BAB 29

536 20 1
                                    

Aryanna dan abinya, Hatta masing-masing diam membisu. Mereka hanya ditemani dengan lagu-lagu yang dipasang di radio.

"Abi dah tahu cerita semalam. Ibu kamu cerita. Apa-apa pun, kita bincang elok-elok pasal hal ni." Ujar Hatta sambil meneruskan pemanduannya sehingga mereka tiba ke rumah.

Aryanna rasa berat hati. Dia takut menerima hakikat, yang dia akan berdepan dengan ibu dan adiknya. Entah apa reaksi mereka nanti. Masih marah ke? Itu sudah semestinya! Padan muka kau, Aryanna! Sengaja cari penyakit!

Tapi, ini bukan salah dirinya sahaja. Malah, ianya adalah salah lelaki itu! Kenapa dia kena suka aku, sedangkan dia tahu! Yang dia bakal menjadi suami kepada adik aku! Kau memang tak guna laa, Ferhat!

"Assalamualaikum, bu.." ucap Aryanna, sebaik menjejak ke ruang tamu. "Waalaikumsalam.." balas Sufinah, perlahan. Aryanna menghela nafas lega. Setidak-tidaknya, wanita itu masih mahu membalas salamnya.

Aryanna mengalih pandangan ke arah adiknya pula. Dia dapat melihat wajah sedih adiknya, yang sedari tadi hanya menunduk tanpa sebarang butir bicara. Salamnya juga tidak dijawab. Mungkin dia hanya jawab dalam hati.

"Duduk laa, Yanna. Tercegat dekat situ lagi, kenapa?" Tegur Hatta, apabila melihat anaknya itu hanya berdiri. Aryanna tersentak. Dia segera duduk di kerusi berhadapan Zehra dan ibunya.

"Ibu dah putuskan. Macam mana pun...perkahwinan adik tetap di teruskan." Ujar Sufinah, tegas. Dah tak ada tolak ansur sekarang ni! Apa yang dah siap, perlu diteruskan! Takkan nak batal macam tu aje! Buat malu keluarga aje!

Aryanna tersenyum lega. Tak kisahlah, apa pun! Yang penting, adiknya itu tetap meneruskan perkahwinannya. Namun, sebaliknya buat Zehra. Dia keliru, sama ada nak gembira atau sedih.

Sudah terang-terangan, Ferhat tak cintakan dia. Macam mana nak bahagia, kalau bertepuk sebelah tangan? Semua persiapan telah pun siap seratus peratus. Tak mungkin, mereka nak batal macam tu aje. Zehra mengeluh.

"Kenapa kamu mengeluh, Era? Tak seronok nak kahwin?" Soal Hatta, risau. Zehra tu, anak perempuannya. Dia tidak berhak lagi ke atas anaknya, setelah Zehra berumahtangga nanti. Semua tugas seorang bapa, akan beralih kepada suaminya. Sebab tu dia risau, kalau-kalau ada masalah antara mereka.

"Macam mana nak seronok, kalau Zehra je yang beria.." balas Zehra sambil memandang Aryanna. Giliran Aryanna menunduk. Dia tak tahu, macam mana nak balas pandangan mata adiknya itu.

"Akak." Aryanna pantas mengangkat wajahnya. Wajah Zehra ditenung lama. "Kalau akak betul sayangkan Era.... Tolong jangan ganggu Era dengan Ferhat lagi?" Ujar Zehra, tiba-tiba.

Aryanna terbungkam. Begitu juga, dengan Sufinah dan Hatta. Nampaknya, Zehra sudah tidak betah lagi dengan Aryanna. Buat laa apa pun! Asalkan dia tak jadi penghalang hubungan mereka berdua! Aryanna bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru di dengarnya itu.

Zehra telah mula bersikap dingin dengannya. Namun, Aryanna mengerti akan perubahan sikap adiknya itu. Semuanya berpunca dari dirinya jugak. Memang padan laa pun! "Maksud Era?" Soal Aryanna, inginkan makna di sebalik permintaan adiknya itu.

"Akak! Akak buat laa apa pun! Akak pegi laa mana akak nak pegi pun! Tapi, Era merayu dekat akak. Tolong pegi dari hidup Ferhat.. Tolong jangan ganggu hubungan kami lagi.. Era merayu, akak.." Zehra bersungguh-sungguh merayu agar kakaknya boleh mengerti maksud sebenar rayuannya.

Sememangnya Aryanna mengerti. Zehra nak dia pergi. Pergi jauh dari hidup mereka. Aryanna cuba mengukir senyuman walaupun terpaksa. Salah dia! Dia kena pergi!

"Akak akan pegi. Era tak payah risau. Akak akan sentiasa doakan supaya perkahwinan Era dengan Ferhat, kekal sampai ke jannah. Akak pasti, Ferhat memang dah tercipta untuk Era." Ujar Aryanna, sebak.

Kalau dah itu penyelesaiannya, Aryanna sanggup. Demi kebahagiaan bersama, Aryanna akan pergi. Ya! Dia akan pergi!

