BAB 32

562 17 0
                                    

Sepanjang perjalanan pulang, Aryanna lebih memilih untuk berdiam diri. Dia biarkan sahaja si Syaza tu bercakap seorang diri. Perbualan dengan abinya tadi, kembali menerjah fikirannya.

"Hello, assalamualaikum?" Sapa Aryanna di hujung talian. "Waalaikumsalam.. Anak abi apa khabar? Sihat?" Soal Hatta, prihatin. Aryanna menahan sebak. Rindunya dia , nak dengar suara abinya. "Alhamdulillah. Yanna sihat je. Abi? Sihat?" Soal Aryanna, sebak.

"Alhamdulillah..kami semua sihat dekat sini." Aryanna menghela nafas lega. Sungguh abi sangat memahami perasaannya. "Anak abi dekat negeri orang tu, macam mana? Boleh sesuaikan diri tak?" Aryanna tersenyum. "Boleh je abi.. Anak abi ni sesuai je dekat mana pun." Seloroh Aryanna.

Kedengaran ketawa halus di hujung talian. "Yanna memang dah tak nak balik sini ke? Jenguk abi? Ibu.. Adik?" Soal Hatta tanpa berselindung. Aryanna terkedu. Dia mengeluh perlahan. "Bukan macam tu, abi.. Yanna pun, nak sangat balik sana. Tapi lately ni.. Yanna sibuk sikit. Sabtu ahad pun kadang-kadang kena kerja." Balas Aryanna, memberi alasan.

Namun, Hatta lebih tepat menghidu sebab sebenar Aryanna tidak mahu pulang semula ke rumah mereka. "Aryanna masih risaukan pasal ibu ye?" Aryanna tergamam. Dia memang tak boleh dan takkan boleh menipu abinya itu. Air mata Aryanna mula bergenang di kelopak mata, tatkala ibunya disebut.

Hatta mengeluh. "Ibu kamu tu terlalu ikutkan perasaan. Tapi percayalah. Seorang ibu takkan sanggup membuang anaknya sendiri. Ibu kamu rindukan kamu, Yanna. Sejak kamu pergi dari rumah...ibu selalu masuk bilik Yanna. Hari-hari dia masuk. Tak tahu laa apa yang dia buat dalam bilik tu. Tapi abi tahu.. Ibu rindukan kamu. Dia pun pernah, masak makanan kegemaran kamu. Balik laa, Yanna. Buang rasa takut tu. Abi yakin. Ibu mesti suka kalau Yanna balik." Pujuk Hatta, panjang lebar.

Air mata Aryanna mula menitik. Ibu rindu aku? Ibu...maafkan Yanna, bu. "InsyaAllah, abi. Bila Yanna dah bersedia nanti, Yanna balik."

Syaza terdiam apabila melihat rakannya itu tidak memberi sebarang reaksi balas. "Oii! Mengelamun hang nahh!" Sergah Syaza, geram. Penat kami cakap sorang-sorang!

Aryanna terkejut dek sergahan si Syaza itu. "Haa? Apa dia? Kau cakap apa?" Soal Aryanna setelah tersedar daripada lamunannya. Syaza mendengus geram. "Tu laaa! Orang tengah cakap, hang dengaq! Pay attention! Bukan dok pikiaq kot len!" Ujar Syaza, tegas.

Aryanna tersengih. "Alaa sorry laa. Aku cuma terfikir pasal family aku je." Ujar Aryanna. Syaza mencebik. "Kalau dok terpikiaq pasai family sangat... Hang ambik cuti. Hang balik. Simple jaa wehh.." cadang Syaza. Aryanna tersenyum kecil. "Nanti laa aku fikirkan."

Bukan semudah tu nak jejak balik ke rumah itu. Dia perlukan kekuatan. Kekuatan untuk menghadapi wajah-wajah yang pernah dia sakiti.

#
Jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Badan Ferhat terasa lenguh, walaupun tidak berbuat apa. Ferhat bersiap-siap untuk tidur. Sudah menjadi kebiasaan di malam minggu, untuk Ferhat tidur di jam sebegini. Lagipun esok masih cuti kan?

Baru nak lelapkan mata, telefon Ferhat berbunyi minta di angkat. Ferhat mengeluh. Siapa pulak laa yang call malam-malam ni. Tak tahu ke orang nak tidur! "Hello?" Sapa Ferhat sebaik menjawab panggilan.

"Hello, Ferhat? Mama ni. Kamu dah tidur ke?" Soal Surya di hujung talian. Ferhat mengeluh kecil. "Ferhat nak tidur laa ni. Mama call malam-malam ni kenapa?" Soal Ferhat. "Mama call sebab Zehra. Dia kata, dah banyak kali cuba call kamu. Tapi, satu pun tak berangkat. Dia risaukan kamu tu." Ujar Surya bagi pihak menantunya, Zehra.

