BAB 17

534 23 0
                                    

Ketika Aryanna sibuk menyemak kewangan syarikat, pintu ofisnya diketuk tiba-tiba. Terkejut Aryanna dibuatnya.

"Masuk." Mata Aryanna masih ralit menyemak fail-fail financial milik FRH BUILDINGS. Banyak yang nak kena semak. Bertimbun atas meja Aryanna. Erghhh! Stress!

"Busy nampak? Baru first day, dah banyak kerja ke?" Tingkah Aryanna yang sibuk terhenti. Dia kenal suara tu. Pantas Aryanna angkat muka, mendongak.

Tekaannya menjadi tepat bila melihat Ferhat berada di hadapan mejanya. Air muka Aryanna berubah kelat. Ini pun satu tekanan juga. Tak habis-habis nak ganggu hidup orang! Insiden pagi tadi, mula menerjah minda Aryanna.

Pantas Aryanna menggeleng bila teringatkan peristiwa tadi. Ferhat pula, mula hairan bila melihat tingkah laku gadis itu. Sekejap geleng, sekejap angguk. Apa masalah dia?

"Awak ni dah kenapa? Tak betul?" Aryanna pandang Ferhat, sekilas. Tak kuasa nak melayan! Ferhat mendengus kasar. "Hei! Awak bisu ke? Saya tanya, sepatah haram pun awak tak jawab!" Aryanna tersentak. Terkejut dengan suara yang tadinya lembut, tiba-tiba bertukar kasar.

"Encik Ferhat nak apa? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Aryanna beranikan diri menyoal. Dia tak tahu samada, lelaki itu bertindak sebagai bosnya atau Ferhat yang dia kenal sewaktu zaman sekolah dulu? Reaksi Ferhat sememangnya tak dapat dibaca dengan begitu mudah.

"Saya nak laporan kewangan tahun 2017 syarikat ni. Saya nak check. Lepas tu, saya nak awak buat analisis kewangan. Kalau tak tahu, tanya Puan Wahida. Saya nak hari ni jugak." Ferhat keluar selepas memberi arahan.

Arahan yang tak masuk akal untuk Aryanna. Laporan 2017? Wehh! Aryanna melihat fail yang berada ditangannya. Muka/surat 2, Fail Laporan Tahunan 2010.

Muka/surat 2 daripada 219. Aryanna melopong. Jam tangan dipandang lama. Sudah jam 4:30 petang. Lagi satu jam nak balik. Sempat ke? Nak semak fail tak boleh skip. Itu kata Puan Wahida kepada Aryanna tadi.

"Ingat, Aryanna. Awak kena semak semua fail ni ikut tahun. Jangan skip satu pun!"

"Kalau bos minta laporan tahun lain? Tapi saya masih buat tahun lain? Macam mana?"

"Pandai-pandai la awak fikir. Yang saya tahu, awak tak skip satu pun!"

Aryanna mengeluh. Takkan hari pertama kerja dah kena balik lambat kut? Kejam betul semua orang dekat pejabat ni. Sama aje semua. Ikut perangai bos!

Aryanna keluarkan phonenya, lalu jarinya laju menaip sesuatu.

IBU❤
last seen 3:45 minutes ago

   Ibu. Yanna rasa, Yanna tak boleh balik awal hari ni. Banyak sangat kerja. ✅✅

Beberapa detik kemudian, Sufinah membalas mesej anaknya.

IBU❤
online

Laa..banyak sangat ke kerja tu? Kesian anak ibu. First day kerja dah kena balik lambat.✔✔

Nak buat macam mana ibu. Yanna kena tunjuk la yang Yanna ni pekerja baik. Kan?🙈✔✔

Hahaha😅 Ye la. Tak apa la. Yanna buat la kerja elok-elok. Tapi, kalau sempat. Balik la awal.✔✔

Aryanna mengeluh. Aihhh! Nampaknya..memang kena stayback lerr.

Ferhat bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Sudah pukul 5:30. Dia tersenyum sinis. Mesti minah tu tengah buat kerja lagi.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now