BAB 19

564 20 2
                                    

Zehra menapak ke dalam bangunan milik bakal suaminya. Hari dah lewat petang. Mungkin semua pekerja telah pulang ke rumah masing-masing.

"Eh? Cik Zehra!" Zehra berpaling apabila seseorang menegurnya.

"Kak Wahida? Tak balik lagi ke?" Zehra terus menyoal bila nampak kelibat Wahida menuju ke arahnya.

"Dah balik tadi. Ni akak datang balik sebab tertinggal fon. Aduihh!" Keluh Wahida. Macam manalah boleh terlupa pasal benda penting tu! Tak pasal-pasal kena patah balik.

"Zehra...buat apa pulak dekat sini? Nak jumpa Encik Ferhat ke?" Zehra angguk laju. Memang itupun tujuan dia datang ke mari.

"Laaa..dah pukul berapa ni. Encik Ferhat dah balik la." Ujar Wahida sambil menunjuk ke arah jam tangannya.

Zehra terdiam. Dah balik? Dia menyuruh Ferhat untuk menunggunya di pejabat. Senang katanya. Boleh keluar naik sekali. Tak perlu naik kereta asing-asing.

Wahida bingung. Diam macam patung. Apa kena dengan bakal isteri bosnya itu? Bukan mereka tak tahu yang Zehra ni bakal isteri bos mereka.

Semua yang bekerja di syarikat tersebut, tahu akan hubungan Zehra dan Ferhat. Dia orang semua pun turut dijemput bila majlis mereka berlangsung kelak.

Ini semua permintaan Zehra. Lebih baik berterus-terang, katanya. Buat apa simpan? Kalau lambat-laun orang akan tahu jugak?

Jika ikut hati Ferhat, dia tak nak hubungan mereka di war-warkan kepada semua orang. Takut katanya. Yelah! Bayangkan kalau tak jadi? Tak ke malu nanti? Tak pasal-pasal kena jawab dengan makcik-makcik bawang di ofis ni.

"Zehra? Zehra!" Zehra tersedar bila namanya diseru kuat.

"Dia dah balik? Dah lama dia balik?" Wahida mengangguk kecil.

"Lama jugak la. Sebab masa akak nak balik tu, dia tengah kemas-kemas barang. Maybe dia balik lepas akak balik tadi." Jelas Wahida, berterus-terang.

"Aikk? Pelik la." Gumam Zehra berbisik. Namun, ia didengari oleh telinga gajah si Wahida tu. Cepat saja dengar apa orang cakap. Dasar kepoh!

"Apa yang peliknya?" Soalan Wahida benar-benar buat Zehra terkejut. Dengar pula dia. Ingatkan tak dengar tadi. Yelah! Zehra bisik kut! Bukan cakap kuat-kuat.

Nak tak nak, Zehra kena cerita jugalah. "Tak ada la. Hari ni, kami nak patutnya pergi dinner sama-sama. Saya suruh la dia tunggu dekat ofis. Senang sikit. Saya tinggal kereta dekat sini, naik sekali dengan dia. Tak payah la naik asing-asing. Nanti nak balik..dia turunkan la saya dekat ofis. Saya balik naik kereta saya.

Tapi, saya datang..akak kata dia dah balik pulak. Macam mana ni?" Panjang lebar Zehra bercerita kepada Wahida.

Wahida diam sejenak. Mungkin sedang memikirkan kesimpulan cerita Zehra itu. Tiba-tiba, Wahida bagaikan teringat sesuatu.

"Haa! Hari ni, ada pengurus kewangan baru masuk bekerja dekat sini. Masa akak balik tu..dia tak balik lagi. Dia kata, Encik Ferhat bagi kerja yang dia perlu siapkan hari ni jugak. Tak tahu la, kalau-kalau Encik Ferhat ada dengan dia."

Zehra kaku. Diam tak berusik. Dia kalau boleh, tak mahu pun di usik. "Siapa pengurus kewangan baru tu?" Soal Zehra, ingin tahu. Berdebar pulak rasanya.

Wahida mengusap dagunya, tanda sedang berfikir. Dia lupa sebenarnya nama pengurus kewangan tu. Yelah! Baru hari ni jumpa. Manalah nak ingat.

"Tak silap akak, nama dia....urmm..Yanna. Ary..Aryanna Sufya! Haa! Akak ingat. Nama dia Aryanna Sufya. Sedap juga nama tu. Kan?" Seloroh Wahida, bergurau.