Ferhat mengeluh lagi. Dia tahu. Saja buat-buat tak tahu. "Ye, Ferhat tahu. Ferhat silent fon. Tak dengar." Ujar Ferhat, memberi alasan. "Tak boleh ke call balik? Kesian Zehra tu. Risau sangat kamu lama-lama dekat Penang tu. Sepatutnya kamu yang kena risaukan dia dekat sini! Ini? Dia pulak yang risaukan kamu." Tegur Surya, tegas.

"Dia nak risaukan apa? Ferhat datang sini sebab kerja. Ferhat bukannya buat benda-benda tak elok belakang dia." Balas Ferhat, kesal. Susah sangat nak percaya! "Bukan tu maksud Zehra.. Yelah! Kamu pun dah lama tak tanya khabar anak bini kamu dekat sini. Sampai je Penang..terus lesap! Isteri mana je yang tak risau? Tak kesian dekat anak kamu ke? Danish tu! Hari-hari tanya mana papa dia." Ujar Surya, tegas. Bukan dia tak tahu situasi antara anak menantunya itu.

Ferhat tersedar tatkala nama anaknya diseru. "Danish macam mana? Sihat?" Soal Ferhat. "Prihatin pulak kamu ni! Danish sihat je. Dia rindukan kamu. Lama tak tengok papa dia." Balas Surya. Ferhat menghela nafas berat. "Kirim salam sayang dekat si kecil tu. Cakap papa pun rindukan Danish." Ferhat titip pesanan buat anaknya.

"Salam sayang dekat anak je? Mama dia tak sayang ke?" Surya sengaja memasang perangkap. Dia dapat hidu bau-bau hamis rumahtangga mereka berdua itu. "Takpe laa, ma. Kalau dah takde apa.. Ferhat tidur dulu. Assalamualaikum." Surya menggeleng perlahan. Apa laa nak jadi dengan hubungan mereka berdua tu.

Ferhat memutuskan talian. Malas nak sembang lebih. Takut makin melalut! Dia mengeluh untuk keberapa kalinya. Mana laa awak Aryanna... Banyak benda yang awak perlu tahu.

#
"Puffst!" Aryanna tersembur air yang baru di minumnya itu. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Syaza dah pun menggelabah terkejut. "Oii! Hang ni awat? Minum ayaq pon, boleh tersembuq ka?" soal Syaza, terkejut.

"Huk huk huk! Tak... Aku rasa macam ada orang sebut nama aku laa. Sebab tu aku tersedak." Jelas Aryanna dengab suara yang serak kerana terbatuk-batuk tadi. "Aikk? Dah sapa pulak, malam-malam dok sebut nama hang ni??.. Hang jangan dok buat cerita seram 12 malam pulak! Ish! Potong aku nak layan cerita Hindustan ni laaa..!" Ujar Syaza, kesal.

Nak tengok Hindustan pun tak senang! Cerita tengah best nih! "Cerita seram apanya..? Tengah layan Hindustan kut! Celah mana seramnya?" Ujar Aryanna, setelah dia tidak lagi terbatuk-batuk. Cawan berisi air itu diletakkan semula di atas meja.

"Yaa laa! Tadi hang kata, ada orang sebut nama hang. Takkan tak seram gii kot?? Laa ni..kita dua jaa tau dalam rumah ni. Hang jangan macam-macam! Hang tengok bulu roma aku nih. Berdiri tegak!" Jelas Syaza berada dalam ketakutan. Tak tahu laa apa yang dia takutkan sangat tu.

Aryanna tergelak. Apa laa kawan dia yang sorang ni. Macam-macam perangai tuu! "Tak! Yang kau nak takut sangat ni kenapa? Aku cuma cakap...yang aku RASA macam ada orang sebut nama aku. Bukannya, ADA orang sebut nama aku! Kalau macam tu..aku pun takut!" Terang Aryanna.

Syaza menarik nafas lega. Dia RASA je! Nasib baik rasa jaa! "Dah laa! Potong mood aku nak tengok Hindustan nih! Nih semua hang punya pasai!" Ujar Syaza, pura-pura bengang. "Alaaa..sorry laa. Bukan aku sengaja pun!" Balas Aryanna,masih mempertahankan diri.

Syaza mencebik. "Macam ni! Memandangkan hang dah potong mood Hindustan aku.... Aku nak hang dengaq cerita aku siang tadi nih!" Ujar Syaza tiba-tiba. Aryanna memandang wajah Syaza, hairan. Cerita apa pulak? Apa yang dah jadi siang tadi?

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now