BAB 16

540 24 0
                                    

Hari baru. Semangat baru. Itulah moto hidup gadis bernama Aryanna Sufya. Semuanya perlu baru. Barulah ada semangat nak buat benda baru.

Bunyi jam loceng dihiraukan, bila dia terlebih dahulu bangun sebelum waktunya. Semangat betul nak pergi kerja. Eh? Nak pergi kerja ke..nak jumpa ex? Eh? Eh? Apa-apa sajalah!

Hari ini, Aryanna mengenakan blouse kuning cair yang dipadankan bersama seluar slack hitam. Cukup kena dengan warna kulitnya yang putih kesusuan itu. Terselah lagi keayuaan Aryanna bila dia nekad untuk bertudung. Padanan warna kuning dan baby blue semestinya menarik bila digayakan si pemakai.

Ketika Aryanna turun ke meja makan, semua mata tertumpu ke arahnya. Semestinya sebab dia sudah berhijab. "Ya Allah..cantiknya anak abi ni." Aryanna menyimpul senyum malu. Lama dah orang tak puji dia sebenarnya.

"Isy, abi ni! Tengok kakak tu. Pipi dah merah. Nak cendol ke?" Seloroh Zehra, menceriakan suasana pagi mereka. "Era happy tengok akak macam ni. Teruskan istiqomah." Aryanna angguk kecil.

7:30 Aryanna sudah terpacak depan FRH BUILDINGS. Biasa la. Awal-awal kerja, kena la tunjuk rajin sikit. Dengan berbekalkan semangat baru, Aryanna melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut.

Awal-awal lagi, dia dah terserempak dengan mamat tak guna tu, aka majikannya. "Aryanna. Masuk ofis saya sekarang." Dengan terpaksa, Aryanna akur.

Masuk saja dalam pejabat, wajah Ferhat yang sememangnya tegang, menjadi semakin tegang. "Duduk." Aryanna duduk. Rasa macam lembu kena cucuk hidung pula bila Aryanna ikut saja apa yang diarahkan oleh Ferhat.

"Well, Yanna..Welcome to my world. Saya ingat awak tak datang kerja tadi. Bukan awak kata, awak tak nak kerja dekat sini?" Ferhat pasang jerat. Jerat yang berjaya kenakan gadis itu.

Aryanna masam mencuka. 'Tak guna! Awal-awal dah kenakan aku.' "Okey. Saya boleh balik sekarang." Aryanna turut sama bermain dalam permainan jejaka itu. Dia angkat punggung, menuju pintu pejabat. 'Kau main api kan? Aku main minyak. Biar sama-sama terbakar.' Sempat lagi Aryanna bergumam dalam hati.

Belum sempat tangan Aryanna mencapai tombol pintu, tangan sasa Ferhat terlebih dahulu bertindak. Pantas saja dia berada dibelakang Aryanna. Ferhat ni the Flash versi Melayu ke? Pintu pejabat dikunci dari dalam.

Aryanna kaku. Dah la hanya mereka berdua dalam bilik tu. Macam-macam boleh jadi. Bila lelaki dan gadis berdua-duaan, pasti ada yang ketiga. Syaitan! Wajah Ferhat yang tegang, berubah menjadi wajah godaan. Dengan senyum sengetnya itu. Menambahkan lagi ketampanan pada wajahnya.

Kulit sawo matang. Badan sasa tapi tak terlalu sado. Badan ala-ala pelakon kpop tu. Memang menjadi idaman wanita di luar sana. Tak terkecuali Aryanna. Ouhh! Dia hanyalah gadis biasa. Ada perasaan juga.

Tapak demi tapak, Ferhat melangkah mendekati Aryanna. Matanya tak lepas menggoda gadis itu. Aryanna pula, asyik mengundur bagi mengelak daripada lelaki itu. Lelaki yang pernah muncul dalam hidupnya. Lelaki yang tolak cintanya mentah-mentah. Ouhh! Sakitnya hati bila teringatkan balik semua yang terjadi.

Aryanna tak sedar yang dia semakin menghampiri dinding pejabat. Ya. Semakin menghampiri sampai dia tersandar di situ. Okey. Dah tak tempat nak lari. Aryanna kini dikepung oleh Ferhat dengan kedua-dua belah tangan lelaki itu.

Wahh! Dah macam drama korea pulak. Kena kepung dekat dinding. Ferhat senyum leret. Wajah Aryanna ditenung lama. 'Manis awak bertudung, Yanna.' Puji Ferhat. Tapi dalam hati sajalah.

