BAB 22

534 18 1
                                    

Aryanna segera menyiapkan kerjanya yang tertangguh kerana semalam dia tak masuk pejabat. Lepas ni, dia akan terus ke menuju ke hospital untuk melawat adiknya.

Setelah selesai mengemas meja kerja, Aryanna segera melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Ketika itulah, dia boleh terserempak pula dengan Ferhat. Nak tegur ke buat tak tahu aje? Mestilah buat tak tahu kan!

"Awak nak pegi mana?" Seperti dah dijangka, memang Ferhat akan menegurnya. "Saya nak balik lah. Dah habis waktu kerja kan?" Balas Aryanna, dingin.

"Awak pegi hospital tak?" Soal Ferhat lagi. Saja nak luang lebih masa dengan gadis itu.

"Kalau saya pegi pun, kenapa? Ada yang tak kena ke?" Aryanna masih dingin. "Kita pegi sekali?" Ujar Ferhat, mengharap.

Aryanna terkedu. Tiba-tiba je, kenapa? "Tak payah lah. Kalau Era tahu...apa pulak yang dia fikir. Dia tu baru je sembuh. Awak mesti tak nak tengok dia sakit lagi kan?" Balas Aryanna.

"Takpe lah kalau macam tu. Tolong cakap dekat Zehra, yang saya maybe lambat sikit jenguk dia harini. Ada kerja kena settlekan." Pinta Ferhat.

Aryanna sekadar angguk perlahan. Itu amanah orang. Dia mesti bagitahu kejap lagi.

"Assalamualaikum..." ucap Aryanna sambil menuju ke katil adiknya. Kelihatan Zehra sedang tidur. Masih penat agaknya.

"Ehh, Yanna? Dah sampai kamu?" Soal Sufinah sebaik melihat kelibat anak sulungnya.

"Haah, bu. Yanna baru sampai je ni. Ibu dari mana?" Giliran Aryanna pula menyoal ibunya.

"Ouhh..tadi ibu pegi toilet kejap. Lepas tu, pegi isi air untuk adik kamu ni haa. Era baru tidur je tu. Dia kata dia pening kepala. Nak rehat sekejap." Ujar Sufinah

"Ouhhh...baru ingat nak borak-borak dengan Era. Dia tidur pulak." Ujar Aryanna, perlahan.

"Alang-alang kamu dah ada sini, boleh lah ibu balik kejap. Ibu ingat nak masak lepas tu rehat kejap dekat rumah tu."

"Yelah. Ibu pun dari pagi lagi dekat sini. Ibu mesti penat kan? Nak Yanna hantarkan ke?" Pelawa Aryanna, lembut.

Sufinah segera menggeleng berkali-kali. "Ehh tak payah. Ibu dah call abi. Abi kamu otw ke mari. Ibu balik dengan abi je. Kamu tunggu sini. Jaga adik tu." Pesan Sufinah.

"Iya lah, bu. Ibu jangan risau pasal Era. Yanna ada, boleh tolong jagakan." Aryanna menyalami tangan tua milik Sufinah dengan penuh kasih. Apa lah reaksi ibu kalau dia tahu perkara sebenar?

Setengah jam berlalu, Zehra terjaga daripada tidurnya. Dia memegang kepalanya yang terasa pusing sedikit. Pandangan yang kabur mulai jelas. Wajah kakaknya terpampang pada pandangannya.

"Hai." Sapa Aryanna sambil mengukir senyuman manis. Risau kalau Era masih marahkan dirinya.

"Hai, kak." Sangkaan Aryanna meleset, apabila melihat Zehra membalas sapaannya dengan senyuman mekar.

"Adik akak macam mana? Feeling better?" Soal Aryanna, ramah. Zehra tersenyum nipis. "Okay sikit lah. Cuma pening-pening sikit." Balas Zehra, lemah.

"Well..that's good. Nanti lama-lama, okay lah tu." Tambah Aryanna.

"Akak datang sorang je?" Soal Zehra tiba-tiba.

'Ehh? Dia ada nampak aku dengan orang lain ke?' Soal hati Aryanna.

"Haah. Akak datang sorang je. Akan nak datang dengan siapa lagi kan?" Seloroh Aryanna.

"Ferhat?" Senyuman Aryanna mati serta-merta. Terkejut mendengar nama lelaki itu di sebut. "Kenapa dengan Ferhat? Akak tak datang dengan dia pun. Era jangan risau." Ujar Aryanna tanpa di pinta.

