BAB 33

558 20 0
                                    

"Hang tau dak, masa kita pi supermarket tadi.. Aku boleh pulak tertukaq troli dengan sorang mamat nih." Ujar Syaza, memulakan cerita kejadian yang berlaku siang tadi.

"Haa? Tertukar troli? Macam mana kau boleh tertukar troli pulak?.. Takkan kau tak kenal barang kau sendiri kut?" Soal Aryanna, pelik. "Ehh, salahkan aku pulak! Salahkan diri hang tu. Sapa suruh hang tinggai troli lagu tu jaa? Mana laa aku nak perasan troli kita hat mana satu!" Balas Syaza, mencebik.

Aryanna tersengih sambil menggaru kecil kepalanya. "Alaa..kan, aku cakap yang aku pegi tolong budak sesat dalam supermarket tu? Tangan aku automatik tinggal troli. Nak buat macam mana kan..?" Ujar Aryanna, memberi alasan.

Syaza mencebik lagi sebelum dia meneruskan ceritanya. "Tapi kan. Mamat yang tertukaq troli dengan aku tu..hensem wehh! Hensem sangat! Aku boleh cayaq kalau tengok dia lama-lama haritu!" Ujar Syaza. Dia mula membayangkan moment indah itu sekali lagi. Bahagianya waktu tu!

Aryanna berkerut seribu. Nak termuntah pulak aku! Syaza ni..semua lelaki dia kat hensem. Mana ada yang tak hensem dekat mata dia! Bangla jual karpet pun, dikatanya hensem! Aryanna menggeleng kecil. "Habis tu? Dah tertukar, korang buat apa?"

Syaza tersedar dari lamunannya. "Masa aku tertukaq tuu, kan aku pi ambik tisu.. So, aku sempat laa scan hat tisu tuu. Nasib baik dia teguq aku sebelum aku bayaq habih barang dia! Kira tisu yang aku ambik tu jaa laa yang sempat bayaq." Jelas Syaza.

"Nasib baik laa. Kalau dia lambat? Habis kau bayar semua barang dia!" Balas Aryanna. "Takpaa laa.. Dia bayaq barang kita pulak!" Ujar Syaza, bergurau. Aryanna tertawa kecil. "Kalau dia nak bayar! Orang sekarang tak semua baik hati tau!" Pesan Aryanna.

Syaza mengangguk, bersetuju dengan kenyataan rakannya. "Tapi, tu laa! Kalau hang tak pi jawab call masa tu..aku guaranty! Hang pon akan cayaq bila tengok laki hensem macam dia tuu." Ujar Syaza, dengan penuh keyakinan.

Aryanna tersenyum sinis. "Setakat muka hensem..tapi sanggup buat orang derita, nak buat apa!" Ujar Aryanna tanpa sedar. Bayangan Ferhat tiba-tiba muncul di fikirannya. Tanpa sedar, bicaranya tadi jelas didengari oleh Syaza. "Haa? Hang cakap apa, Yanna?" Soal Syaza, ingin kepastian.

Aryanna tersedar. Dia pantas menggeleng laju. "Haa? Takde apa laa. Aku tak cakap apa-apa pun." Balas Aryanna dengan senyuman yang diukir secara paksa.

#
"Zehra? Zehra?" Sufinah mengejut anaknya yang masih tidur itu. Zehra mengeliat kecil apabila mendengar namanya diseru. "Ibu? Bila ibu sampai?" Soal Zehra sebaik sedarkan diri. "Baru aje. Zehra dah makan?" Zehra mengangguk lemah.

"Kalau belum..ibu ada bawakkan makan tengahari." Pelawa Sufinah. Zehra sekadar menggeleng. "Takpe laa, bu. Zehra tak selera sangat nak makan sekarang ni." Ujar Zehra, lemah. Sufinah mengeluh berat. "Tak selera lagi? Sampai bila Zehra nak macam ni? Doktor kata Zehra semakin lemah. Keadaan kesihatan Zehra tak menentu." Ujar Sufinah, bimbang.

Zehra kini berada di hospital. Dia disahkan menghidap kanser rahim tahap 3, sejurus melahirkan anaknya Danish. Sewaktu mengetahuinya, Zehra benar-benar lemah. Dia jadi tak menentu. Dia baru saja melahirkan seorang zuriat yang baru ingin melihat dunia. Namun, dia telah pun diuji dengan datangnya penyakit itu tiba-tiba.

