BAB 24

515 16 1
                                    

Kereta Ferhat kini berada di hadapan pintu masuk tanah perkuburan. Beberapa minit kemudian, Aryanna di lihat longlai melangkah keluar dari tanah perkuburan tersebut.

Ferhat segera mematikan enjin keretanya, lalu keluar dari perut kereta. Dia segera menghampiri gadis yang kelihatan lemah itu. Banyak sangat nangis, mungkin.

"Aryanna." Sapa Ferhat. Aryanna terkedu. Tak sangka pula, dia akan bertemu dengan Ferhat di sini. "Ferhat. Awak buat apa dekat sini?" Soal Aryanna, sambil cuba menyembunyikan kesedihannya.

"Awak ziarah kubur Intan ke?" Soalan Aryanna tadi, di biarkan sepi. Diganti pula, dengan soalan yang lain. Perlahan, Aryanna mengangguk. "Saya dah agak." Aryanna terus mengangkat muka, memandang Ferhat.

"Tadi saya hantar adik awak balik rumah. Dia dah keluar hospital tadi. Ibu awak bagitahu yang awak pegi kubur kawan awak. Sebab tu, saya ada dekat sini. Saya dah agak, kubur siapa yang awak ziarah. Awak okay tak?" Jelas Ferhat, panjang lebar.

"Saya okay je. Saya balik dulu. Assalamualaikum." Pamit Aryanna, sebelum berlalu meninggalkan Ferhat di situ.

Jantung Aryanna berdetak hebat setiap kali berada dekat dengan Ferhat. Nasib boleh kawal! Kalau tak.... habis lah! Di dalam kereta, Aryanna menarik nafas berkali-kali, sebelum menghembus perlahan-lahan.

Ferhat masih kelihatan di luar kereta miliknya. Mungkin dia pun nak ziarah kubur Intan kut. Malas nak fikir apa-apa, Aryanna terus memecut laju keretanya meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Ferhat menghela nafas panjang. Dia menapak perlahan ke arah kubur Intan. Dah alang-alang dekat situ, ziarah je lah sekali. Dia pun dah lama jugak tak ziarah kubur Intan.

"Assalamualaikum, awak. Saya datang ni." Ucap Ferhat, sambil tangannya mengusap perlahan batu nisan yang terpahat nama Intan di situ. "Maaf, sebab dah lama jugak saya tak datang jenguk awak. Saya sibuk sikit kebelakangan ni. Sorry ehh?" Tambah Ferhat lagi.

"Intan? Kalau awak boleh dengar ni...awak rasa apa yang patut saya buat? Saya keliru sangat sekarang ni. Masa dengan awak, saya tak rasa macam ni pun. Mungkin sebab masa tu Aryanna tak muncul dalam hidup saya. Tapi, sejak-sejak Aryanna muncul... Hati saya mula berbolak-balik. Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni." Keluh Ferhat.

"Apa masalah korang ni? Benda yang sama saya dengar, tahu tak!"

Ferhat gelabah. Terkejut beruk Ferhat dibuatnya. Intan! Intan ada di depan mata dia sekarang! Betul ke ni?? Banyak kali, Ferhat menafikan namun ia tetap sama.

"I..I..Intan? Awak ke tu? Bukan patutnya....." Jelmaan Intan mengeluh. "Tak kisahlah! Apa pulak masalah awak sekarang ni? Tadi, Yanna dah luahkan semua isi hati dia. Sekarang awak pulak? Apa dia? Cepat sikit!" Sempat lagi si hantu Intan ni membebel.

Ferhat masih terkejut. Apa ni? Siang-siang pun boleh nampak hantu ke? Ke aku yang dah tak betul? "Kejap kejap. Aw..awak cakap apa tadi? Aryanna luahkan isi hati dia? Apa yang dia luah?" Takut takut pun, Ferhat masih ingin tahu isi hati Aryanna.

"Banyak yang dia dah luah dekat saya. Tolong laa jangan cakap, awak pun nak luah benda yang sama." Ujar jelmaan Intan.

"Apa yang dia luah?" Soal Ferhat sekali lagi. Dia betul-betul nak tahu! "Haihh... Yanna sekarang ni pun, keliru dengan perasaan dia. Dia tak tahu nak sedih ke, nak gembira ke apa. Dia patutnya gembira, sebab awak dengan adik dia bakal bersatu. Tapi, dalam masa yang sama...dia sedih. Sedih dengan awak. Dengan kata-kata awak pada dia. Sebab tu lah dia keliru. Macam awak sekarang!" Ulas Intan, panjang lebar.

