BAB 23

529 18 3
                                    

Ketika Aryanna tiba di rumah, kelihatan ibu dan abinya sedang bersiap-siap. Lagak mereka seperti ingin keluar semula.

"Ibu? Abi? Nak pegi mana ni?" Soal Aryanna, hairan. Tak pernah-pernah tau ibu dan abinya keluar malam. "Pegi mana lagi? Pegi teman adik kamu laa dekat hospital tu." Balas Hatta.

"Laa..ingatkan ibu dengan abi tak pegi dah?" Soal Aryanna lagi. "Ehh kenapa pulak tak pegi? Takkan nak biar adik kamu sorang-sorang malam ni?" Giliran Sufinah pula menyoal. Pelik!

"Laaa..tak payah, bu. Ferhat dah ada dekat sana. Dia jaga adik malam ni." Ujar Aryanna, perlahan. Sakit pula bila teringat kata-kata Ferhat tadi.

"Ehh ye ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal..? Hmm takpelah kalau macam tu. Kalau dah ada orang teman, baguslah. Takdelah ibu risau sangat pasal adik kamu tu." Ujar Sufinah, lalu kembali ke dalam rumah mereka.

Lain pula keadaannya di hospital. Sunyi sepi aje bilik itu. Hanya keluhan berat kadang-kadang kedengaran dilepaskan. "Awak saja je kan, cakap macam tu tadi?" Akhirnya Zehra memecah kesunyian antara mereka.

Ferhat mengeluh lagi. "Apa awak ni? Kenapa awak fikir macam tu? Saya ikhlas lah, Zehra." Balas Ferhat. Pandangannya dibuang jauh ke arah tingkap.

"Saya bukan apa, Ferhat. Saya kalau boleh tak nak sakitkan hati siapa-siapa. Nak nak pulak, hati kakak saya sendiri." Ulas Zehra lagi.

"Apa yang awak nak bimbangkan? Awak tak sakitkan hati siapa-siapa pun. Awak dengar sendiri kan tadi? Kakak awak sendiri cakap yang kami ni hanya kawan. Tak lebih dari tu. Apa lagi yang awak risaukan ni?" Ferhat menggeleng perlahan. Tak paham dia kadang-kadang dengan sikap Zehra. Kejap okay, kejap tak!

"Awak marah ke?" Soal Zehra, lemah. Takut pula dia, kalau Ferhat marah. Tahukan lelaki, kalau marah macam mana?

"Atau awak sebenarnya yang tak nak teruskan hubungan ni? Awak nak putus dengan saya? Atau awak sebenarnya tak cintakan saya pun?" Terjah Ferhat tiba-tiba.

"Apa pulak awak cakap ni? Mestilah saya cintakan awak. Okay! Saya percaya awak. Saya tahu awak memang cintakan saya. Saya mintak maaf, okay?" Pujuk Zehra.

Dah malas nak gaduh. Salah dia jugak. Tuduh yang bukan-bukan. Tak kisahlah! Yang penting, dia tahu perasaan sebenar Ferhat terhadapnya. Itu dah cukup buat Zehra bahagia.

Sedangkan Aryanna, masih makan hati dengan kata-kata Ferhat sebentar tadi. Tiba-tiba, segala kenangannya dengan Ferhat berputar kembali di mindanya. Dari zaman sekolah sehinggalah sekarang.

"Ishh! Kenapa aku kena sedih pulak ni? Patutnya aku bahagia! Zehra dan Ferhat akan bersatu. Tapi kenapa aku macam.....tak rela?" Aryanna menyoal diri sendiri.

Keluhan berat dilepaskan. Pandangan di lempar ke arah balkoni biliknya. Perlahan kaki menapak ke arah balkoni. Nafas ditarik dalam, lalu dihembus perlahan.

Tak lama lagi, Ferhat akan bersatu dengan adiknya Zehra. Dia tak boleh ada di antara mereka berdua. Haih.. Kalau dulu, Aryanna kalah pada Intan. Kali ni, dia kalah pada adiknya sendiri? Pelik.. pelik.. Biarlah! Yang penting tak gaduh dengan darah daging sendiri, sebab seorang lelaki.

Ada jodoh, go on. Kalau tak? Move on ajelah. Cehhh! Cakap besar kau ni kan, Yanna? Ingat senang ke nak move on? Susah okay!

Malam yang sepi itu, menemani dan melayani perasaan Aryanna yang bercampur aduk itu. Biarlah malam ni, bulan dan bintang sahaja yang tahu akan kesedihan di hatinya.

"Intan? Kau apa khabar? Sihat tak? Kau baik-baik je kan dekat sini? Aku rindu kau lah, Intan. Sebab tu aku datang sini tengok kau. Happy tak?" Ujar Aryanna, perlahan.

