BAB 10

559 24 0
                                    

Sufinah mundar-mandir di hadapan wad kecemasan.p Apalah nasib anak bongsunya itu? Dah terlalu lama Zehra berada dalam wad tersebut. "Sufi..sudah-sudah la awak jalan sana sini. Duduk. Awak tak penat ke?" Hatta menegur isterinya yang resah itu.

"Tak boleh, bang. Saya ni mak dia. Mesti la saya risau. Saya penat pun tak apa. Saya, selagi Zehra tak keluar..selagi tu la saya tak senang duduk." Sufinah luah rasa gusarnya. Dia memang bimbang benar dengan si Zehra tu.

"Ibu? Bukan ibu aje yang risau. Kami pun risau. Ibu tak boleh la macam ni. Kalau Era tahu..mesti dia sedih." Aryanna cuba memujuk ibunya itu. Ibunya itu makin meningkat usia. Bukan makin muda. Kesihatan kena la jaga.

Ketika itulah, seorang doktor muncul dari sebalik pintu wad. Semua mata terarah pada doktor tersebut. "Doktor? Macam mana dengan anak saya? Dia okey ke? Dia sihat kan? Tak ada apa-apa yang berlaku kan?" Berdas-das soalan Sufinah tembak ke arah doktor tersebut.

Pening doktor nak menjawab. "Sabar puan. Alhamdulillah..anak puan tak apa-apa. Tapi..." bicara doktor itu tergantung. Dup dap dup dap jantung mereka berdegup. Aihh doktor ni! Bertapi-tapi pulak.

"Sebelum saya beritahu lebih lanjut, boleh encik dan puan ikut saya ke pejabat?" Sufinah dan Hatta saling berpandangan. Kemudian mereka mengangguk setuju. "Yanna? Yanna tunggu ibu dengan abi di kafe, boleh? Ibu dengan abi ada hal sikit dengan doktor." Awalnya, Aryanna menolak keras. Dia nak turut serta dengar penerangan doktor. Tapi, bila tengok muka lesu ibu dan abi Aryanna tak sampai hati nak ingkar kata-kata mereka.

Aryanna bukan budak 5 tahun yang tak tahu apa-apa. Dia sudah 17 tahun. Banyak tengok drama pula tu. Dia dah biasa tengok scene yang sedang berlaku ni dalam tv. Bila doktor mula panggil mak atau ayah masuk pejabat, mesti penyakit tu serius. Tak ada apa yang Aryanna mampu buat, selain doa yang baik-baik untuk adik dia.

"Kenapa doktor? Kenapa dengan anak saya? Dia tak apa-apa kan?" Sufinah semakin tak sedap hati. Hatta cuma menenangkan isterinya. "Sabar, Sufi.. Kita dengar dulu apa doktor nak cakap."

"Anak puan tak ada mengalami apa-apa serius. Cuma...kami dapat kesan yang dia ada alami alahan yang agak teruk." Berkerut-kerut dahi Sufinah dan Hatta menelan kata-kata doktor itu.

"Alahan? Alergi?" Doktor tersebut sekadar mengiyakan kata-kata ibu pesakitnya. Sufinah toleh memandang Hatta. Kemudian, dia kembali berpaling ke arah doktor. "Anak saya alergi apa doktor? Kenapa kami tak tahu pun?"

"Anak puan alergi dengan coklat. Semua makanan atau minuman yang mempunyai kandungan coklat atau serbuk koko..tak boleh bagi dia. Takut dia pengsan lagi." Jelas doktor pakar itu.

Sufinah mengangguk kecil. Dia kini faham. Anak bongsunya itu sedang mengalami penyakit alahan. Alah dengan coklat pulak tu. Tak tahu ke yang budak tu hantu coklat. Kalau tak dapat coklat, meroyan habis.

"Tak ada ubat ke doktor?" Doktor diam sejenak. Barangkali sedang berfikir sesuatu.

"Buat masa ni, selalunya bila ada pesakit alergi..kami akan bagi dia orang ubat alergi dan cream gatal sekiranya alergi dia orang melibatkan bintik-bintik merah pada bahagia badan mereka. Untuk kes anak puan..memandangkan alergi Zehra tak melibatkan bintik-bintik pada badan dia, kami akan beri ubat alergi saja. Tapi, puan dengan tuan kena bawak Zehra untuk rawatan susulan. Nurse akan sediakan jadual untuk rawatan susulan tu nanti." Panjang betul doktor tu memberi penjelasan pada soalan Sufinah tadi.

Aryanna yang sedang menunggu ibu dan abinya di kafe, tersengguk-sengguk menahan mata daripada tertutup. Haih..lambat betul. Apa la yang lama sangat dekat dalam tu.

