BAB 40

671 22 0
                                    

"Assalamualaikum.." sapa Surya sebaik membuka pintu wad.

"Waalaikum...salam." balas Zehra, gugup. Lelaki yang berada di belakang ibu mertuanya, dipandang sebak.

"Zehra. Tengok la mama bawak siapa? Ferhat. Suami kamu dah balik." Ujar Surya, teruja.

Zehra tersenyum nipis. Tubir matanya mula bergenang dengan manik-manik jernih. Lelaki yang amat dirinduinya sudah pulang. Terima kasih ya Allah.

Ferhat turut tersenyum melihat wajah isterinya, setelah agak lama meninggalkan gadis itu. Wajah Zehra terlihat semakin pucat dan tidak bermaya. Berbeza dari waktu terakhir dia melihat wajah itu, sebelum berangkat ke Penang.

"Ab..abang.." leret saja bunyi nada bicara Zehra. Air mata mula jatuh menitis satu per satu di pipinya. Semakin lama, semakin lebat.

Ferhat terus menarik Zehra ke dalam pelukannya. Rambut isterinya yang semakin menipis, dihelus perlahan dan lembut. Esakan Zehra semakin kuat. Bahunya terhenjut-henjut, melepaskan segala kesedihan yang ada di hatinya.

Ferhat cuba memujuk isterinya itu dengan mengeratkan lagi pelukan antara mereka. Rambut Zehra dicium berkali-kali.

"Abang minta maaf, Zehra. Abang tak patut tinggal awak lama-lama macam ni. Abang patutnya ada dengan awak waktu awak sakit macam ni. Abang patut tolong awak jaga anak kita. Maafkan abang, sayang.." luah Ferhat, sebak.

Zehra semakin teresak-esak. "Zehra tak pernah salahkan abang. Zehra yang sepatutnya minta maaf dekat abang. Zehra tak dapat nak jadi isteri dan ibu yang sempurna untuk abang dengan anak kita..."

Ferhat memegang wajah isterinya. Air mata gadis itu diseka penuh kasih. "Tak.. Zehra dah sempurna dimata abang. Zehra isteri yang baik. Ibu yang baik untuk Danish. Abang je yang tak pandai nak hargai Zehra. Abang minta maaf.." ujar Ferhat lagi.

Zehra tersenyum gembira. Lega hatinya, dapat melihat wajah yang amat dirindui itu. Walau apa pun, lelaki ini akan tetap menjadi pilihan hatinya sehingga hujung nyawa.

#
Ferhat masuk ke dalam wad bersama dulang berisi sepinggan nasi dan secawan air kosong.

"Sayang.. Ni abang ada bawak makan tengahari untuk sayang. Kita makan eh?" Ferhat meletakkan dulang makanan itu di atas meja di hujung katil Zehra.

"Bismillah.." ucap Ferhat sebelum satu suapan sederhana besar disuap ke dalam mulut Zehra.

Zehra mengunyah perlahan. Matanya masih ralit memerhati setiap gerak-geri suaminya itu. Seronok rasa hati ini bila suami ada di sisi saat dia memang memerlukan sokongan dari lelaki itu.

Tangan sasa suaminya di sentuh lembut, membuatkan Ferhat terhenti. "Zehra senang, bila abang dah ada dekat dengan Zehra. Allah dah makbulkan doa saya. Hari-hari, saya berharap yang abang akan datang setiap kali saya bukak mata saya. Hari ni, abang datang. Saya gembira sangat." Luah Zehra, sebak.

Ferhat mengukir senyuman lebar buat isterinya. Hatinya tersentuh bila mendengar bait-bait ayat isterinya itu.

"Abang akan selalu ada untuk sayang. Abang janji. Abang akan jaga sayang dengan Danish baik-baik." Balas Ferhat, ikhlas.

"Abang? Zehra nak tanya something boleh?" Soal Zehra tiba-tiba.

Ferhat berkerut seribu. Soalan apa pula ni? Berdebar pula rasanya. "Zehra nak tanya apa?" Soal Ferhat, berdebar.

"Abang ada berhubung dengan kak Yanna lagi ke?" Ferhat tersentak. Pinggan yang berada di tangannya diletakkan semula ke atas meja.

"Kenapa Zehra tanya macam tu dekat abang? Zehra masih tak percayakan abang ke?" Soal Ferhat, dingin. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba menjadi panas.