Tapi, ia bukan gurauan buat Zehra. Memang dia tahu, kakaknya bekerja hari ni. Tapi dia tak tahu kakaknya bekerja di mana. Fikiran Zehra mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Tolonglah kata itu bukan kakaknya. Barangkali nama saja yang sama. Dekat dunia ni kan, ramai manusia. Tak mungkin setiap manusia memiliki nama yang berlainan. Pasti ada yang sama.

Zehra cuba positifkan mindanya. Ya. Mungkin itu orang lain. Kakaknya pasti menolak bila sesuatu itu berkaitan dengan Ferhat. Dia tak nak ada kena-mengena lagi dengan Ferhat. Zehra yakin itu bukan kakaknya.

Sepanjang perjalanan pulang ke pejabat, Aryanna dan Ferhat masing-masing diam melayani perasaan. Tiada satu pun kata yang keluar dari bibir mereka.

Ferhat mungkin ingin memberi ruang kepada Aryanna untuk bertenang. Lama jugalah Aryanna menangis tadi. Macam-macam keluar dari bibir munggilnya.

Dia rasa bersalahlah, dia bukan kawan yang baiklah. Jenuh Ferhat cuba tenangkan Aryanna tadi. Aryanna pula, mungkin masih dalam keadaan terkejut.

Mana tidaknya, dia tinggalkan Fatin tanpa sebarang kata. Alih-alih, Fatin terlebih dulu pergi meninggalkan Aryanna. Menyesal tak sudah Aryanna dibuatnya.

Kereta Ferhat berhenti di hadapan pintu utama bangunan. Bukan dia tak nak turunkan di basement. Tapi Aryanna beria-ia suruh turunkan dia di pintu utama.

Tak tahulah apa yang difikirkan oleh Aryanna ketika itu.

Ferhat keluar lalu membukakan pintu untuk Aryanna. Dia tahu gadis itu masih lemah.

Aryanna bagaikan mayat hidup. Dia hanya menurut bila Ferhat membantunya untuk keluar. Bagai disangka, kaki Aryanna terasa lemah.

Tak sengaja, dia terjatuh dalam pangkuan Ferhat. "Eh? Aryanna!" Terkejut Ferhat bila gadis itu tiba-tiba terjelopok.

Nasib baik dia ada memegang Aryanna. Kalau tidak, jatuh teruk Aryanna nanti.

Zehra berpaling apabila terdengar nama kakaknya diseru. Dari jauh, dia dapat melihat seseorang sedang memapah seorang gadis. Bayangan itu semakin menghampiri.

Hati Zehra berkecai menjadi kepingan kecil. Kepingan-kepingan itu jatuh menghujani bumi.

Kolam matanya mula bergenang dengan cecair hangat, yang bila-bila masa boleh pecah. Sungguh tak disangka. Lain cakap, lain yang dibuatnya.

"Ferhat?" Langkah kaki Ferhat terhenti. Riaknya serta-merta berubah.

"Zehra?" Aryanna angkat muka mendongak. Terus tegang wajahnya melihat air muka Zehra yang sudah berubah itu.

"Apa semua ni? Komplot nak bodohkan saya ke?" Tak buang masa, Zehra menyerbu.

Malas nak berdalih lagi. Kalau pun hubungan dia dan Ferhat tidak menjadi, tiada siapapun yang akan memiliki Ferhat. Termasuklah kakaknya sendiri.

Ferhat memapah Aryanna ke tepi. Disandar badan gadis itu di dinding bangunan tersebut. Dia perlu bersua dengan Zehra pula. Dia tahu gadis itu kecewa. Kecewa yang teramat.

"Zehra." Tangan Zehra diraih lembut. Zehra menepis kasar. Hatinya sakit. Dia tak nak tertipu lagi.

Ferhat masih mencuba. Kali ini, Zehra tak menolak. Mungkin dah sejuk kut hati dia.

"Zehra. Tolong jangan salah faham. Kami tak ada apa-apa. Percayalah." Ferhat cuba untuk memujuk hati gadis itu.

Dia sebenarnya keliru. Sebelum berjumpa dengan Aryanna, hatinya memang untuk Zehra. Tapi, setelah bertemu Aryanna dia mula keliru. Keliru dengan perasaannya.

Hati dia untuk siapa sebenarnya?

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow my facebook Nur Sabrina









Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now