Memandangkan hari ni hari cuti, Aryanna mengambil kesempatan untuk melawat kubur rakan baiknya, Intan.

Tanpa sedar, air mata Aryanna mengalir laju. "Aku rindu kau, Intan. Rindu sangat sangat... Maafkan aku, sebab aku takde masa kau sakit. Aku memang kawan tak guna kan? Intan? Aku sayang dia, Intan... Sumpah, aku sayang dia! Tapi aku tak boleh luahkan benda tu! Zehra lagi berhak untuk bahagia. Bukan aku! Masa aku tahu yang kau dah takde...aku janji dengan diri sendiri untuk jaga dia. Tapi, aku tak mampu! Aku tak layak nak jaga dia..."

Tersedu-sedu Aryanna menangis di kubur Intan. "Apa aku patut buat, Intan?... Apa aku patut buat?..." Aryanna menangis lagi. Kali ini, lebih kuat. Jelas kelihatan Aryanna begitu sakit. Hanya tangisan yang mampu meluahkan segala kesakitan di hati gadis itu.

"Intan....."

"Perjuangkan cinta kau." Aryanna terkedu. Dia terpenpam tatkala terlihat kelibat Intan di hadapannya. Wajah yang tersenyum itu terus di tatap tanpa berkedip walau sesaat.

"Kalau kau dah sayang sangat dekat dia....perjuangkan lah cinta kau tu. Aku yang salah...sebab rampas cinta dia dari kau. Aku tak peka dengan perasaan kau waktu tu. Kau juga berhak bahagia, Yanna. Takde manusia dalam dunia ni, yang akan hidup dengan kesedihan selamanya. Lepas hujan, pasti munculnya pelangi kan?

Untuk apa kau menangis tanpa ada usaha? Sia-sia, Yanna. Kalau betul kau sayangkan dia...berjuang sehabis mungkin. Jangan sia-siakan peluang yang kau ada." Pesan Intan, lembut dan sayup sahaja kedengarannya.

Sesaat kemudian, kelibat Intan tidak lagi kelihatan. Aryanna mengesat air matanya. Dia masih tak percaya dengan apa yang dia lihat dan dengar tadi. Mungkin itu semua hanya bayangannya sahaja. Ighstifar banyak-banyak, Yanna. Mimpi apa kau siang-siang ni? Haih...

"Alhamdulillah. Nampaknya cik Zehra dah menunjukkan tanda yang dia semakin pulih. Saya akan benarkan cik Zehra untuk discharge harini. Tapi, ingat! Ubat tetap kena makan. Okay?" Pesan doktor, tegas.

"Dengar tu? Makan ubat!" Tambah Ferhat pula. Zehra memutar biji mata ke atas, tanda tidak puas hati. Euuu ubat! Pahit!

Selepas Zehra bersiap, Ferhat membawa tunangnya itu pulang ke rumah. Perjalanan mereka berdua hanya ditemani dengan lagu-lagu yang di siar di radio sahaja. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.

"Saya tak sabar nak balik. Jumpa ibu, abi, kakak saya. Nak makan sedap-sedap! Jemu tau, asyik makan makanan hospital tu! Dah lah tak sedap! Balik ni....saya nak makan puas-puas!" Ujar Zehra, teruja. Tak sabarnya!

Ferhat sekadar tersenyum kecil. "Awak ni, tak bersyukur tau. At least, awak dapat makan jugak walaupun tak sedap. Awak tak tahu, dekat luar tu ramai je yang tak dapat makan." Bebel Ferhat.

"Hmm..dia mula dah..."

Setibanya mereka di rumah, Sufinah sudah pun sedia menanti anaknya di hadapan pintu rumah. Teruja macam anaknya itu baru pulang dari jauh. Padahal, hospital aje pun.

"Assalamualaikum, aunty." Sapa Ferhat, lembut. Tangan wanita itu, diraih untuk di salam. "Waalaikumsalam... Terima kasih lah, Ferhat sebab tolong hantarkan Zehra. Abi kamu takde. Katanya, ada hal dekat luar. Yanna pulak keluar pegi kubur kawan dia, tak silap. Takde siapa yang boleh ambik Zehra. Itu yang mintak tolong kamu tu. Menyusahkan kamu pulak." Terang Sufinah, bersalah.

"Ehh takde apa lah, aunty. Bukan orang lain pun. Bakal isteri saya jugak. Ermm..tadi aunty kata, Aryanna pegi kubur kan?" Soal Ferhat, sekali lagi.

Sufinah mengangguk mengiyakan soalan anak muda itu. 'Dia pegi kubur Intan ke?' Soal hati kecil Ferhat.

"Takpe lah kalau macam tu. Saya balij dulu, aunty. Zehra? Awak jaga diri tau! Jangan lupa makan ubat." Pamit Ferhat, lalu keretanya laju membelah kawasan perumahan itu.






Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now