BAB 7

544 23 0
                                    

Aryanna pulang dengan hati yang sebal. Manik jernih di tubir mata sedaya upaya ditahan. Balik saja rumah, Aryanna terus berkurung dalam bilik. Dia mahu menangis sepuas-puasnya. Biar hatinya terasa tenang sedikit.

Ketika Aryanna sedang meratap, Zehra muncul entah dari mana. "Kakak. Boleh tolong Era jawab soalan ni? Era tak faham la." Rengek Zehra sambil menyondol pada kakaknya. "Kakak penat la, Era. Era pergi la tanya ibu. Kakak penat la." Aryanna masih bersisa dengan air mata. Penat hati tak habis lagi..nak ditambah pula dengan penat mengajar budak kecik ni.

Zehra terus merengek. "Alaaa..ibu dekat dapur. Sibuk. Kakak tolong la Era.. Era betul-betul tak faham soalan ni." Zehra menunjukkan soalan yang tidak difahaminya itu. Aryanna menolak kasar buku latihan Zehra. "Isy! Kakak kata penat..penat la! Kenapa Era tak faham-faham ni? Dahlah! Keluar keluar keluar!" Aryanna menyuruh adiknya keluar. Pintu ditutup rapat-rapat. Erggh! Stresss!

Zehra menangis tersedu-sedu di hadapan bilik Aryanna. Sufinah yang mendengar bunyi bising di atas, segera menapak ke bilik anaknya. "Ya Allah..adik? Kenapa adik nangis ni?" Zehra tidak berhenti menangis. "Ka..kakak--" Berkerut dahi Sufinah cuba mencerna kata-kata anak bongsunya. "Kakak? Kenapa dengan kakak? Dia marah adik? Dia pukul adik ke?" Zehra tidak menjawab, sebaliknya terus menangis.

Sufinah pantas mengetuk pintu bilik anak sulungnya. Kenapa ni Yanna ni? Sampai nak marah adik dia. Desis hati kecil Sufinah. "Yanna? Yanna? Kamu kenapa Yanna? Kenapa kamu marah adik kamu? Dia buat apa dekat Yanna? Yanna? Bukak pintu ni. Yanna!"

"Isy! Yanna penat la." Aryanna menyahut di sebalik pintu biliknya. Sufinah menggeleng kecil. Pandangannya jatuh pada anak kecil itu. "Adik? Kenapa adik kacau kakak? Kakak kan penat..baru balik sekolah." Zehra menunjukkan buku latihan yang setia dalam genggamannya. Sufinah mengeluh kesal. "Tak apa. Jom kita turun. Ibu ajarkan."

Aryanna bersiap-siap untuk keluar semula. Petang ni, dia ada latihan sukan di sekolahnya. T-shirt putih digayakan bersama seluar sukan berwarna hitam. Ditambah pula hoodie yang diikat pada pinggangnya. Jelas nampak hipster! Ketika menuruni anak tangga, Aryanna terserempak dengan ibunya.

"Yanna? Nak pergi mana ni? Kan, baru balik?"

"Yanna ada latihan sukan la ibu. Yanna pergi dulu eh?" Tangan tua Sufinah dicium lembut. "Eh, tunggu." Langkah Aryanna terhenti. "Yanna ada masalah ke? Kenapa sampai marah-marah budak kecik tu? Dia suruh ajar je pun. Kenapa, Yanna? Kalau ada masalah, beritahu ibu." Aryanna mengeluh kecil. Memang dia rasa bersalah bila menengking adiknya begitu. Tapi waktu tu, Aryanna memang tengah serabut.

"Tak ada apa la, bu. Nanti pandai la Yanna pujuk Era. Yanna dah lambat ni. Yanna pergi dulu. Assalamualaikum." Sufinah hanya mampu menggeleng kecil dengan sikap anak sulungnya itu.

"Haih..mana Yanna ni? Tak datang ke?" Fatin mundar-mandir di gelanggang bola jaring. Hari ini, kelab bola jaring mengadakan latihan bagi memilih pemain yang layak untuk menyertai pasukan Kejohanan Terbuka Bola Jaring yang bakal diadakan kelak.

"Fatin?" Fatin paling ke arah suara yang memanggilnya. "Eh? Ferhat? Awak buat apa dekat sini?" Fatin hairan. Ahli kelab bola jaring semuanya perempuan. Mustahil Ferhat datang untuk kelab tu kan? "Haa! Awak mesti ingat saya datang sini sebab kelab bola jaring kan? Hah!..kelakar la awak ni. Muka saya ada nampak macam perempuan ke?" Gurau Ferhat, ceria.

