BAB 35

587 18 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 5. Iqram masih berada di pejabatnya. Aryanna dah lama balik Malaysia. Tapi kenapa baru sekarang aku dapat jumpa dia?

Tanpa berlengah, Iqram melangkah ke parkir kereta lalu menuju ke FD Consultant. Dia kena jumpa dengan gadis itu.

#
"Sya! Dah pukul 5.20 ni. Jom balik?" Aryanna mengajak Syaza untuk pulang ke rumah. Kalau boleh, tak nak balik lambat sangat. Takut sesak pulak!

Syaza mengerling jam di tangan. Pandangannya beralih pula ke arah beberapa fail yang bersepah di mejanya. Keluhan berat dilepaskan. "Takpaa laa. Hang pi laa balik dulu. Aku banyak kerja lagi nih." Keluh Syaza, perlahan.

"Kerja apa lagi? Kenapa kau tak bagitahu aku? Meh! Aku tolong kau." Pelawa Aryanna. Syaza menggeleng laju. "Ehh, takpaa! Tak payah. Aku boleh buat sorang. Hang pi balik dulu. Sat jaa nih! Satgi aku balik laa.." Syaza memujuk Aryanna.

Aryanna berkerut. Mereka berdua berada dalam posisi kerja yang sama, iaitu bahagian kewangan. Tapi, kenapa Syaza saja yang dapat kerja tu? Kenapa Aryanna tak tahu apa-apa pun?

"Ha'ah, Yanna. Awak pi laa balik dulu. Takpaa. Saya ada, boleh tolong jaga kawan awak nih." Serentak, Aryanna dan Syaza memandang ke arah Farid yang sudah tercegat di pintu itu.

"Tapi, Encik Farid. Kenapa saya tak dapat pun kerja-kerja ni? Kenapa Syaza sorang je yang kena buat?" Soal Aryanna. Dia masih tak faham situasi sekarang. Nak balik, rasa bersalah pula. Tak balik, tak ada kerja pun.

Farid tersenyum nipis. "Haa! Saya dah agak, awak memang akan tanya soalan tuu! Aryanna. Awak boleh balik sekarang. Jangan risau! Kerja nih, saya bagi kat Syaza sorang sebab dia jaa yang pandai buat semua kerja nih. Awak masih baru kat sini, Yanna. Banyak yang awak kena belajaq. Kan, Syaza kan?" Terang Farid sambil mengeyit mata ke arah Syaza.

Syaza merengus geram. Saja nak pekena aku laa tuh! Takpaa, hang tunggu! Pecah kaca pecah gelaih! Ada hari aku balaih laa wehh!

#
Iqram mengeluh kecil. Lama pulak si Aryanna ni nak keluar. Tak balik lagi ke? Ke dia dah balik? Iqram mengeluh lagi. Baru saja dia nak masuk ke dalam kereta, kelibat Aryanna kelihatan. Akhirnya!

Iqram segera mendekati gadis itu. "Anna!" Langkah Aryanna terhenti. Aryanna dapat rasa bagaikan masa terhenti seketika. Wajah lelaki itu, akhirnya muncul semula. Setelah sekian lama. Kenapa sekarang?

Iqram tersenyum lebar. Iya! Dialah gadis yang ditunggu-tunggu itu. Akhirnya, kita bertemu Anna. "Awak masih kenal saya, Anna? Saya harap, awak masih kenal saya." Ujar Iqram, berharap.

Aryanna terkaku. Dia menelan air liur berkali-kali. Dia tiba-tiba berasa gugup. Tak fikir panjang, Aryanna meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan lelaki itu. Namun, Iqram lebih pantas bertindak menghalang langkah gadis itu.

Aryanna dipaksa berpaling menghadapnya. Mata Aryanna, diselam dalam-dalam. "Awak nak pergi mana? Saya tahu, awak kenal siapa saya. Kenapa awak nak lari, Anna?"

Aryanna masih berdiam diri. Dia tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Iqram adalah lelaki yang dia kenal ketika menlanjutkan pelajaran di Auckland, New Zealand. Mereka memang rapat, memandangkan tidak ramai orang Malaysia yang Aryanna kenal ketika itu.

Iqram pernah mengutarakan perasaannya terhadap Aryanna ketika Aryanna ingin pulang ke Malaysia. Aryanna takut dan risau. Dia tak pernah berharap untuk bertemu semula dengan Iqram. Ada satu perkara yang membuatkan Aryanna bimbang.

"Anna.. Awak ingat lagi kan, janji saya? Saya akan kahwini awak, bila saya balik Malaysia." Ya! Inilah yang dibimbangkan oleh Aryanna selama ini. Hatinya masih ada pada orang lain. Mana mungkin dia akan menerima lelaki di hadapannya ini.

Tapi, hatinya juga belum pasti siapa yang harus dia pilih. Lelaki yang dicintainya atau yang mencintainya. Aryanna masih diam. Dia tak tahu nak balas apa. Semua ini terlalu cepat terjadi. Dia ingat, bila dah datang sini dia boleh mulakan hidup baru dengan bahagia.

