BAB 38

576 20 0
                                    

Suasana tenang di kafe, sedikit sebanyak membuat Aryanna lebih selesa untuk berbincang. "Apa yang awak nak cakap sangat tu?" Aryanna memulakan perbualan tanpa berlengah lagi.

"Kalau ye pun, kita order la dulu makan ke minum ke.." cadang Iqram. Dia tidak mahu terburu-buru memaksa gadis itu untuk menerima dirinya. "Kalau awak nak order..awak order la. Saya tak lapar." Balas Aryanna, dingin.

Iqram mengeluh perlahan. "Awak dah banyak berubah sejak awak balik Malaysia ni. Awak dah macam bukan Anna yang saya kenal dekat New Zealand dulu. Terlalu cepat awak berubah, Anna." Luah Iqram, jujur. Memang itulah yang dia rasakan sejak pertama kali bertemu Aryanna tempoh hari.

Aryanna terdiam. Betul ke aku dah berubah? "Banyak benda yang dah jadi dekat saya. Kalau saya berubah pun, saya rasa itu satu bukan satu kesalahan." Balas Aryanna, masih dingin.

Iqram tersenyum kelat. "Saya tak kata pun itu satu kesalahan. Saya cuma rindu pada Anna yang dulu. Wajah awak sentiasa dihiasi dengan senyuman awak yang manis tu. Awak sangat positif dan ceria. Tapi, saya dah tak nampak Anna yang macam tu." Luah Iqram lagi.

"Iqram. Kita straight to the point je la. Apa yang awak nak cakap sebenarnya?" Soal Aryanna tanpa berlengah lagi. Dah malas nak berbasa-basi. Nanti melalut ke mana hala pula.

"Anna.. Saya balik Malaysia ni, sebab saya ada tujuan. Saya nak tunaikan janji saya pada awak dulu. Saya balik Malaysia dengan harapan dapat jumpa awak. Tapi, tak sangka akan jumpa awak dekat sini." Ujar Iqram, lembut. Selembut hatinya pada Aryanna.

"Saya pun baru je lagi dekat sini. Saja tukar angin. Ambik pengalaman dekat tempat orang." Balas Aryanna perlahan. Kali ini sudah tidak kedengaran dingin lagi. Mungkin hatinya sudah kembali sejuk.

"Maknanya, sebelum ni awak dekat KL la?" Aryanna mengangguk kecil. "Habis tu..kenapa awak tak stay je dekat sana? Kenapa awak datang sini?" Soal Iqram. Aryanna menghela nafas berat. "Kan saya cakap, yang saya nak ambik pengalaman dekat tempat orang. Lagipun, dah takde sebab untuk saya stay dekat sana.." ujar Aryanna, perlahan.

Iqram berasa hairan. Dia agak kurang faham dengan apa yang dimaksudkan oleh gadis itu. "Apa maksud awak..awak dah takde sebab untuk stay dekat sana?" Soal Iqram, ingin tahu.

Aryanna diam tak terusik. "Erm..saya nak pegi toilet kejap. Excuse me." Aryanna membawa diri ke tandas. Masih terlalu awal untuk lelaki itu tahu, segala kisah yang terjadi pada dirinya. Mereka baru sahaja berjumpa. Tak mungkin mudah untuk Aryanna ceritakan segalanya.

Iqram menghela nafas berat. Dia tahu, gadis itu sengaja mengelak daripada menjawab soalannya. Salah dia juga. Mungkin Aryanna ada masalah peribadi yang dia tak nak ceritakan dekat sesiapa pun. Iqram perlu hormat keputusan gadis itu.

"Iqram?" Baru saja nak bertenang, Iqram di sapa oleh seseorang. Bahunya disentuh dari belakang. "Ehh! Bro!" Iqram membalas sapaan lelaki itu dengan salam dan senyuman lebar. Terasa lama juga mereka tidak bersua, walhal baru lepas beberapa hari mereka bersua muka.

"Kau buat apa dekat sini? Datang berdua ke?" Soal Ferhat, apabila melihat dua buah gelas di atas meja. Iqram tersenyum nipis. "Ha'ah. Aku datang kawan lama aku." Balas Iqram. "Kau? Datang sorang je? Ke datang nak jumpa siapa-siapa dekat sini?" Soal Iqram pula.