Fatin tergelak kecil. Aduh! Apa la aku ni. Fikir bukan-bukan pula. "Habis tu? Awak buat apa dekat sini?" Soal Fatin sekali lagi. "Saya dapat tahu..yang kelab awak ada buat latihan hari ni. Saya datang nak tengok awak." Fatin terkedu. Betul ke apa yang dia dengar ni? Ferhat datang sebab dia? Mustahil. "Aw..awak datang sebab saya? Maksud awak..awak nak tengok saya main?" Ferhat angguk berkali-kali macam burung belatuk.

Tiada kata yang boleh diungkap ketika ini. Bahagia? Ada la sikit. Seronok? Mesti la..sebab ada orang datang bagi semangat. Dari jauh, Aryanna perhati saja gelagat merpati sejoli itu. Hatinya semakin terasa pedih. "Fatin!" Aryanna menghampiri rakannya. "Eh, Yanna? Laaa..aku ingat kau tak datang tadi. Puas aku tunggu kau tau!" Marah Fatin, sebal.

"Mesti la aku datang. Bukan kau sorang je yang nak join team bola jaring sekolah kita." Perli Aryanna, sedas. Fatin mengekek ketawa. "Betul juga. Hari ni..kau dengan aku rival. No kawan-kawan, okey?" Aryanna senyum sinis. Sudah menjadi tabiat mereka bila terpaksa berlawan antara satu sama lain. Masing-masing nak tunjuk hebat. Kawan ke tak..itu letak belakang.

Ferhat mengambil tempat di luar gelanggang. Port baik nak tengok acinya bermain bola jaring. Eh? Aci? Dah declare ke? Ferhat senyum sendiri. Selang 2 minit kemudian, permainan pusingan pertama dimulakan. Kelihatan Aryanna berlari keluar gelanggang. Dia diberi posisi sebagai pemain simpanan untuk pusingan pertama ini. Ini bermaksud, Aryanna mempunyai peluang untuk bersua muka dengan Ferhat.

Ralit betul Ferhat pandang gadis pujaannya bermain. Sampai tak sedar Aryanna yang dah melabuhkan punggung bersebelahannya. "Ehem!" Aryanna berdeham halus. Sakit tekak pula tiba-tiba. Padahal, nak tarik perhatian si Ferhat tu. Ferhat sekadar buat tak tahu. Malas nak layan.

"Kau suka Fatin ke?" Sedas Aryanna tembak. Malas nak berkias-kias. Ferhat kaku. Tak bergerak macam patung. Tak ada reaksi. Terkejut ke apa..tak tahu la. "Aku tanya kau ni.. Kau suka Fatin ke?" Ferhat toleh memandang Aryanna. Dia masih diam membisu.

"Huh! Akhirnya, kau pandang juga muka aku ni. Aku tak tahu la kenapa..dari awal kau masuk sekolah ni. Kau langsung tak pandang aku. Bukan setakat pandang, cakap pun tak. Tapi bila dengan Fatin..laju je kau cakap itu ini dengan dia. Ferhat. Fatin tu kawan aku. Aku tak nak sebab kau...dia menjauh daripada aku." Aryanna ingin bangkit bergerak ke tempat lain. Sakit pula hati lama-lama dekat situ.

"Aku tak salah kenal dengan Fatin." Aryanna terkedu. Apa maksud dia? Aryanna pusing menghadap Ferhat. "Maksud kau?" Ferhat tersenyum nipis. "Aku mengaku. Dari awal lagi aku memang tak berkenan nak berkawan dengan kau. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sebab perangai kau kut. Aku tahu..kau saja nak dekat dengan aku. Bukan ikhlas pun. Tapi bila dengan Fatin, aku boleh nampak yang dia ikhlas nak berkawan dengan aku."

"Mana kau tahu aku tak ikhlas? Kau ada bukti? Macam mana kau tahu aku tak ikhlas..kalau muka aku pun kau tak pandang?" Ferhat mengeluh. Matanya masih tak lepas memandang buah hati dalam gelanggang. "Tak payah tengok pun dah tahu. Kalau betul kau ikhlas..kau takkan mempersoalkan kenapa aku layan kau dingin. Baru tadi kau merungut. Apa maksudnya tu? Tak ikhlas la kan?"

Aryanna menahan rasa sesak di dada. Tubirnya mata bergenang dengan manik jernih. Tunggu masa je nak tumpah. "Apa yang aku dah buat dekat kau? Sampai kau layan aku macam ni? Kalau betul pun aku tak ikhlas..perlu ke kau layan aku macam tak wujud? Fatin tu kawan aku. Dan selamanya akan jadi kawan aku."

Aryanna melangkah dengan hati yang sarat dengan hiba dan rasa amarah.

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow me on my facebook Nur Sabrina


Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now