"Aw..awak nak apa ni? Saya nak buat kerja la." Aryanna cuba lepaskan diri, tapi tak berjaya. Ferhat tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Dia sekadar bermain minda dengan gadis itu. Seronok tengok Aryanna takut. Comel. Eh? Apa kena dengan si Ferhat ni? Dia lupa ke apa yang dia kata dulu? Takkan dah jatuh cinta kut?

Wajah Ferhat semakin mendekat. Dekat sehingga hidung mereka hampir bertaut. Dengan pantas, Aryanna mengalih wajahnya ke arah lain. Bibir Ferhat kini berada dekat di telinga Aryanna yang terselindung dibalik tudungnya.

Ferhat tersenyum kecil. "Cantik awak bertudung." Akhirnya, kata hati Ferhat tertutur jua. Aryanna terkedu. Pantas wajahnya dikalihkan tanpa amaran. Tak sengaja, bibir mereka bertaut. Terbuntang mata Aryanna, luas.

Ferhat? Sama terkejut la dengan apa yang berlaku ni. Bukan dia sengaja pun. Dah Aryanna yang tiba-tiba kalih. Terkejut sangat agaknya. Bagai tersedar, tubuh Ferhat ditolak kuat. Ferhat terdorong ke belakang bila dia ditolak kasar. Nasib baik tak jatuh. Bukan sakit aje dapat. Malu pun dapat.

Aryanna pegang bibir merah jambunya. Itu kali pertama bibirnya disentuh. Bukan dengan tangan. Tapi, mulut! Ouhh! 'Aku dah tak suci! Ohh tidak!' Sungguh tragis hari ini. Sementara Ferhat, masih kaku di tempat tadi.

Dia pun tak tahu nak buat apa. Insiden yang berlaku secara tiba-tiba. Siapa saja yang terkejut? "Ehem!" Ferhat pura-pura betulkan anak tekak. Sebenarnya nak ubah suasana kekok antara mereka itu. "Tadi...Tadi...Tadi..." Isy! Gagap pula jadinya si Ferhat ni.

"Saya keluar dulu, Encik Ferhat." Aryanna melangkah keluar dari pejabat Ferhat.

Wooo! Kuss semangat! "Eh? Cik! Cik, tunggu cik!" Langkah Aryanna terhenti. Aduh! Siapa pula yang panggil dia time-time macam ni. Tak tahu ke, emosi sekarang tak stabil! Ni semua sebab mamat berlagak tu!

Aryanna pusing lalu menyimpul senyuman manis. Senyum olok-olok aje! Nak tutup riak muka yang sebenar. "Ye? Ada apa?"

Wanita yang berusia 30-an itu, menghampiri Aryanna dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya. "Cik ni...Aryanna Sufya ke? Kalau betul, baguslah! Saya dah lama cari cik Aryanna."

Aryanna tersenyum hambar. 'Kenapa pula dia cari aku? Aku kenal dia ke?' Melihat riak muka gadis dihadapannya, wanita itu menepuk dahi lembut. Lupa pulak nak kenalkan diri. Memang patut la gadis itu pandang dia atas bawah. Tak kenal!

"Ouhh! Lupa pula saya. Salam perkenalan. Saya Wahida. Saya Ketua Pengurus Kewangan di syarikat ni." Melopong Aryanna bila wanita itu memperkenalkan diri. Ketua pengurus rupanya.. Eh? Maksudnya..dia ni ketua Aryanna la?

"Eh! Salam perkenalan. Sayalah Aryanna Sufya yang...." bicara Aryanna terhenti seketika. Nak panggil apa eh? Kalau puan, takut tak kawin lagi. Kalau cik? Takut dah kawin pulak.

"Puan. Panggil saya Puan Wahida." Sekali lagi Aryanna melopong. Macam tahu-tahu aje Aryanna sedang bingung. Ahli nujum ke Wahida ni?

"Baiklah, Puan Wahida. Err..Saya la Aryanna Sufya. Pengurus kewangan baru di syarikat ni. Ada apa ye, puan cari saya?"

"Hari ni, your first day kan?" Aryanna angguk macam burung belatuk. "Okey. Saya cari awak sebab nak ajar awak selok-belok kewangan syarikat ni la. Ke..awak dah expert selok-belok syarikat ni?"

Aryanna terkedu. Wahh! Kerek pula si Wahida tu. Tadi, kemain elok aje? Mood swing ker? "Tak. Ye, saya masih baru dalam syarikat ni. Terlalu baru. Saya harapkan tunjuk ajar daripada puan." Puan Wahida tersenyum. Takut la tu!

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow my facebook Nur Sabrina










Aryanna SufyaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora