BAB 30

615 19 1
                                    

3 tahun berlalu, membuatkan Aryanna semakin selesa dengan kehidupan barunya. Aryanna kini bekerja sebagai perunding kewangan di salah sebuah syarikat pembinaan terkemuka di Penang.

Aryanna berjaya berada di Penang dengan bantuan rakan sekelasnya dahulu. Pada awalnya, agak sukar untuk menyesuaikan diri. Namun, lama kelamaan Aryanna sudah mulai selesa berada di sini.

Aryanna mengeliat panjang. Leganya! Puas tidur! "Yanna! Yanna! Bukak pintu ni, Yanna oii!" Syaza di luar, dah macam orang gila. Terpekik sana, terpekik sini! Aryanna mendengus geram. Pagi-pagi, dah bising minah sorang ni! Ni baru sorang! Kalau ada 5 manusia mulut siren macam dia ni... Habis laa!

Aryanna melangkah longlai, menuju ke pintu. Dia membuka perlahan pintu biliknya. Syaza melopong! "Laaa! Awat hang tak siap lagi nih?? Hang baru bangun ka, Yanna?? Aku dah kata jangan tidoq lewat semalam! Awat hang ni ketegiaq sangat! Kita dah lambat, hang tau dak!" Bising Syaza lagi.

Aryanna terdiam. Dia bagaikan sedang memikirkan sesuatu. "Kejap! Kita dah lambat? Lambat untuk apa?" Aryanna hairan. Hari ni kan, hari sabtu? Hari minggu. Lambat nak pergi mana?

Syaza tepuk dahi! Haaa sudah! Dia lupa laa tuh! "Ya Allah, Yanna! Hang lupa ka hari ni kita ada presentation dengan syarikat dari kolumpur nuh! Depa nak buat hari ni! Hari sabtu! Hang pi tengok jam sekarang! Dah pukui brapa! Kita dah lambat nih, Yanna oiii! Lekaih laa pi siap!" Bising Syaza sekali lagi. Pening kepala dengan housematenya yang satu ni.

Aryanna mula jadi gelabah! Dia bagaikan cacing kepanasan! Jam sekarang dah pukul 7.45 pagi. Presentation tu semestinya akan bermula pada pukul 8 pagi. Alamak! Mati laaa aku!

"Yang hang tercegat lagi kat sini, pasai paa??? Lekaih laaa pi siap!" Aryanna tersedar. Dia sepantas kilat berlari menuju ke bilik air. Dia kena cepat-cepat mandi! Lepas tu, cepat-cepat bersiap! Dah lambat sangat ni! Kena maki free, saja je nanti!

Syaza dan Aryanna, kini berada di hadapan pintu bilik mesyuarat yang akan digunakan untuk presentation mereka hari ni. Berdebar jantung dua gadis itu. Dah laaa lambat! Dah lewat hampir 15 minit tau tak! Mati laa kena marah dengan bos diorang nanti!

"Sya! Aku takut laa... Kita dah laa lambat!" Ujar Aryanna, risau. Syaza mencebik. "Ehh ehh! Bukan 'kita' naaahh! Hang sorang jaa yang lambat! Aku dah bangun awai! Siap awai! Hang tu yang tak reti-reti nak bangun!" Balas Syaza.

Aryanna pula mencebik. Dengan lafaz bismillah, mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. "Ehh? Mana pi semua orang?" Aryanna dan Syaza terkejut tatkala melihat bilik itu kosong! Takkan diorang pindah bilik pulak? Kalau betul, kenapa mereka berdua tak tahu?

"Sya. Kenapa kosong ni? Takkan diorang dah blah sebab kita lambat kut??" Duga Aryanna, gelabah. Kalau betul, habislah mereka! Mesti kena marah kaw kaw punya!

Tiba-tiba, telefon Syaza berdering. Melihat nama yang tertera pada skrin, Syaza pantas menjawab panggilan tersebut. "Assalamualaikum, bos?" Mendengar nama bos disebut, Aryanna semakin gelisah. Mesti dia nak marah tu! Tak menyempat! Tunggu laa kitorang masuk kerja dulu!

"Haa?! Cancel?? Yelah. Baik, bos." Syaza memutuskan talian. "Haa! Kenapa Sya? Apa yang cancel?? Bos marah ke?" Bertubi-tubi soalan Aryanna ajukan. Syaza mendengus kasar. Jelas mukanya nampak bengang.

"Presentation tu jadi hari ni! Depa tukaq pi hari len pulak! Eiiii geramnya akuu!! Tak reti nak habaq awai kaa? Dia ni nasib baik bos jaaa tau! Kalau dia kuli macam kita..memang aku nanti pi tauk dia kat tengah jalan tuhh! Biaq pi kena langgaq! Erghhh!!" Syaza benar-benar geram. Nasib baik bos laa!

Aryanna cuba menenangkan rakannya itu. Syaza memang macam tu. Dia tak suka last minute punya kerja! Semua dia nak buat awal. Boleh jadi calon Best Worker of The Year ni! "Habis tu? Kira memang betul-betul tak jadi laa ni?" Syaza mengangguk perlahan.

Aryanna diam sejenak. Mungkin dia tengah fikirkan sesuatu? "Sya. Alang-alang kita dah dekat luar ni kan... Apa kata, kita pegi makan ke, jalan-jalan ke, shopping ke? Hari ni cuti kan?" Aryanna cuba memancing Syaza. Syaza mesti makan umpan punya! Ini je cara untuk coolkan seorang SYAZA.

Syaza mengeluh. "Hang pandai nahh, pancing aku! Hang bukan tak tau, yang aku suka buat semua benda tu. Pandai hang ni! Bukan tak pandai!" Aryanna tersenyum menang. Kan dia dah kata! Syaza mesti termakan umpannya punya!

"Mesti laa aku pandai. Aku bukan duduk dengan kau baru tiga hari. Dah tiga tahun, kita duduk sebumbung. Mesti laa aku tahu. Apa yang kau suka...apa yang kau tak suka... Semua aku tahu!" Balas Aryanna, yakin.

Syaza mencebik. Eleh! Tau laa sangat!

Aryanna dan Syaza berjalan ke luar bangunan dengan riang gembiranya. Entah apa laa yang mereka borakkan itu. Seronok sangat nampaknya. Ketika berjalan, mereka berselisih dengan seorang lelaki yang berkut hitam segak.

Perselisihan itu, membuatkan langkah Aryanna terhenti. Kenapa aku rasa macam kenal dia tu? Kenapa jantung aku berdegup kencang sangat ni? Aryanna menguatkan dirinya untuk menoleh ke belakang. Namun, lelaki itu dilihat hanya meneruskan langkahnya tanpa berhenti.

Aryanna menggeleng perlahan. Bukan dia kut.. Syaza terhenti tatkala menyedari Aryanna tiada di sisinya. "Ehh! Mana pulak minah ni pi?" Gumam Syaza. Dia kemudian melihat rakannya itu berhenti tidak jauh di belakangnya.

"Oii! Hang buat pa tercegat kat situ tuu?? Lekaih laa! Jalan jammed satgi! Hang bukan tak tau! Penang ni pon serupa kolumpor tuu! Sesak tak tentu hala!" Bebel Syaza serupa mak nenek!

Aryanna tersentak dengan bebelan rakannya itu. Dia meneruskan langkahnya yang terhenti tadi tanpa menoleh ke belakang lagi.

Ferhat menghentikan langkahnya. Entah kenapa. Dia bagaikan dapat rasa kehadiran seseorang. Dia kemudian menoleh ke belakang dengan yakin. Namun, dia tidak nampak sesiapa pun yang dia kenal. Hanya dua orang gadis yang sedang berjalan ke luar dari bangunan itu.

Tanpa banyak bicara, Ferhat meneruskan langkahnya.

Aryanna dan Syaza tiba di sebuah restoran masakan melayu. Restoran ini menyajikan masakan melayu tulen yang sememangnya menjadi kegemaran Syaza. Tekak melayu laa katakan..

Setelah membuat pesanan di kaunter hadapan, mereka bergerak ke meja kosong. "Hurmm... Sedapnya bau-bau masakan kampung kat sini. Teringat kat mak aku pulak. Lama aku tak rasa masakan dia." Luah Syaza, sebak. Rindu mak laa pulak!

Aryanna tergelak kecil, melihat muka monyok si Syaza itu. Rindu mak laa konon! Aryanna mengeluh. Kalau Syaza rindu mak dia... Aryanna pula, rindukan ibunya. Entah apa khabar laa, wanita itu. Aryanna masih belum cukup berani untuk berhubung dengan keluarganya. Dia sendiri tak tahu apa yang dia takutkan.

Aryanna cuma berharap, agar keluarganya baik-baik sahaja.






Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now