Kini dia hanya terlantar di atas katil hospital. Mengharapkan bantuan ubat-ubatan dan terapi untuk melawan kanser itu. Tapi, Zehra tahu. Dah tak ada harapan untuk dirinya meneruskan hidup lagi. Kesihatannya kadang baik, kadang tidak. Itu membuatkan Zehra semakin lemah. Memikirkan anak yang masih kecil, Zehra berusaha untuk kuat melawan kansernya itu.

"Era tak kesian dekat Danish ke? Era tak nak sihat? Bukan untuk orang lain, Era.. Tapi, untuk family Era jugak." Pujuk Sufinah, lembut. Zehra menghela nafas berat. "Era dah tak mampu, bu. Danish dengan Ferhat..layak dapat seseorang yang betul-betul boleh jaga diorang. Era masih diberi peluang untuk tengok Danish membesar pun..dah satu rahmat untuk Era.. Era dah tak larat dengan semua ubat-ubat tu! Semua terapi-terapi yang menyakitkan tu! Era dah tak mampu..." balas Zehra, sebak.

Mungkin dia memang sudah ditakdirkan untuk menerima penyakit itu. Dia harus redha. Selagi dia mampu, dia akan berusaha. "Kamu tak elok cakap macam tu, Era.. Semua ni dah jadi ketentuan hidup kita. Cuba Era bayangkan benda-benda yang positif. InsyaAllah..Era akan kuat untuk lawan penyakit ni." Ujar Sufinah, memberi semangat untuk anaknya itu.

Zehra tersenyum kelat. "Ferhat tak datang ke?" Soal Zehra mengenai suaminya. "Ferhat tak balik sini lagi. Ada lagi kerja yang dia tak siap katanya. Dalam minggu depan macam tu..dia balik laa kut." Duga Sufinah. Zehra angguk perlahan. "Dia mungkin tak nak tengok Era dah kut." Ujar Zehra, tiba-tiba.

Sufinah terdiam. "Kenapa Era cakap macam tu.. Dia suami kamu. Kamu tu isteri dia. Takkan dia sengaja tak nak jenguk isteri dia sendiri.." balas Sufinah. Zehra tersenyum nipis. "Ferhat tak pernah cintakan Era, bu. Ye! Dia sayangkan Era. Dia jaga Era baik-baik. Tapi, hati dia tak pernah ada untuk Era pun. Walaupun kami dah ada Danish.. Era masih belum dapat hati Ferhat tu." Luah Zehra, semakin sebak.

Sufinah yang mendengarnya turut berasa sebak. Dia tahu akan keadaan yang berlaku antara anak menantunya itu. "Sabar laa, Era. Dugaan untuk kamu sebab Allah sayangkan kamu." Pesan Sufinah. Zehra tersenyum nipis.

#
Tengahari itu, Syaza dan Aryanna sekadar bermalas-malasan di rumah sahaja. Malas pulak nak keluar. Hari ahad sudah semestinya ramai orang! Berbilion manusia akan mengunjungi pusat bandar untuk keluar berjalan-jalan. Hari ahad laa hari paling sibuk dengan manusia dekat luar tu!

"Nih! Hang jangan dok buat lupa nahh! Besok ni kita ada budget presentation kat ofis. Ganti semalam yang tak jadi tu." Pesan Syaza, mengingatkan rakannya itu.

Aryanna tepuk dahi. Nasib baik si Syaza tu ingatkan! Hampir saja dia terlupa. "Haa ahh laa. Nasib baik kau ingatkan. Sikit jee lagi aku nak terlupa." Ujar Aryanna. Syaza mencebik. Dia memang dah agak. Sebab tu, dia sengaja bangkitkan pasal tu.

"Hang dah siap, belum report untuk besok?" Soal Syaza lagi. Aryanna berfikir sejenak. "Dah! Aku dah siap lama dah. Ingatkan ada presentation semalam." Balas Aryanna yakin. Syaza mengangkat ibu jari tanda bagus.

Bukan tak tahu si Syaza tu. Tak boleh kalau buat kerja last minute ni! Confirm dia akan membebel macam mak nenek!

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now