Zehra segera menggeleng laju. "Bukan tu maksud Zehra, bang. Zehra tanya, sebab Zehra dah lama tak jumpa dengan kakak. Entah dekat mana la dia sekarang. Zehra kesian dekat ibu. Ibu berharap sangat yang kakak akan balik semula ke sini." Jelas Zehra, hiba.

Ferhat mengeluh. Dia pun baru saja terjumpa dengan gadis itu. Namun, ada perang antara mereka sebaik bersemuka tempoh hari. Rasa bersalah memang ada dalam diri Ferhat kerana dia tidak memberitahu Aryanna tentang keadaan adiknya yang terkini. Rasa bersalah terhadap Zehra pun ada kerana dia tidak berlaku jujur kepada isterinya itu.

Haih! Buntunya!

#
"Anna, tunggu!" Iqram menahan lengan Aryanna supaya gadis itu berhenti.

Aryanna merengus kasar. Dia menarik kasar lengannya yang dipegang oleh Iqram itu. "Apa lagi yang awak ni, Iqram? Kita dah takde benda nak dibincangkan la."

"Kenapa pulak takde? Haritu saya ajak awak bincang, awak balik macam tu je. Awak terus hilang macam tu je, Anna." Luah Iqram.

Aryanna terdiam. "Saya dah kata kan, yang saya tak sedia lagi. Kenapa awak sibuk sangat nak tunaikan janji awak tu! Saya tak pernah ungkit pun pasal janji mengarut semua tu! Janji-janji tu semua dah mati! Semua tu hanya tinggal kenangan je." Ujar Aryanna.

Iqram mengeluh berat. "Mungkin untuk awak, itu hanya kenangan. Tapi, bukan untuk saya. Saya tetap akan tunaikan janji tu, walau saya terpaksa tunggu awak sampai bila-bila pun. Tolong la, Anna. Bagi saya peluang. Kenapa awak boleh berubah sampai macam ni sekali? Mana Anna yang saya kenal dulu?"

Aryanna membatu seketika. "Saya bukan lagi Aryanna yang awak pernah kenal dulu, Iqram. Saya minta maaf." Aryanna berlalu meninggalkan Iqram yang terkebil-kebil.

Namun, langkah Aryanna terhenti apabila telefonnya berdering. Panggilan daripada abinya. Kenapa tiba-tiba abinya telefon? Mesti ada sesuatu yang terjadi.

"Assalamualaikum, abi?" Sapa Aryanna, ceria.

"Waalaikumsalam, Yanna.. Yanna dekat mana tu? Free tak?" Soal Hatta, lembut.

Aryanna semakin pelik. Tak pernah-pernah dia ditanya seperti itu sebelum ini. "Erm..Yanna nak pegi lunch ni. Kenapa abi? Ada yang tak kena ke?" Aryanna semakin gementar.

"Yanna, balik sekarang. Ini pasal Zehra, adik kamu." Hatta terus memberitahu tujuan sebenar, dia menghubungi anak sulungnya itu.

Jantung Aryanna berdegup laju. Zehra? Kenapa dengan dia? "Kenapa dengan Zehra? Adik kenapa?" Aryanna semakin tak keruan.

Iqram yang masih berada di situ, hanya diam memerhati.

"Zehra sakit, Yanna. Yanna tolong balik eh? Zehra dengan ibu rindukan Yanna. Balik eh?" Hatta memujuk anaknya itu.

Kelopak mata Aryanna bergenang dengan air mata. "Baik, abi. Yanna balik." Aryanna memutuskan talian. Aryanna meneruskan langkah dengan longlai. Dia kemudian jatuh terduduk secara tiba-tiba. Tanpa sedar, air matanya tumpah satu persatu.

Iqram segera mendapatkan gadis itu. "Anna? Awak kenapa ni? Awak okay tak?" Iqram panik. Entah kenapa, gadis itu boleh tiba-tiba jatuh terduduk di situ.

Esakan Aryanna mula kedengaran. Semakin lama semakin kuat. Iqram buntu. Dia tak tahu nak buat apa. Kepala Aryanna di bawa dekat ke dadanya, lalu di usap lembut. Dia tidak berniat untuk mengambil kesempatan, tapi dia hanya ingin menenangkan gadis itu.


Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now