. Kawan kita jugak apa?" Pujuk Fatin. Matanya sempat mengerling ke arah Ferhat yang sedang berjalan ke arah mereka. Bukan main, senyum sampai ke telinga!

"Hai. Awak tengah cakap pasal apa ni? Lepas ni, kita nak buat apa?" Soal Ferhat, teruja. Dah lama juga dia tak pergi bercuti. Nak-nak pula..bercuti dengan orang yang tersayang. Sempat dia memandang sekilas wajah mulus Fatin di sebelahnya.

"Haa'aa la. Kita nak buat apa lepas ni, Yanna? Bukan kau ada buat plan ke?" Aryanna masam mencuka. "Ada! Kita buat bodoh!" Pantas kaki Aryanna melangkah ke bilik mereka.

Sakit dowh hati ni! Dia orang ingat Aryanna ni patung ke? Tak ada perasaan! Pintu bilik dihempas kuat. Biar la apa yang orang dekat situ nak kata. Aryanna bayar okey!

Fatin dan Ferhat terkejut dengan tindakan drastik Aryanna. "Kenapa pula tu? Tak betul ke kawan awak tu?" Soal Ferhat, tak faham. "Isy! Tak baik la awak ni. Dia terasa la kut." Duga Fatin, hiba.

"Terasa? Kenapa pula?" Sungguh Ferhat tak mengerti. Fatin hembus nafas kesal. "Tak ada la.. Sepatutnya, Yanna plan holiday ni dengan saya aje. Tapi saya berkeras juga nak bawak awak. Maybe sebab tu dia terasa kut."

Ferhat tertawa sinis. 'Pasal aku pun nak terasa? Macam budak-budak.' "Perangai kawan awak tu..tak semenggah la. Macam budak-budak. Saya bukan mengganggu awak dengan dia pun. Yang dia nak terasa kenapa?"

Fatin angkat bahu, tidak tahu. Dia pun tak faham sebenarnya. Entah apalah yang Aryanna fikir ketika itu. "Kawan awak tu..memang tak suka saya dari dulu lagi. Saya sendiri pun tak tahu kenapa." Ujar Ferhat memecah kesunyian antara mereka.

"Maksud awak? Yanna tak pernah suka awak? Maksudnya?" Soal Fatin, ingin tahu. Ferhat pandang Fatin dengan pandangan kosong. "Entah. Saya rasa aje. Tapi, bila dah jadi macam ni..saya rasa betul la yang kawan awak tu tak suka saya."

Fatin terdiam. Betul juga apa yang Ferhat katakan itu. Dia pun ada perasan juga tingkah Aryanna selepas Ferhat mengaku kekasihnya. Dia jealous ke? Yanna cemburu? Macam mustahil! Tapi tak mustahil kan?

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow me on my facebook Nur Sabrina









Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now