BAB 39

552 18 0
                                    

Aryanna segera menahan teksi untuk pulang. Dia tak boleh terus lama-lama di situ. Sebaik kaki melangkah keluar,  sebuah teksi berhenti di hadapan Aryanna. Aryanna segera masuk lalu teksi itu pun bergerak laju di malam yang hening itu.

Ferhat tercungap-cungap, mengejar gadis itu. Malangnya, dia sedikit lewat. Aryanna sudah pun bergerak pulang. Ferhat menghela nafas berat. Rambut yang menutup wajahnya dikuak ke belakang.

"Bro. Kenapa ni? Kau kena Anna ke?" Soal Iqram, yang sedari tadi membuntuti langkah Aryanna dan Ferhat. Ferhat memandang rakannya dengan pandangan hairan. "Anna? Kau panggil dia Anna?" Iqram pantas mengangguk.

"Aku datang dengan dia la tadi. Dia kawan aku, masa aku belajar dekat New Zealand dulu. Kau kenal dia ke?" Soal Iqram, masih tidak puas hati. Dia perlukan jawapan. Ferhat tidak menjawab, sebaliknya dia hanya berdiam diri. Bukan sekarang untuk ceritakan segalanya.

#
Aryanna masih menangis teresak-esak di dalam teksi. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. Kenapa semua ni jadi dekat dia? Kenapa semua orang nak kena muncul waktu dia tengah bahagia dengan hidup dia sekarang?

Terlalu banyak persoalan yang mula bermain-main di fikirannya. Aryanna penat. Dia rasa begitu penat untuk menghadapi semua yang terjadi. "Ya Allah.. Apa dosa aku ya Allah? Kuatkanlah hati hambaMu ini." Doa Aryanna, perlahan.

"Assalamualaikum." Syaza tersentak tatkala terdengar orang memberi salam. "Waalaikumsalam. Hang pi mana, Yanna oi?? Dah pukui brapa, hang baru balik. Macam mana? Dah settle 'hal' hang tu?" Soal Syaza sambil mulutnya tidak henti mengunyah jajan. Sempat jugalah, dia selitkan perlian buat sahabatnya itu.

Aryanna mengeluh. Matanya menjadi sembab kerana terlalu banyak mengeluarkan air mata tadi. "Sat sat! Ni awat mata hang sembab? Hang nangih kaa tadi? Awat hang nangih? Crita laa nih kat aku!" Syaza mendesak Aryanna untuk membuka cerita.

Aryanna mengeluh lagi. "Nanti la, Sya. Aku tak rasa nak cerita lagi dekat kau. Bila aku dah sedia..aku cerita dekat kau. Aku masuk bilik dulu." Aryanna membawa langkah ke biliknya. Syaza menggeleng kecil. Mesti banyak cerita yang Aryanna rahsiakan darinya.

#
Ferhat merebahkan badannya di atas katil, selepas selesai membersihkan diri. Peristiwa tadi kembali berlegar-legar di fikirannya. Namun, apa yang lebih menjadi persoalan kepada Ferhat adalah hubungan Iqram dengan Aryanna.

"Anna? Rupanya, Iqram tu dah kenal lama dengan Yanna. Huh! Tapi, aku lagi lama la. Dari zaman sekolah kut!" gumam Ferhat sendirian. Ferhat mengeluh pula kali ini. "Sekarang, Aryanna dah tahu siapa yang call dia selama ni. Haih.. Lepas ni, mesti dia tak angkat dah call aku." Keluh Ferhat.

Telefon Ferhat tiba-tiba berdering nyaring. Nama yang tertera di skrin, diperhati lama. Ibu? Nak apa pulak, call malam-malam ni?

"Assalamualaikum, bu? Ada apa call Ferhat malam-malam ni?" Ferhat terdengar bunyi esakan di hujung talian. Terus Ferhat rasa tak sedap hati. "Waalaikumsalam. Zehra, Ferhat.. Zehra..." esakan itu semakin kuat kedengaran.

Ferhat yang sedang bersandar, terus terbangun tegak. "Zehra? Kenapa dengan Zehra, bu?? Ibu cakap dekat Ferhat! Kenapa dengan Zehra, bu??" Soal Ferhat, cemas. Walau tak cinta, gadis itu tetap isterinya. Dia kena bertanggungjawab.

Tangisan Sufinah makin menjadi-jadi. Dia tidak dapat menahan rasa hiba dan sebak yang semakin menebal di hatinya. "Ferhat tolong balik sini, nak.. Zehra perlukan Ferhat sekarang ni. Tolong ibu, ye?" Sufinah merayu agar menantunya itu pulang semula ke Kuala Lumpur.

Dia sudah tak mampu nak teruskan seorang diri. Rasa bersalah menerjah jiwa Ferhat tatkala mendengar ibu mertuanya merayu hiba. Keluhan berat dilepaskan perlahan. "Okay ibu, macam ni. Esok, pagi-pagi Ferhat akan bertolak dari sini balik KL. Sementara tu, ibu tolong jagakan Zehra dengan Danish untuk Ferhat?" Pinta Ferhat, lembut.

