BAB 41

637 18 0
                                    

Suasana di dalam kereta, sunyi sepi. Masing-masing sedang melayani perasaan sendiri.

"Awak hantar saya dekat stesen bas je la. Saya balik sendiri." Ujar Aryanna, memecah kesunyian antara mereka.

Iqram memandang sekilas Aryanna yang berada di tepi. "Tak payah. Saya boleh hantarkan awak. Awak mesti penat sebab banyak sangat menangis petang tadi. Biar saya hantarkan awak." Balas Iqram, lembut.

Aryanna membiarkan saja Iqram menghantarnya sehingga ke Kuala Lumpur. Orang dah offer, takkan nak tolak pulak. Lagipun, Aryanna dah malas bergaduh dengan lelaki itu. Fikirannya hanya memikirkan pasal Zehra yang sedang menunggu kepulangannya.

"Anna? Saya minta maaf, kalau sejak kehadiran saya ni..awak rasa tertekan. Maybe, saya terlalu push awak pasal janji-janji saya yang dulu tu. Silap saya, Anna. Saya tak patut buat awak tertekan dengan kehadiran saya ni. Saya takut..ia akan buat jauh daripada saya. Macam sekarang ni. Awak mesti tengah meluat dengan saya kan?"

Iqram memandang Aryanna. Dia tersenyum panjang apabila melihat gadis itu sedang nyenyak dibuai mimpi indah. "Laa.. Aku cakap sorang-sorang rupanya." Gumam Iqram sambil meneruskan pemanduannya.

#
Setelah beberapa jam menempuh jalan raya, akhirnya mereka tiba di rumah keluarga Aryanna. Aryanna bersiap-siap untuk turun dari kereta. Namun, Iqram lebih pantas menghalang gadis itu.

"Anna.. Selamat malam." Ucap Iqram. Sebenarnya, dia nak cakap benda lain tapi terkeluar ayat lain pula. Aryanna sekadar tersenyum nipis sebelum keluar dari kereta bersama beg bajunya.

Dari jauh sudah kelihatan Hatta bersama isterinya, Sufinah di muka pintu. Aryanna berlari anak mendapatkan ibu dan abinya. Terpancar kegembiraan di wajah tua Sufinah apabila melihat anak sulungnya itu.

Dua beranak itu berpelukan erat. Lama mereka melepaskan rindu terhadap diri masing-masing. "Kenapa Yanna dah lama tak balik? Tak rindu ibu ke? Merajuk dengan ibu eh?" Soal Sufinah setelah pelukan dileraikan.

Aryanna tergelak kecil. Ada-ada saja ibunya itu. "Mana ada, bu.. Yanna tak merajuk la. Yanna minta maaf tau. Yanna pegi macam tu je, tinggalkan ibu..abi..Era.." Aryanna tiba-tiba sebak memikirkan tentang adiknya itu.

"Ehh! Ni apa sembang-sembang dekat luar ni. Meh masuk. Dah lewat ni." Tegur Hatta sebelum mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

Namun, langkah kaki Aryanna terhenti sebaik berada di ruang tamu. Sekali lagi, dia bertentang mata dengan Ferhat. Apa lagi yang dia buat dekat sini?

Melihat wajah keruh anaknya, Sufinah segera menjelaskan hal sebenar. "Ferhat baru sampai je tadi dari hospital. Dia baru lepas jenguk adik kamu. Ni, dia datang nak bawak si Danish tu pegi hospital jumpa mama dia." Jelas Sufinah, teratur.

Aryanna tergamam. Nama yang tak pernah didengari hawa telinganya. Aryanna memandang ibunya dengan penuh kehairanan. "Ibu sebut nama siapa tadi? Danish? Siapa Danish, bu?" Soal Aryanna, gusar. Danish mana pulak yang berada dalam keluarganya itu.

Ferhat memberi isyarat mata kepada ibu mentuanya, agar membiarkan dia yang menjawab pertanyaan gadis itu. "Danish tu, anak saya dengan Zehra. Anak saudara awak." Jelas Ferhat, ringkas.

Aryanna sekali lagi tergamam. Maknanya, tekaan dia selama ni betul la? Dia memang dah jadi ibu saudara dah pun. Ferhat dan Zehra memang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Aryanna tersenyum sinis. Tekaan aku tak pernah silap selama ni.

