BAB 27

548 16 1
                                    

Aryanna bergerak-gerak, bila merasakan badannya tidak selesa. Matanya dibuka perlahan. Pandangan yang kabur, perlahan-lahan menjadi jelas. Wajah pertama yang di lihatnya adalah....Zehra?

Zehra buat apa dekat sini? Bukan aku dengan Ferhat ke tadi? Aku dekat mana ni? Aryanna memerhati sekelilingnya. Terasa seperti ada sesuatu yang mencucuk tangannya sejak tadi. Patut laa sakit! Masuk air rupanya! Haa?! Masuk air? Aku kat mana ni??

"Akak? Akak okay ke?" Soal Zehra, bila melihat kakaknya seperti tertanya-tanya. "Akak kat mana, Era?" Soal Aryanna, ingin tahu.

Zehra dah agak. Mesti kakak dia tu tertanya-tanya. "Akak sekarang ni, ada dekat hospital. Akak pengsan dekat ofis tadi." Jelas Zehra, lembut. Aryanna melopong. Pengsan? Aku pengsan? Aryanna cuba untuk ingat semula perkara terakhir yang berlaku sebelum dia pengsan.

Aryanna melopong, di tambah pula dengan rasa terkejut. Dia dah ingat! Waktu tu, Ferhat luahkan perasaan dia dekat Aryanna!

'Saya sedar...yang saya dah mula cintakan awak.'

Aryanna memejam mata rapat. Dia menggeleng kepala bagaikan orang yang tak betul. Zehra yang melihatnya, semakin tidak tenang. Dah betul ke kakak aku ni?

"Akak? Akak okay tak ni? Nak Era panggilkan doktor ke?" Soal Zehra, risau. "Tak tak tak! Tak payah. Akak okay. Ermm...Zehra sorang je ke datang sini?" Soal Aryanna pula.

Zehra segera mengangguk. "Haah. Tadi, Era datang dengan ibu dengan abi. Baru je diorang balik tadi. Katanya, nak balik solat pastu rehat kejap." Aryanna angguk tanda faham.

"Tapi kejap lagi, Ferhat kata dia nak datang. Saja nak jenguk akak, sebab akak kan pengsan dekat tempat kerja..." Haa sudah! Jantungnya berdegup lagi. Dah tak tahu nak tenangkan macam mana.

Konon nak tunjuk dia bos yang baik laa tu! Dia tak tahu ke, sebab dia aku pengsan! Sempat Aryanna mengutuk majikannya itu.

"Assalamualaikum.." ucap Ferhat sambil melangkah ke arah Zehra dan Aryanna. "Waalaikumsalam..sampai pun awak." Balas Zehra, ceria. Sedangkan Aryanna? Terasa nak sorok aje muka tu dekat mana-mana! Malu weyhhh!

"Kalau awak dah ada dekat sini...boleh laa saya balik. Saya ada kerja yang tak siap lagi tu. Nanti, Era datang balik ye kak?" Pamit Zehra, lalu meninggalkan mereka.

Keadaan di dalam wad itu, sunyi sepi selepas Zehra meninggalkan mereka berdua. "Awak dah sihat ke?" Soal Ferhat, memecah kesunyian antara mereka. Aryanna terdiam buat seketika. "Dah." Hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya.

"Awak dah makan?" Soal Ferhat lagi.

"Dah." Sepatah lagi jawapan Aryanna.

"Bila awak boleh keluar?"

"Esok."

Ferhat mengeluh. Tak kira berapa banyak dia tanya, hanya sepatah sahaja yang dijawab gadis itu. "Saya tahu awak masih terkejut dengan apa yang jadi. Saya mintak maaf. Saya tak patutnya luah macam tu je." Ujar Ferhat, meminta maaf atas perbuatannya.

Bukan dia tak tahu, yang gadis itu pengsan gara-gara luahan hatinya yang secara tiba-tiba. Huh! Akhirnya Ferhat jatuh cinta dengan gadis yang dibencinya dahulu. Betul laa orang kata. Jangan terlalu membenci, takut bertukar menjadi cinta.

Sekarang Ferhat benar-benar keliru. Apa majlis perkahwinannya akan diteruskan? Takkan nak cancel? Apa pulak kata family mereka nanti. Masing-masing, mesti tak boleh terima punya!

"Tapi, saya betul-betul ikhlas luahkan perasaan saya tu. Saya jujur dengan diri saya sendiri. Awak nak terima atau tak... Itu terpulang pada awak." Tambah Ferhat lagi.

Aryanna kesal. Dia rasa macam dah buat salah yang besar! Salah besar terhadap adiknya! Lelaki di depannya ini, bakal menjadi suami kepada ADIKnya. Tapi, lelaki di depannya ini jugaklah yang mengaku cintakan dirinya. Semua ni tak patut jadi laa! Apa salah aku, sampai kena duga macam ni sekali?

"Kalau saya terima awak sekalipun, sanggup ke awak tinggalkan adik saya? Sanggup awak sakitkan hati dia? Seksa perasaan dia? Awak sanggup? Kalau awak sanggup... Awak memang lelaki tak guna!" Herdik Aryanna, kesal.

"Lelaki jenis apa awak ni? Di saat-saat awak bakal jadi suami orang, awak boleh lagi mengaku sukakan orang lain? Sanggup awak permainkan perasaan Zehra! Awak rasa saya boleh terima ke?! Saya dah janji, yang saya akan cari kebahagiaan saya sendiri! Saya akan biarkan Zehra bahagia dengan awak! Ini rupanya, muslihat sebenar awak??" Tambah Aryanna, geram. Marah. Sakit hati. Semua ada!