Ferhat semakin tak faham. Kenapa dia nak kena sedih? Apa yang buat dia keliru ni? "Dia keliru sebab awak lah! Takkan itu pun saya nak kena bagitahu!" Marah pulak si hantu ni!

Ferhat tergamam. Macam mana dia boleh tahu isi hati aku ni? Kenapa makin pelik sangat ni? "Haihhh... Ferhat? Awak sedar tak, yang saya ni hanya bayangan Intan. Mestilah, saya boleh baca isi hati awak tu! Apa awak ni! Ishhh!" Marah Intan lagi.

"Okay! Okay! Sorry. Tapi, kejap. Saya masih tak faham. Apa yang buat Aryanna keliru ni? Kenapa dia kena keliru dengan perasaan dia sendiri?" Ferhat masih bingung dan tidak faham.

"Ferhat... Aryanna sukakan awak. Perasaan dia terhadap awak, tak pernah sikit pun berubah dari dulu. Waktu kita bersama, dia masih ingat pasal awak. Dia masih berharap pada awak. Sekarang ni, awak pilih adik dia pulak. Awak rasa....apa yang patut Aryanna rasa sekarang ni? Dia gembira sebab adik dia bahagia. Tapi, dia sedih jugak sebab cinta dia tak kesampaian. Awak rasa, mana yang dia patut lebihkan?"

Ferhat mengeluh. "Kenapa dia tak mengaku je haritu? Dia sendiri yang cakap, kami ni hanya kawan. Tak lebih pun. Kenapa sekarang dia nak keliru lagi?" Soal Ferhat, masih tidak puas hati.

"Sebab dia sayangkan adik dia. Dia tak nak adik dia kecewa sekali lagi. Awak kena faham, Ferhat. Aryanna, mahupun adik dia...masing-masing tak nak sakitkan hati masing-masing. Sebab tu ada yang terluka." Jelas Intan lagi.

"Habis? Saya kena buat apa?" Ferhat semakin bingung. Intan tersenyum nipis. "Tanyalah diri awak sendiri." Balas Intan, lalu dia semakin menghilang sehingga keadaan kembali sunyi.

Ferhat terkaku. Matanya melilau, memandang sekeliling. Apa ni?? Betul ke apa yang jadi tadi? Aku bercakap dengan Intan ke tadi?? Ishh! Seramlah!

Tak buang masa, Ferhat segera melangkah laju menuju ke keretanya. Laju sahaja kereta itu memecut, membelah jalan raya.

"Ibu? Cuba ibu tengok ni. Cantik kan?" Soal Zehra, sambil menunjuk ke arah sebuah gambar yang mempamerkan seorang model yang memakai baju nikah bermanik. Cantik sangat!

"Ha ahh laa, Era... Lawa! Era nak pakai baju ni ke, masa nikah nanti?" Soal Sufinah, teruja. Terujalah! Nak dapat menantu! "Ermm..tak tahu lah, bu. Banyak sangat yang cantik-cantik! Rambang mata dibuatnya." Seloroh Zehra lalu ketawa kecil.

"Era kalau pakai apa-apa pun, cantik. Anak ibu semua cantik-cantik." Puji Sufinah, ikhlas. Zehra tersenyum. "Mestilah, anak-anak ibu ni cantik. Tengoklah siapa ibunya!" Ujar Zehra. Meletus ketawa dua beranak itu. Bahagia aje nampak.

"Assalamualaikum..." ucap Aryanna, lemah. Penat menangis. Ditambah pula, dengan pertemuan tak dijangka dengan si Ferhat tu. "Waalaikumsalam, akak! Tengok ni. Akak rasa...mana yang sesuai untuk Era? Biru? Light pink? Baby pink? Baby blue ke? Mana satu?" Soal Zehra, teruja.

Aryanna memandang baju-baju pada majalah yang dipegang oleh adiknya itu. Lawa baju-baju tu. Wajah adiknya, dipandang lama. Rasa sedih kembali menghurung jiwa Aryanna. "Akak? Akak!" Aryanna tersentak.

"Akak kenapa? Cepat laa pilih, kak. Mana yang cantik ni?" Soal Zehra lagi. "Ermm..ni lawa. Tu pun lawa jugak." Ujar Aryanna. "Kan? Payah betul nak pilih baju nikah ni." Keluh Zehra, masih membelek setiap helaian majalah itu.




Aryanna SufyaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora