BAB 44

1.6K 35 2
                                    

6 bulan kemudian...

"Umi..!" Danish menyapa Aryanna yang sedang membancuh air di dapur.

"Danish.. Terkejut umi tau! Saja nak kenakan umi." Ujar Aryanna, terkejut. Danish tersengih bila dapat mengenakan uminya itu.

"Danish tolong umi lagi bagus. Danish tolong bawa dulang air ke laman. Nanti umi pegi sana." Arah Aryanna lalu dulang yang berisi jag air dan beberapa cawan kosong, bertukar tangan.

"Ehh? Rajinnya cucu nenek, tolong umi.. Haa, letak situ." Danish meletakkan dulang tersebut di atas meja dengan berhati-hati.

"Nenek? Papa tak datang ke hari ni?" Soal Danish. Dia mula rindukan papanya itu.

"Ehh, mesti la datang. Papa dah janji kan?" Balas Sufinah.

Selang beberapa minit, kelibat Ferhat muncul dari laman depan rumah ke laman belakang.

"Assalamualaikum, bu.." sapa Ferhat, ramah.

Sufinah dan Hatta tersenyum lebar, melihat anak muda yang sedang menghampiri mereka.

"Banyak barang kamu bawak, Ferhat? Semua tu untuk kami ke?" Soal Hatta sekadar bergurau.

Ferhat tergelak kecil. "Ha'ah abi. Ni semua, Ferhat bawak untuk keluarga ni. Banyak jasa ibu dengan abi, yang Ferhat tak mampu nak balas. Ni je la yang Ferhat boleh buat untuk balas semua jasa ibu dengan abi." Balas Ferhat, ikhlas.

Sufinah tersenyum nipis. Baik sungguh menantunya itu. Walaupun Zehra sudah tiada, Ferhat sedikit pun tidak melupakan keluarga ini. Setiap kali dia ke luar negeri, pasti ada sahaja hadiah yang dibawa pulang untuk mereka.

Masih ada manusia yang baik hati seperti Ferhat, rupanya. Sufinah bersyukur dan lega kerana dipertemukan dengan anak muda yang baik sepertinya.

"Papa! Untuk Danish takde ke?" Soal anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa.

"Mesti la ada.. Tapi, ada dekat rumah tok ma. Balik nanti, kita ambik ehh." Ujar Ferhat, lembut.

Danish sekadar mengangguk kecil, tanda setuju.

Aryanna muncul setelah selesai mengemas di dapur. Dia agak terkejut dengan kehadiran Ferhat di rumahnya.

Ferhat menghilang untuk beberapa minggu, setelah kematian Zehra. Katanya, ingin menenangkan fikiran yang selalu saja serabut. Kini, lelaki itu sudah pulang dan berada di depan matanya.

"B..bila awak balik?" Soal Aryanna, gugup. Tak tahulah kenapa dia berasa gugup.

Ferhat sekadar mempamerkan senyuman kelat. Mungkin dia juga gugup untuk bertemu semula gadis itu, setelah beberapa minggu menghilangkan diri darinya.

"Baru je. Saya singgah rumah sekejap, sebelum datang sini. Aw..awak sihat?" Soal Ferhat pula.

Aryanna mengangguk perlahan, lalu tersenyum nipis. Terasa degupan jantungnya begitu laju berdetak. Macam tengah lari maraton pulak!

"Haa, sudah la. Meh kita minum. Dah nak sejuk teh tu." Tegur Hatta, apabila melihat situasi janggal antara dua anak muda itu.

#
Aryanna termenung jauh di tepi kolam renang yang terletak di laman belakang rumahnya. Entah apalah yang sedang bermain di fikiran gadis itu.

Panas mentari yang terik memancar, langsung tidak menggugat lamunan Aryanna. Jauh fikirannya melayang pergi. Mungkin dah sampai Paris agaknya. Mungkin juga dia sedang rindukan Zehra.

"Rindukan Zehra? Saya pun rindukan dia. Tapi, awak nak tahu something tak? Kalau kita rindukan seseorang, kita kena selalu letak nama dia dalam doa kita. InsyaAllah, dia boleh rasa yang kita tengah rindukan dia." Ujar Ferhat, memecahkan lamunan Aryanna.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now