"Tak jumpa siapa-siapa la. Aku memang selalu datang kafe ni. Lagipun, dekat je dengan rumah aku dekat sini." Iqram mengangguk faham. "Ehh? Kau cakap tadi, kau datang berdua? Mana dia?" Soal Ferhat, hairan.

"Dia pegi toilet. Kejap lagi datang la tu." Balas Iqram, tenang.

#
Aryanna mengeluh berkali-kali. Kenapalah kena bukak cerita lama? Tak pasal-pasal perasaan Aryanna mula bercelaru. Wajah dirinya ditenung lama di hadapan cermin tandas.

Wajah inilah yang kena banyak memainkan peranan dalam menyembunyikan setiap kesakitan yang terasa di hati. Aku kena kuat. Aku memang kena kuat.

Setelah selesai, Aryanna melangkah keluar dari tandas. Dia menuju semula ke ruang makan di kafe tersebut. Namun, langkahnya terhenti disebalik penghadang ukiran kayu yang menjadi hiasan di kafe itu. Aryanna mula rasa gugup. Dadanya turun naik, cuba untuk menghirup udara segar.

Kelopak matanya mula bergenang dengan air mata. Aryanna memegang beg tangannya dengan erat. Dugaan apa pula kali ni. Susuk tubuh lelaki yang sedang rancak berbual dengan Iqram, diperhati lama. Macam mana dia boleh muncul saat-saat macam ni? Kenapa sekarang?

Aryanna merengus kasar. Tak habis pening kepala dengan kehadiran tiba-tiba Iqram, ditambah pula dengan kemunculan Ferhat yang entah datang dari mana. Tiba-tiba, Aryanna teringat akan sesuatu.

"Pelik tuu, pelik laa jugak. Tapi, cuba hang pikiaq balik. Macam mana dia boleh tau nombor hang, sedangkan dia tak kenai hang? So, thats mean..dia kenai hang laa. Lagipun, sapa jaa yang nak ada nombor kita selain family dengan kawan kan? Hang tak rasa macam tu kaa?"

Kata-kata Syaza kembali menerjah kotak fikirannya. Tak mungkin la! Tapi, tak mustahil jugak. Untuk kepastian, Aryanna mengeluarkan telefon bimbitnya. Skrin telefon itu dipandang buat seketika. Dia tak pasti dengan cara ini, dapat memberinya jawapan yang tepat.

Pada masa yang sama, Aryanna berasa takut. Seandainya tekaan dia benar, bagaimana dia harus mengharungi hari-hari yang mendatang? Aryanna tekad. Walau apa pun, dia perlukan jawapan kepada persoalannya.

Nombor yang masih berada di log panggilan, di dail dengan penuh rasa gugup. Jantungnya berdebar-debar, menanti panggilan dijawab. Tut! Akhirnya, panggilan terjawab. Sekaligus, persoalan yang sering berlegar di fikiran Aryanna turut terjawab.

#
Ferhat tersentak tatkala telefonnya berbunyi. Ferhat terkaku, melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. Lama dia biarkan berbunyi, sehingga ditegur oleh rakannya.

"Oi. Asal kau tak angkat? Lama sangat berbunyi tu. Angkat la.. Mana tahu, urgent." Iqram menegur tatkala bunyi ringtone itu agak menganggu hawa telinganya.

Akhirnya, Ferhat mengangkat panggilan itu. "H..he..hello?" Sapa Ferhat, tergagap. "Hello." Ferhat mendongak apabila terasa suara itu begitu dekat dengannya.

Air mata yang bertakung di tubir mata Aryanna, akhirnya jatuh berderai. Ferhat bingkas bangun dari duduknya. Sungguh dia tidak menyangka akan kehadiran gadis itu.

Terasa bagaikan masa seakan-akan terhenti. Mungkin begini cara yang Allah telah tetapkan untuk mereka bertemu. "Rupanya, nombor ni milik awak." Ujar Aryanna bersama linangan air mata.

Ferhat menelan air liur kelat. "Saya mintak maaf." Ucap Ferhat, perlahan. Aryanna segera memutuskan talian. Dia kemudian bergesa-gesa keluar dari kafe tersebut.

Iqram sejak tadi berada di situ, masih terpaku. Dia tak pasti dan tak tahu apa yang sedang berlaku ketika itu. Tanpa membuang masa, Ferhat mengejar langkah besar gadis itu. Mereka meninggalkan Iqram yang masih terpinga-pinga.

Apa yang sedang berlaku ni?

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now