"Papa!" Dalam suasana dingin itu, muncul pula seorang kanak-kanak lelaki secara tiba-tiba. Dia kelihatan sedang bergelut untuk menuruni anak tangga dengan kakinya yang pendek dan kecik itu.

Tanpa berlengah, Ferhat segera memeluk anaknya. Lama sangat tak jumpa anak kecil itu. Rasa bersalah makin menebal dalam diri, apabila melihat wajah suci Danish. Anak yang hanya inginkan kasih sayang daripada orang tuanya. Anak yang hanya ingin membesar dalam sebuah keluarga yang sempurna.

Ferhat sendiri tidak tahu, sama ada dia mampu atau tidak memberikan kehidupan yang terbaik buat si kecil itu.

"Danish? Meh sini. Salam dengan acik Yanna." Sufinah memanggil anak kecil itu untuk berkenalan dengan ibu saudaranya.

Aryanna melutut supaya ketinggiannya sama dengan kanak-kanak itu. Senyuman manis terukir di bibir Aryanna. Wajah anak buahnya saling tak tumpah seperti wajah Zehra.

Danish memandang wanita di hadapannya dengan mata bulat yang comel itu. Mungkin dia hairan kerana wajah itu tidak pernah dilihatnya. Perlahan-lahan, Danish mencapai tangan Aryanna lalu dicium lembut.

Aryanna tersentak. Sungguh bijak anak kecil ini. Tanpa dipaksa, dia sendiri boleh melakukannya. "Danish apa khabar? Sihat?" Soal Aryanna, ramah.

"Danish sihat je.. Tapi, mama Danish yang tak sihat." Balas Danish, jujur.

Semua yang berada di situ tergamam. Mereka tidak menyangka, Danish akan berkata seperti itu.

Aryanna tersenyum kelat. "Alhamdulillah, Danish sihat. Kalau Danish nak mama Danish sihat.. Danish kena selalu doa. Doa banyak-banyak, minta dekat Allah. Biar Allah sembuhkan mama Danish. Okay?" Aryanna terus memeluk tubuh kecil itu.

Belakang badan Danish, di usap penuh kasih. Danish, satu-satunya anak saudara yang dia ada.

#
Zehra terbatuk kecil. Tekaknya rasa tak selesa tiba-tiba. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun tidak berhasil. Ada saja yang rasa sakit yang akan menganggu tidurnya.

Zehra bangun, bersandar di kepala katil. Gelas berisi air dicapai perlahan sebelum dia meneguk rakus air tersebut. Sumpah! Tekaknya terasa kering dan sakit.

"Haih.. Sampai bila aku nak macam ni? Rambut, makin hari makin gugur. Hari-hari kena makan ubat. Penat la aku macam ni." Keluh Zehra, perlahan. Dia sudah terlalu lemah untuk meratapi keadaan kesihatannya sekarang ini.

Hospital pula, sudah bagaikan rumah kedua buat Zehra kerana dia kerap-kerap mengunjungi tempat itu. Zehra mengeluh lemah. Tekaknya kembali terasa kering.

Zehra cuba mencapai gelas air yang berada di atas meja kecil itu. Namun, tangannya tiba-tiba terasa kebas menyebabkan Zehra terhenti.

"Aduh..kebas pulak tangan ni." Keluh Zehra, menahan rasa sakit.

Dia sekali lagi cuba untuk mencapai gelas tersebut. Entah macam mana, gelas yang dipegang terjatuh ke atas lantai. Habis berderai kaca-kaca di merata tempat.

Zehra merengus kasar. "Ish, kau ni! Dah berapa banyak gelas dah yang kau pecahkan, Era!" Zehra memarahi diri sendiri.

Dia kemudian, berusaha untuk mengutip kaca-kaca yang berderai di atas lantai itu. Zehra bergerak ke hujung katil agar lebih mudah untuknya mengutip kaca-kaca itu.

Jelas kelihatan kesusahan di wajah Zehra, sambil menahan kesakitan. Ketika tangan Zehra hampir dapat mencapai kaca-kaca itu, ada tangan yang lebih pantas mengutip kaca yang berderai itu.

Zehra tergamam. Dia mengangkat sendikit wajahnya agar dapat melihat gerangan yang kini berada betul-betul di depan matanya.

Zehra terkedu apabila matanya bertentangan dengan mata Aryanna. Dia rasa bagai mimpi, bila melihat susuk tubuh kakaknya itu.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now