BAB 31

601 22 1
                                    

Ferhat termenung jauh di sebuah kafe yang agak bising dengan orang ramai itu. Maklumlah, hari minggu kan.

"Bro!" Sapaan seseorang menyebabkan Ferhat kembali ke realiti. Ferhat tersenyum lebar tatkala melihat rakannya itu. "Weh, Iqram! Lama tak jumpa kau." Ujar Ferhat. Mereka berpelukan untuk seketika.

"Kan! Aku pun dah lama sangat tak jumpa kau. Kau apa cerita, sekarang? Aku dengar-dengar, kau dah kahwin? Betul ke?" Soal Iqram, ingin tahu.

Ferhat senyum terpaksa. "Ehh, order laa. Banyak benda aku nak sembang dengan kau ni." Ferhat hanya membiar sepi soalan rakannya itu.

Beberapa minit kemudian, pesanan dua jejaka itu sampai. Mereka berborak sambil menikmati makanan western yang di pesan masing-masing.

"Bila kau balik Malaysia?" Soal Ferhat. "Dah 3 hari. Sorry laa tak bagitahu kau awal. Aku hilang nombor kau doh! Bukan nombor kau je. Semua nombor member-member kita, hilang. Ni pun, aku dapat dari mama kau." Ujar Iqram, kesal. Macam mana tah, nombor boleh hilang semua!

"Tak ada apalah. Tapi, asal kau tak stay KL je? Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soal Ferhat lagi. "Ouhh.. Aku ada kerja sikit dekat sini. Kau tahu, sepatutnya hari ni aku kena dengar presentation bajet pasal projek perumahan dekat Georgetown. Tapi bos aku call, kata cancel pulak. Tak tahu laa kenapa. Itu yang aku ajak kau jumpa tu. Dah alang-alang free ann!" Jelas Iqram, panjang lebar.

Ferhat sekadar mengangguk faham. Dia pun sebenarnya ada urusan yang perlu di selesaikan di Penang. Tapi malas laa nak cerita! Bukan penting pun. "Kau tak jawab lagi soalan aku tadi, Ferhat." Ujar Iqram, sengaja nak pancing sekali lagi.

Kunyahan Ferhat terhenti. "Ermm...soalan apa?" Ferhat pura-pura tak tahu. "Alahh...soalan aku tadi laa. Aku dengar kau dah kahwin? Mama kau bagitahu aku haritu. So, tell me! Macam mana jejaka idaman Malaya kita ni..boleh kahwin, haa?  Siapalah wanita bertuah pilihan dia tu?.." seloroh Iqram, ingin tahu. Teruja pula rasanya.

Ferhat tersenyum sinis. Bertuah? Bertuahkah Zehra, apabila dapat mengahwini dirinya? Sejak kahwin, ada sahaja perkara yang akan membuatkan mereka berdua salah faham dan seterusnya bergaduh. Sudah semestinya, topik itu adalah berkenaan.... Aryanna.

Hampir setiap hari, ada sahaja perkara berkaitan Aryanna yang akan dibangkitkan oleh Zehra. Ferhat cuba untuk berbaik dengan Zehra. Namun, ternyata gadis itu masih dengan rasa marahnya. Pening kepala Ferhat, jika di fikirkan tentang hubungan mereka.

"Haa ah, aku dah kahwin. Kitorang buat majlis kecik-kecik je. Panggil yang mana dekat je. Aku nak panggil kau. Tapi kau masa tu ada dekat luar negara lagi kan." Balas Ferhat, perlahan.

"Ehh takpe. Aku pun belum balik sini lagi, masa tu. So! Kau macam mana lepas kahwin? Happy tak? Kau bahagia tak? Kau jangan nak menggatal dengan perempuan lain pulak! Kau tu dah jadi suami orang. Beringat sama dekat aku yang masih single ni." Ujar Iqram, bergurau.

Ferhat tertawa kecil. "Ada-ada je laa kau ni.." Mereka berdua ketawa bersama. Pelbagai lagi cerita menarik yang mereka kongsikan ketika itu.

#
"Ehh, Yanna." Aryanna pantas menoleh, melihat Syaza. "Kita masuk supermarket sat nahh? Nak beli barang dapoq laa. Kat rumah tu, dah tak banyak barang." Ujar Syaza. Aryanna sekadar angguk tanda setuju. Kereta yang dipandu Syaza, pantas membelok ke arah supermarket berdekatan.

"Kita nak beli apa ni? Banyak ke?" Soal Aryanna sambil menolak perlahan troli yang baru di ambil. Syaza berfikir sejenak. "Tak banyak sangat kut... Tak pa laa, kita pi jenguk-jenguk dulu...kalau ada yang nak beli kita ambik laa." Cadang Syaza.

Aryanna mencebik. "Huh! Muka kau ni bukan boleh percaya. Semua benda kau nak ambik. Kau nak beli. Mahu tak penuh satu troli ni? Entah-entah, tak cukup pun satu troli." Perli Aryanna. Syaza tersengih panjang, mendengar kata-kata rakannya itu. Alamak! Kantoi laa pulak!

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now