"Yanna?" Tersentak Aryanna bila bahunya disentuh tiba-tiba. Terkejut cheq! "Ibu, abi. Macam mana dengan Era? Doktor kata apa?" Sufinah mengeluh lemah. Dia mengambil tempat di sebelah Aryanna.

"Alhamdulillah..adik tak apa-apa. Dia cuma ada alergi aje." Aryanna tercengang. Alergi? Zehra ada alergi? How come? "Alergi? Macam mana pula Era boleh ada alergi? Mustahil la. Selama ni, dia makan apa pun okey aje? Kenapa tiba-tiba?" Sungguh Aryanna tak faham.

"Entah la. Ibu pun heran. Haa, Yanna. Lepas ni, kamu jangan nak memandai bagi adik kamu tu coklat." Aryanna terkedu. "Eh? Kenapa pula? Yanna baru ingat nak beli cadbury untuk Era." Balas Aryanna selamba. Serentak, tapak tangan Sufinah melekap pada lengan anaknya.

"Isy! Sempat lagi. Boleh kencing manis adik kamu tu kalau asyik-asyik dapat coklat daripada kamu. Lepas ni, tak payah la bagi lagi. Adik alah dengan coklat." Ujar Sufinah berterus-terang.

Sungguh Aryanna tak sangka. Selama ni, adik dia alah dengan coklat? Tapi, Era tak tolak pun bila dia kasi coklat? "Yanna? Dengar tak apa ibu pesan ni? Tak payah bagi adik coklat lagi, tau!" Pesan Sufinah lagi sebelum mereka meninggalkan perkarangan hospital.

Hari ini, Zehra tak dapat ikut mereka balik. Dia perlu ditahan semalaman untuk menerima rawatan selanjutnya.

Keesokkannya, Aryanna ke sekolah seperti biasa. Semalam, dia mengambil cuti kerana adiknya terpaksa dimasukkan ke hospital. Takkan hari ni nak cuti lagi kan? Ikutkan hati, nak aje.

"Yanna! Datang pun kau. Aku ingat kau cuti lagi." Rengek Fatin bagaikan anak kecil. Rindu sangat dengan rakannya yang seorang ni. "Buat apa aku nak cuti lebih-lebih? Tak ada faedah pun." Balas Aryanna selamba. "Mana la tahu. Kut-kut kau sakit ke.." Fatin cuba menduga.

"Eh? Sakit apanya.. Alhamdulillah aku sihat walafiat." Fatin memanggu kepalanya di atas meja Aryanna. "Habis tu? Kalau kau tak sakit, asal kau tak datang semalam?" Aryanna keluh lesu. "Aku tak sakit. Tapi..adik aku yang sakit. Zehra." Berdiri tegak terus Fatin bila nama Zehra diseru.

Bukan apa, dia begitu rapat dengan budak tu sampai dia menganggap Zehra macam adiknya sendiri. Maklumlah, dia anak tunggal. Tak ada adik-beradik yang lain. Itu yang menumpang kasih dengan si Zehra tu.

"Laa..Era sakit apa? Selama aku tengok..dia okey aje?" Fatin bingung. "Entah la. Aku pun tak tahu. Alaa..biasa la budak-budak. Cepat kena serang penyakit itu ini. Nak-nak pula, imunisasi badan tak kuat." Ulas Aryanna, positif. Dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang adiknya. Bukan sebab tak sayang, tapi tak nak pelajarannya terganggu.

"Aku nak datang lawat adik kau boleh?" Fatin begitu teruja. Dia rindu benor dengan budak kecil itu. "Urmm..nanti la, bila dia dah balik rumah. Sekarang ni dia kena tahan dekat hospital lagi."

Fatin mengangguk faham. "Okey la kalau macam tu. Nanti dia dah balik, kau roger aku eh? Boleh la aku ajak Ferhat sekali." Aryanna merengus kasar. Balik-balik nama Ferhat yang meniti di bibir rakannya itu. 'Ferhat, Ferhat, Ferhat! Tak ada nama lain ke?!' Bisik hati kecil Aryanna.

"Asal kau nak bawak dia pulak?" Aryanna mula hilang sabar. Nak melawat tu, melawat saja la! Tak payah sampai nak bawak orang. Kalau orang yang baik dengan kita, tak apa. Ini? Herghh! "Alaa..saja je. Nak juga bagi dia kenal dengan adik kau. Tak boleh ke?"

Aryanna mengeluh kasar. "Kalau kau nak datang rumah aku..kau datang. Tapi, kau jangan bawak dia! Aku tak nak kaki kotor dia masuk dalam rumah aku!" Usai meluahkan rasa, Aryanna terus keluar meninggalkan Fatin yang sudah terkulat-kulat itu.

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow me on my facebook Nur Sabrina






Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now