"Muslihat apa pulak ni? Saya takde apa-apa muslihat laa! Saya dah tak sanggup nak tipu diri saya sendiri! Sebab tu saya jujur dengan awak! Saya memang cintakan awak, Aryanna. Saya tak tahu bila dan saya tak tahu kenapa! Tapi saya memang dah jatuh cinta dengan awak. Apa lagi yang saya boleh buat? Saya dah tak tahan dengan perasaan saya sendiri. Yaa! Memang saya cintakan Zehra. Tapi lepas jumpa awak... Hati saya mula jadi keliru. Saya tak sedar, bila hati saya boleh berubah kepada awak." Luah Ferhat, lagi.

Aryanna tersentak. Dia dapat rasa, yang lelaki itu benar-benar berlaku jujur terhadap dirinya. Ya Allah! Dugaan apa lagi ni??

"Awak dah terlambat laa, Ferhat. Awak tu bakal suami Zehra. Zehra tu adik saya! Saya tak nak dan tak sanggup nak sakitkan hati dia lagi. Saya tak nak jadi kejam, semata-mata sebab awak Ferhat! Zehra lagi berhak dengan awak. Anggap aje laa yang kita ni memang tak dicipta untuk satu sama lain." Ujar Aryanna, sebak.

Sakit. Yaa! Hatinya sedang sakit! Namun, demi kebahagiaan adiknya..dia sanggup korbankan kebahagiaannya sendiri. Ferhat meraih tangan Aryanna. Tangan itu di usap dengan penuh rasa kasih dan cinta.

"Tapi, saya memang cintakan awak Aryanna.. Saya cintakan awak." Luah Ferhat.

"Yanna!! Ferhat!!" Serentak Aryanna dan Ferhat berpaling. Serta-merta, Aryanna menarik tangannya dari genggaman Ferhat. Mereka berdua kelihatan begitu gelisah dan mula rasa takut.

"Ib..ib..ibu.." Sufinah memandang tajam ke arah dua anak muda itu. Dadanya turun naik, menahan rasa marah yang semakin menggunung. Bukan dia tak dengar! Dia dengar semuanya! Sungguh tak disangka! Anak yang ditatang penuh kasih, sanggup berkelakuan seperti itu!

"Sampai hati kamu berdua kan! Yanna! Sanggup permainkan perasaan adik sendiri!! Ibu tak pernah ajar anak ibu, berkelakuan macam tu! Zehra tu adik kandung kamu, Yanna!! Kamu, Ferhat! Apa yang kamu cuba buat ni?! Kamu sedar tak, yang kamu ni bakal suami Zehra?! Adik Yanna! Apa semua ni?! Haaa?!! Jawab laaa!!"

Aryanna tersentak. Ini kali pertama, dia melihat ibunya marah sebegitu rupa. Dia bukan lagi seperti seorang ibu yang lembut,  dan penyayang. Air mata mula bergenang di kolam mata Aryanna.

"Aunty... Aunty dah salam faham ni.." Ferhat cuba memujuk, namun bicaranya pantas dipotong. "Salah faham apanya!! Dah sampai berpegang tangan, salah faham lagi?!!Yanna!! Ibu kecewa dengan kamu, Yanna! Apa lagi yang tak cukup, Yanna!! Selama ni, apa yang kamu nak buat ibu tak pernah sikit pun halang kamu! Ibu biarkan, sebab kamu dah besar! Dah boleh fikir, mana baik mana buruk! Ini yang kamu balas dekat ibu? Ini?? Ibu kecewa dengan kamu!"

Akhirnya, air mata Aryanna jatuh berderai. Perkataan kecewa itu telah keluar dari mulut seorang ibu. Ibu kecewa dengan aku? Ibu kecewa dengan kau, Yanna! Puas hati kau? Seronok?

"Ibu! Maafkan Yanna, bu! Apa yang ibu nampak tu, tak betul! Kami takde apa-apa! Ibu! Ampunkan Yanna, bu! Yanna salah! Yanna tak reti bezakan mana baik, mana buruk! Maafkan Yanna, bu! Ibu!" Aryanna meluru ke arah Sufinah. Tubuh tua itu cuba di peluk. Namun, Aryanna pantas di tolak menyebabkan gadis itu jatuh terduduk.

"Sudah laa, Yanna! Ibu tak buta lagi! Ibu nampak dengan mata kepala ibu sendiri! Ibu tak pekak lagi! Ibu dengar semuanya dengan jelas!! Ibu betul-betul kecewa dengan kamu, Yanna!!" Air mata Sufinah turut menitik satu per satu.

Aryanna tidak putus asa. Dia memeluk kaki Sufinah sekuat mungkin. Dia tak nak lepaskan kaki ibunya, selagi dia tidak di maafkan oleh wanita itu.

"Ibu! Tolong maafkan Yanna! Ibu jangan macam ni, bu!! Maafkan Yanna!! Tolong laa, bu!!" Rayu Aryanna lagi. Ruangan wad itu penuh dengan drama yang tak disangka.

Ferhat cuba mengawal situasi, namun tidak berjaya. Dia buntu. Semua ini berpunca daripadanya. Kau ni memang bawak masalah laa, Ferhat!

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now