"Yanna betul-betul yakin ke, dengan keputusan Yanna ni?" Soal Sufinah, yang sudah pun berada di sisi anaknya. Aryanna yang sedang mengelamun itu, tersentak.

"Yanna yakin ke tak...Yanna tetap kena pergi kan, bu? Yanna tak nak ibu , abi dengan Era kecewa dengan Yanna. Yanna dah banyak sangat buat salah. Yanna rasa...kepulangan Yanna ke Malaysia ni, satu kesalahan. Kalau Yanna tak balik, mesti semua ni takkan jadi. Kan, bu?" Luah Aryanna, kesal.

Sufinah terdiam seketika. Memang dia kecewa. Tapi macam mana pun, hatinya masih hati seorang ibu. Jahat macam mana pun anak dia, seorang ibu tetap sayangkan anaknya itu.

"Buat laa apa yang kamu rasa betul. Anak-anak ibu dah besar. Dah boleh fikir yang terbaik untuk diri masing-masing. Cuma satu je, ibu nak pesan... Jaga diri baik-baik." Pesan Sufinah lalu melangkah semula ke dalam rumah.

Namun, langkahnya terhenti apabila Aryanna memeluk tubuh tua itu dari belakang. Sufinah terdengar bunyi esakan. Semakin lama, semakin kuat bunyinya. Hati seorang ibu pilu apabila mendengar tangisan anaknya. Besar sungguh dugaan yang Kau turunkan kepada kami, Ya Allah..

Zehra yang memerhati dari jauh, turut menitiskan air mata.

'Maafkan Era, akak. Era terpaksa buat akak macam ni, demi kebaikan semua orang.'

Sudah hampir seminggu, Aryanna tidak masuk pejabat tanpa sebarang notis. Takkan dia nak berhenti kerja kut? Sudah seminggu juga, Ferhat tidak berhubung dengan Zehra. Entah apa cerita laa mereka berdua tu.

Tuk! Tuk! Tuk! Tiba-tiba, kedengaran ketukan pintu dari luar. "Masuk." Ferhat membetulkan duduknya yang sedikit melorot ke bawah. Dia kemudian sempat membetulkan kotnya serta tali leher agar kelihatan kemas. Risau kalau stafnya masuk, dan melihat dirinya bagaikan suami kehilangan isteri. Tidak terurus!

Segala perbuatan Ferhat terhenti, apabila menyedari seseorang berada di depan mejanya. Perlahan-lahan, Ferhat angkat wajahnya untuk melihat wajah gerangan tersebut. Aryanna! Hati Ferhat berbunga-bunga seketika. Fuh! Ingatkan dia nak berhenti kerja! Nasib baik, dia datang!

"Aryanna? Awak pegi mana? Kenapa dah seminggu awak tak datang kerja? Awak sakit ke? Atau awak ada masalah?" Bertubi-tubi, soalan diajukan kepada gadis itu.

Aryanna hanya membiarkan soalan-soalan itu, berlalu sepi. Dia kemudian menghulurkan sekeping sampul putih kepada Ferhat. Senyuman mekar Ferhat tadi, perlahan-lahan bertukar menjadi layu. Jantungnya berdegup laju. Suspen pulak tiba-tiba!

"Surat apa ni?" Ferhat mengambil, lalu membuka isi di dalam sampul tersebut. SURAT PELETAKKAN JAWATAN! Ferhat memandang wajah Aryanna berkali-kali. Apa semua ni?? Tekaannya selama ini, benar-benar menjadi kenyataan!

"Kenapa tiba-tiba, Aryanna? Apa yang tak kena dengan company ni? Masih ada yang kurang ke, Aryanna?" Soal Ferhat, tidak mengerti. Kenapa sampai kena berhenti kerja!

"Takde apa yang kurang. Semuanya lengkap. Kawan-kawan ofis yang baik. Bos yang baik. Company ni takde cacat cela pun. Tapi, saya perlukan pengalaman baru. Dekat tempat yang baru. Sebab tu saya nak berhenti." Jelas Aryanna.

"Tipu! You're bad in lying, Aryanna. I know you." Duga Ferhat, yakin. Dia yakin bukan itu sebabnya!

"No, you're not! You don't know me! Saya ada hidup yang perlu diteruskan. Kalau awak betul kenal saya...awak takkan seksa perasaan saya sampai macam ni sekali. Now you ruined my life, Ferhat. I thought, when I back to Malaysia..my life would be bery beautiful!

I was happy! But then? Everything's totally ruined, when I met you! Everything, Ferhat! Dah takde alasan untuk saya tinggal dalam hidup awak lagi, Ferhat. Mungkin kita memang takkan bersama sampai bila-bila. Saya harap awak mampu cintakan Zehra balik..macam mana awak pernah cintakan dia dulu. Please, jaga dia elok-elok."

Aryanna melangkah pergi. Itulah kali terakhir, Ferhat melihat wajah Aryanna.


Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now