Zehra tersenyum nipis lagi. "Era tak cakap apa pun, kak. Era tanya je. Yelah. Tak hairan pun kalau akak dengan dia datang sekali. Akak kan kerja sekali dengan dia? Jadi tak hairan lah." Ujar Zehra, sekadar menyedap hati.

Aryanna hanya mampu tersenyum kelat. Risau pulak. "Tapi, Ferhat ada lah pesan dekat akak suruh bagitahu Era yang dia maybe lambat sikit datang jenguk Era harini." Aryanna selesai menyampaikan amanah Ferhat. Lega! Hampir saja dia terlupa tadi.

"Hmm takpe. Era tak kisah pun. Lagipun, Era dengan dia kan dah takde apa-apa.." ujar Zehra, lambat-lambat. Tak sanggup sebenarnya nak cakap macam tu. Tapi, apa boleh buat? Sebut ajelah.

Aryanna berkerut seribu. Apa pulak yang si Zehra cakap ni? Tiba-tiba saja! "Kejap! Akak tak faham. Apa maksud Era... Era dengan Ferhat dah takde apa-apa? Ferhat ke yang cakap macam tu?" Hati Aryanna panas. Tak guna betul si Ferhat tu! Sanggup dia permainkan hati dan perasaan adiknya! Kau tunggu, Ferhat!

Melihat wajah kakaknya yang tegang, Zehra meraih lembut tangan Aryanna. Nak pujuk. "Tak. Ferhat tak kata apa pun. Era yang putuskan sendiri. Lagipun, akak lebih kenal Ferhat tu. Dia lagi sesuai dengan akak. Bukan dengan Era."

"Apa yang awak merepek ni, Zehra?!" Serta-merta, pandangan dua beradik itu beralih ke arah pintu. Kelihatan Ferhat sedang berdiri dengan wajah bengisnya. Ya! Dia dah dengar apa yang Zehra katakan tadi. Apa semua ni?!

"Apa yang awak cakap ni, Zehra? Awak sedar ke tidak? Semudah tu awak putuskan hubungan kita? Tanpa pengetahuan saya? Sampai hati awak kan!" Ferhat semakin bengang. Suka-suka hati aje!

"Apa lagi yang boleh saya cakap, Ferhat? Hati awak ada pada kakak saya, kan? Untuk apa lagi kita teruskan hubungan kita, kalau saya hanya memiliki jasad awak. Bukannya hati awak. Sudahlah, Ferhat. Saya tak nak gaduh dengan kakak saya sendiri. Saya penat." Ujar Zehra, lemah.

Dia tak sanggup, namun dia terpaksa. Aryanna terbungkam. Apa semua ni? Sungguh dia tak faham!

"Awak tak fikir ke, sebelum bercakap Era? Awak sedar tak apa awak cakap ni? Saya tunang awak! Dan akan selamanya jadi milik awak!" Tegas Ferhat. Naik turun dadanya menahan rasa sesak dalam hati.

"Tapi, awak cintakan kakak saya kan? Kenapa kita perlu teruskan lagi?" Soal Zehra lagi.

"Sebab saya cintakan awak. Bukan kakak awak. Ye! Saya memang pernah kenal kakak awak dulu. Tapi itu tak bermaksud yang saya cintakan dia. Tak bermaksud yang saya sukakan dia. Sekarang ni, hati saya hanya untuk awak." Jujur Ferhat.

Berlenang air mata Zehra. Dia dapat merasakan bahawa Ferhat berkata yang jujur kepadanya. Sedangkan, Aryanna terkedu. Tak tahu kenapa, hatinya agak terasa dengan kata-kata Ferhat tadi.

Dia sepatutnya gembira bila dengar Ferhat kata macam tu. Tapi kenapa dia tak rasa gembira langsung? Sakit lagi ada lah.

"Tu. Era dah dengar kan? Ferhat ikhlas dan jujur dengan Era. Kami hanya kawan. Tak lebih pun." Tambah Aryanna, sekadar sedapkan hati yang terluka.

"Takpelah, Era. Ferhat dah ada ni..boleh lah akak balik kejap. Dah berbau badan ni." Seloroh Aryanna sambil ketawa.

Zehra yang mendengar turut tertawa dengan celoteh kakaknya itu. "Yelah, kak. Kesian dekat akak. Mesti penat kan? Balik kerja, terus datang sini. Jenguk Era. Terima kasih tau, kak. Era sayangkan akak."

Entah mengapa, ucapan adiknya itu benar-benar menyentuh hatinya. Aryanna sekadar tersenyum kecil. Pandangannya sempat di alihkan ke arah Ferhat.

Dia kemudian berlalu meninggalkan pasangan itu.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now