BAB 43

753 20 2
                                    

Aryanna berpaling untuk menuju ke wad adiknya semula. Namun, langkah kakinya terhenti tatkala melihat Iqram di belakang.

Lelaki itu tidak memberikan sebarang riak yang negatif. Wajahnya hanya kelihatan tenang.

"Jadi, sebab ni ke awak tak terima lamaran saya?" Soal Iqram, tenang.

Aryanna terdiam seketika. "Semua tu takde kena mengena dengan apa yang awak nampak sekarang. Ini masa silam saya. Awak tak patut tahu pun." Balas Aryanna.

Iqram tersenyum nipis. "Saya faham. Saya memang takkan paksa awak untuk terima saya." Iqram memandang pula Ferhat yang berada di sebelah Aryanna itu.

"Kenapa kau tak terus terang je dengan aku? Kenapa kau biar aku tertanya-tanya pasal hubungan korang?" Soal Iqram, masih lagi tenang.

Ferhat menghela nafas berat. "Okay. Aku tak tahu apa hubungan korang, tapi aku dengan Aryanna memang takde apa-apa hubungan. Kitorang bukan macam yang kau fikir." Ferhat memperjelaskan keadaan sebenar.

Iqram tersenyum nipis. "Aku dah dengar semuanya tadi. Dah takde apa yang kau perlu sembunyikan lagi. Tapi, kau jangan risau. Aku faham."

Aryanna mengeluh berat. "Dah la! Saya tak nak cakap pasal benda ni lagi. Saya nak pegi tengok adik saya." Aryanna terus membuka langkah kembali ke wad yang menempatkan Zehra.

Aryanna memperlahankan langkahnya, apabila pintu wad Zehra dilihat terbuka luas. Aryanna berkerut seribu. Rasanya, tadi dia tutup pintu.

Jantung Aryanna semakin berdegup kencang, apabila dia terdengar seperti bunyi esakan dari dalam wad. Perlahan-lahan, Aryanna menapak masuk.

Dia melihat ibu dan abinya serta ibu bapa Ferhat sedang mengelilingi katil Zehra. Aryanna makin tak sedap hati.

"Yanna? Meh masuk, nak." Sufinah menyuruh anaknya itu untuk masuk ke dalam.

Selepas menyalami Surya dan Hashim , Aryanna menghampiri ibu dan abinya.

"Kenapa ni? Bila ibu dengan abi sampai?" Soal Aryanna, hairan.

"Baru je. Lepas tu, kami terserempak dengan mak ayah Ferhat. Itu yang masuk sekali." Balas Sufinah, perlahan.

"Yanna tak faham. Kenapa ibu menangis? Era tak apa-apa kan?" Soal Aryanna, masih lagi hairan. Ditambah pula, apabila melihat ibunya mengalirkan air mata.

Sufinah terdiam seketika. "Tadi, doktor datang. Dia cakap... badan Era semakin lemah. Sel-sel kanser tu dah mula merebak dekat organ-organ penting Era. Doktor sendiri tak tahu, berapa lama Era boleh bertahan.."

Air mata wanita itu, tumpah sekali lagi. Aryanna semakin bingung. Matanya mula bergenang dengan manik jernih.

Waktu itu jugalah, Zehra dilihat bergerak-gerak. Mungkin dia dah sedar dari tidurnya yang panjang itu. Dia turut hairan apabila melihat ramai orang disekelilingnya.

"Ibu? Mama?" Panggil Zehra, perlahan.

Kelam kabut Sufinah dan Surya mendapatkan Zehra yang separa sedar itu.

"Kamu okay tak, Zehra? Rasa sakit dekat mana-mana tak?" Soal Surya, bimbang akan menantunya itu.

Zehra menggeleng perlahan, tanda dia tidak merasa sakit di mana-mana. Pandangannya beralih kepada Aryanna yang berada di hujung katil.
Senyuman panjang terukir pada wajahnya.

"Akak? Sini sekejap." Zehra memanggil kakaknya. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan kepada gadis itu.

Tangan Aryanna diraih lalu digenggam erat.

"Era tahu, yang Era dah tak mampu bertahan. Makin hari, Era dah tak sanggup nak tahan rasa sakit ni. Era dah tak boleh nak makan ubat-ubat ni. Akak tahu kan, yang Era tak suka makan ubat." Zehra tergelak di hujung ayatnya. Sempat lagi dia berseloroh dengan Aryanna.

"Kalau semua dah ada dekat sini..bagus la. Biar semua tahu apa yang Era akan sampaikan ni. Biar tak timbul fitnah dan salah sangka." Tambah Zehra.

Mereka semua mula tertanya-tanya. Sedangkan, Aryanna makin tak sedap hati. Kenapa aku rasa lain sangat ni? Waktu itu jugalah, Ferhat dan Iqram muncul setelah agak lama berbual di atas ruang bumbung hospital.