Namun, dia silap rupanya. Masih ada perkara yang menyekat Aryanna daripada bahagia. "Anna! Kenapa awak diam? Awak tak gembira jumpa saya ke? Atau... Awak tak sudi jadi isteri saya?" Soal Iqram, penuh hiba.

Aryanna menepis tangan Iqram yang berada di bahunya. "Maafkan saya.. Saya rasa, semua ni terlalu cepat untuk kita. Awak baru jumpa saya harini, Iqram. Takkan secepat tu, awak nak jadikan saya isteri awak?"

Iqram menghela nafas berat. "Saya tak rasa semua ni terlalu cepat, Anna. Lama saya tunggu awak. Saya rasa ini masa yang sesuai." Ujar Iqram, yakin.

"Tapi, ini semua masih terlalu cepat untuk saya. Saya tak sedia lagi, Iqram. Saya ingat awak dah lupa.." balas Aryanna. Iqram tersenyum nipis. "Saya cuma nak tunaikan janji saya pada awak, Anna. Saya memang sayang dan cintakan awak. Sepenuh hati saya." Luah Iqram dengan penuh keikhlasan.

Aryanna mengeluh. Alasan apa lagi, yang dia boleh berikan kepada lelaki itu. Jujur, dia tak ada apa-apa perasaan pun terhadap Iqram. Dia pun langsung tak ada niat nak mempermainkan hati lelaki itu.

"Saya minta maaf. Saya balik dulu." Tanpa berlengah, Aryanna segera mengatur langkah meninggalkan Iqram di belakang. "Saya harap kita dapat berjumpa lagi, Anna!"

Aryanna berpura-pura tidak dengar. Dia tidak akan sesekali berhenti melangkah.

#
Dari pandangan atas, Syaza ralit memerhati gelagat Aryanna bersama seorang lelaki. Macam tengah tengok drama pulak! "Sapa laki tuu? Tak nampak sangat muka dia dari sini. Takpaa. Balik satgi, aku korek sampai dapat!" Syaza bermonolog sendirian.

"Amboi, cik kak! Santai nampak! Kerja dah siap kaa?" Farid menegur Syaza yang masih setia di cermin tingkap itu. Syaza merengus kasar. "Ihh! Satgi aku sambung laa! Nak rehat sat pun tak boleh!" Gumam Syaza, bebal.

Farid melopong. Ouhh..rehat! "Nih! Sapa yang bagi hang rehat? Hang tau dak, kalau hang tak siapkan kerja-kerja nih malam ni..hang tak boleh balik! Hang tau dak??" Syaza menjeling tajam.

"Biaq pi laa! Biaq aku tidoq kat sini malam nih. Alang-alang tuu, biaq aku ganti pakcik guard kat bawah tuh!" Sempat lagi Syaza memerli Farid. "Okay! Baik! Hang nak tidoq sini kan? Takpaa! Aku balik dulu. Assalamualaikum, bye!"

Farid segera meninggalkan Syaza keseorangan di dalam pejabat tersebut. Masing-masing ego! Kan dah kena tinggai! Syaza buat-buat tak kisah. Takpaa! Awai lagi nih. Tak takut sangat aihh!

#
Jam berganti jam, matahari pun mula menyembunyikan dirinya. Bulan pula sudah sedia memancar cahaya dari atas langit. Syaza semakin kalut. Dah malam. Sunyi sepi. Gelap. Dia hanya bertemankan cahaya dari pejabatnya sahaja.

Fail-fail di atas meja, dipandang lama. Masih berbaki 2 fail lagi yang perlu disemak. Harap-harap tak banyaklah kesalahan. Cepat sikit kerja dia siap. Syaza menelan air liur berkali-kali, apabila terdengar bunyi-bunyi yang pelik.

Biasalah tu. Dah sunyi kan. Mulalah nak dengar itu ini. Ahh! Perasaan dia saja kut. Itulah! Orang dah nak teman tadi, hang juai mahai! Kan, dah mendapat! Duduk laa hang sorang-sorang sampai besok pagi, Syaza oii!

Tiba-tiba, kedengaran seperti bunyi tapak kasut menghampiri pejabat Syaza. Dia terbungkam. Kaku tak bergerak walau seinci. Bunyi tapak kaki itu semakin mendekat. Dada Syaza turun naik menahan debaran yang terasa bagai nak gila itu.

"Sapa pulak yang nak mai malam-malam buta lagu nih! Sah-sah laa aku sorang jaa kat sini!" Gumam Syaza, ketakutan. Derapan tapak kasut itu semakin kuat dan ia terhenti betul-betul di hadapan pintu pejabat Syaza.

Syaza terlihat pula bayangan hitam di sebalik pintu itu. Haa, sudah! Dia muncui pulak dah! Syaza memberanikan diri bergerak mendekati pintu. Berbekalkan sebuah fail di tangan, Syaza terus saja membuka pintu tanpa sebarang amaran.

"Arghhh!! Pi hang jauh-jauh! Hang jangan dok kacau-kacau aku kat sini! Hang pi main jauh-jauh! Aku nak buat kerja jaa!! Pii!!" Syaza melenting sambil menghayun fail tersebut ke arah lembaga hitam tersebut. Banyak kali jugak laa. Tak berhenti!

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now