"Baiklah. Ibu harap kamu dapat balik dengan selamat. Danish rindu sangat dekat kamu tu." Ujar Sufinah, masih sebak bila mengenangkan cucunya itu. "InsyaAllah, bu. Ibu doakan Ferhat ye?" Ferhat memutuskan talian.

Dia bergegas menuju ke almari baju, lalu beg bagasi dibawa keluar. Segala baju yang dibawanya ke sini, dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam bagasi dengan lipatan yang kemas. Dia kena bersiap sedia. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku ketika dalam perjalanan pulang nanti.

Tiba-tiba, tangan yang sedang melipat baju itu terhenti. Ferhat sedang memikirkan sesuatu. "Aryanna.." nama gadis itu terus meniti di bibir Ferhat. "Perlu ke aku bagitahu dia? Tapi, Zehra tu adik dia, keluarga dia. Takkan aku nak rahsiakan pulak."

Ferhat menghela nafas berat. "Aryanna mesti dah benci aku. Kalau aku call dia sekarang pun, belum tentu dia akan angkat. Macam mana aku nak bagitahu pasal adik dia? Haih..serabutnya!" Gumam Ferhat, sebal. Dah buntu, nak buat apa pun tak tahu!

#
"Oi, Yanna. Hang memang nak berahsia dengan aku sampai tua kaa? Takkan sikit pon, hang tak mau critaa?" Syaza terus menyoal rakannya itu tanpa berdalih lagi. Buat apa nak berdalih lagi, kalau boleh berterus-terang.

"Apa kau cakap ni, Sya? Aku rahsiakan apa dari kau?" Soal Aryanna, hairan. Syaza tersenyum sinis. "Huh. Hang toksah laa dok buat-buat tak tau pulak. Aku tau, hang ni sebenaqnya banyak simpan rahsia dengan aku. Apa yang payah sangat hang nak critaa dekat aku nih? Aku simpan rahsia hang. Hang jangan risau." Jelas Syaza.

Aryanna terdiam. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan. "Bukan aku tak nak cerita dekat kau, Sya. Aku cuma rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk kau tahu cerita aku." Jelas Aryanna, serba salah.

Syaza mengeluh. "Takpaa laa. Aku paham. Bukan senang kita nak critaa masa lalu kita kat orang. Aku tak mau paksa hang. Tapi, kalau hang rasa nak critaa..crita jaa la. Aku dengaq." Ujar Syaza, lembut.

Aryanna tersenyum ke arah Syaza. Dia bersyukur kerana mempunyai rakan yang memahami dirinya seperti Syaza itu.

#
Tepat jam 11 pagi, Ferhat tiba di Kuala Lumpur. Segala beg bagasi yang dibawa pulang, segera dibawa masuk ke dalam rumahnya.

"Assalamualaikum, ma..pa.." sapa Ferhat sebaik melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Hashim itu.

"Waalaikumsalam. Balik pun kamu, Ferhat. Ingatkan dah lupa jalan balik sini. Dah lupa anak bini dekat sini." Surya terus menyembur anak terunanya itu. Dia sayang akan menantunya itu. Takkan dibiarkan Zehra disakiti oleh anaknya.

Ferhat tertunduk kesal apabila diperli oleh mamanya. "Ferhat minta maaf, ma." Hanya itu yang mampu terkeluar dari bibir Ferhat.

Surya mengeluh berat. "Kamu tak payah minta maaf dekat mama. Minta maaf dekat keluarga mentua kamu. Minta maaf dekat isteri kamu. Lama sangat dia tunggu kamu dekat sana. Hari-hari tanya bila kamu nak balik. Danish tu pun, rindukan kamu."

Ferhat diam tidak berusik. "Isteri kamu tu sakit. Tak boleh ke, kamu layan dia elok-elok? Mama tahu kamu sebenarnya tak cintakan isteri kamu tu. Tapi, macam mana sekalipun..dia isteri kamu. Ibu kepada Danish, anak kamu. Tak kesian dekat budak tu?" Surya masih meluahkan segala yang terbuku di hatinya selama ini.

Ferhat masih mendiamkan diri. Dia sendiri tak tahu nak balas apa.

Surya menggeleng kecil. "Alang-alang kamu dah balik sini..elok la ikut mama pegi hospital. Pegi jenguk isteri kamu." Surya mengajak Ferhat ke hospital. Ferhat akur tanpa sebarang bantahan.

Perjalanan yang mengambil masa 30 minit itu, hanya di isi dengan lagu-lagu yang dimainkan di radio. Ferhat lebih memilih untuk berdiam diri sepanjang perjalanan ke hospital. Surya pula sibuk berbual dengan seseorang di hujung talian.

Setibanya mereka di hadapan pintu wad Zehra, langkah Ferhat terhenti. Surya tersentak apabila melihat anaknya tidak turut melangkah ke dalam. "Ferhat okay tak ni? Kenapa berhenti?" Soal Surya, hairan.

Ferhat kedengaran mengeluh kecil, sebelum membuntuti langkah mamanya itu.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now