Keadaan menjadi semakin tegang. Tegang bukan kerana mereka bergaduh, tapi kerana bimbang dengan apa yang akan berlaku selepas ini.

"Era sayangkan akak. Era percayakan akak. Era minta maaf sebab dah rampas kebahagiaan akak. Era tak patut teruskan perkahwinan dengan abang Ferhat. Tapi, sebab ego. Era fikir, Era boleh bahagia. Rupanya, tak boleh. Sekarang, Era dah sakit. Era dah tak sempurna.

Era nak minta tolong akak. Jaga ibu, abi, mama, papa dengan..." Aryanna berdebar, menantikan ayat Zehra yang seterusnya.

"Jaga Ferhat dan Danish, untuk Era." Aryanna bungkam. Dia tak pasti dengan apa yang baru didengarinya itu. Dia sedang bermimpikah?

Ternyata, bukan Aryanna sahaja yang terkejut malah semua yang berada di situ turut terkejut dengan permintaan Zehra itu.

"Zehra! Apa awak merepek ni?? Awak sihat ke, awak sakit sekalipun..takde siapa pun yang boleh ganti tempat awak sebagai isteri saya dan mama kepada Danish. Tak kesian dekat Danish ke? Dia perlukan mama dia!" Ferhat membentak.

Sungguh dia tak percaya dengan permintaan mengarut isterinya itu. Apa yang dia cuba buat ni?

"Tapi, awak cintakan kakak saya kan? Saya dah tak boleh hidup dengan berpura-pura. Saya tahu! Banyak kali kita cuba berbaik. Tapi, sikit pun tak berjaya! Saya penat, Ferhat! Kenapa saya kena bertahan untuk seseorang yang tak cintakan saya? Saya sakit! Saya dah tak mampu bertahan!

Hari-hari, saya fikir pasal mati! Hari-hari, saya hidup dengan ketakutan! Saya cuma nak bahagiakan orang yang sayang untuk kali terakhir. Saya dah tak boleh hidup lama.." Zehra sudah pun tersesak-esak.

"Tapi bukan ini caranya, Era.. Bukan ini ciri dia." celah Aryanna, cuba memujuk.

Zehra menggeleng laju. "Tak! Ini je cara dia. Era dah ambik kebahagiaan akak. Ini je caranya, untuk Era kembalikan kebahagiaan akak. Era dah cukup lama terseksa. Dah terlalu lama, kak.. Cuma untuk kali ni je. Era harap, akak boleh tunaikan permintaan terakhir Era." Balas Zehra, lemah.

Wajahnya makin lama makin pucat lesi. Zehra cuba kuatkan diri, walaupun dia semakin merasakan kesakitan.

"Abang? Zehra harap, ini bukan kali terakhir untuk Zehra panggil abang, abang. Tapi, siapa Zehra untuk menindakkan takdir Allah kan? Tolong ampunkan segala silap yang Zehra pernah buat dekat abang. Halalkan makan minum Zehra, selama Zehra jadi isteri abang.

Maafkan Zehra, sebab tak mampu jadi isteri yang sempurna untuk abang. Cuma satu yang Zehra nak abang tahu. Zehra sayangkan abang. Cinta Zehra untuk abang tak pernah mati. Zehra selalu ingat abang, walau apa pun yang terjadi. Maafkan Zehra."

Zehra terus memeluk badan sasa suaminya itu. Segala perit yang ditanggung, dihambur dengan titisan air mata. Semua yang berada di situ, turut menitiskan air mata yang lebat.

Tidak kurang juga dengan Ferhat, apabila air mata jantannya turut mengalir perlahan. Belakang badan isterinya di usap lembut.

"Maafkan Zehra. Tolong maafkan Zehra.." bisik Zehra bersama tangisan yang tiada henti.

"Abang maafkan Zehra." Ferhat mencium ubun-ubun Zehra, lama.

Ketika mencium ubun-ubun Zehra, Ferhat dapat rasakan seperti tubuh keding itu tidak bergerak. Tubuhnya juga terasa sejuk semacam.

"Zehra?" Ferhat terkedu tatkala tubuh isterinya tidak lagi bernyawa. Zehra terkulai layu dalam dakapan hangat Ferhat. Mungkin itu niat terakhirnya. Dapat merasa pelukan suami buat kali terakhir.

"Zehra? Zehra jangan takutkan abang! Zehra, bangun! Bangun!" Ferhat masih tidak percaya. Dia menggoncang berkali-kali dengan harapan agar gadis itu bangun semula.

Malam yang semakin larut itu, rupanya turut membawa segala keperitan Zehra di dunia.

Tenanglah, kau di sana....

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now