BAB 37

560 17 0
                                    

Telefon Aryanna berdering dengan nyaring. Tanpa melihat skrin, Aryanna terus menjawab panggilan tersebut. "Hello, assalamualaikum?" Sunyi. Sepi. Tiada sebarang jawapan di hujung talian.

Aryanna mendengur kasar. Masuk hari ini, sudah 2 hari dia  menerima panggilan tersebut. Entah siapalah yang cuba untuk bermain-main dengannya. Dia ingat kelakar ke!

"Ishh! Aku tak faham la orang yang macam ni! Dah aku angkat tu, jawab la!" Bebel Aryanna, sebal. Geram pula rasanya! Syaza yang berada di sebelah, bingung.

Awal-awal lagi dah hilang mood. "Hang awat, Yanna? Sapa yang dok call hang tuu? Dari haritu aku dok perati, hang asyik bebai jaa lepaih jawab call orang tuu. Hang kenai kaa?" Soal Syaza, ingin tahu.

"Macam mana aku nak kenal, kalau dia sikit pun tak pernah nak bersuara? Haih..! Aku terfikir la. Siapa la yang cuba nak mainkan aku ni.. Yang buat aku lagi terfikir..macam mana dia boleh dapat nombor aku. Kau tak rasa pelik ke? Bila aku dah jawab, dia tak nak bersuara pulak. Bila aku letak, sibuk nak call berkali-kali. Tak faham la!" Luah Aryanna, geram. Menyampah betul!

"Pelik tuu, pelik laa jugak. Tapi, cuba hang pikiaq balik. Macam mana dia boleh tau nombor hang, sedangkan dia tak kenai hang? So, thats mean..dia kenai hang laa. Lagipun, sapa jaa yang nak ada nombor kita selain family dengan kawan kan? Hang tak rasa macam tu kaa?" Syaza cuba memberi pandangannya.

Aryanna terdiam sejenak. Dia sedang memikirkan kata-kata rakannya itu. "Ada betul jugak apa yang kau cakap tu. Tapi, entah la. Aku tak boleh fikir sekarang ni. Okay la. Kalau dia kenal aku..kenapa dia tak jawab bila aku tanya siapa dia? Kenapa dia diam? Kau tak pelik?" Soal Aryanna, masih tidak berpuas hati.

Syaza mengeluh kecil. Penat pula nak fikir jawapan. Macam tengah struggle nak jawab soalan kbat sekolah pula. "Erm..maybe dia tuh kawan lama hang kot. So, dia malu laa nak sembang dengan hang. Hang tau dak? Setengah orang, dia bila dalam fon..fuh! Pemalu nak mampoih! Tapi, bila hang jumpa dia depan-depan nanti.. Huh! Dia sembang, lembu pak Meon tuh pon boleh terbang hang tau dak!" Balas Syaza,berseloroh.

Aryanna tergelak kecil. Lembu pak Meon mana pula ni. "Mengarut la kau ni, Sya. Lembu boleh terbang.." gumam Aryanna. "Laa.. Mengarut apanyaa? Betoi apa, apa yang aku cakap ni. Depa tu semua jenih mulut ada emaih kat dalam. Kes tuu laa malaih nak bukak mulut." Ujar Syaza, yakin.

"Memang. Tapi, kira okay laa mulut diorang tu ada emas. Mulut kau, ada apa? Batu. Kes tu la kau main sembur je dekat semua orang." Balas Aryanna sambil menahan ketawa. Lawak pula bila dengar balik.

Syaza mencebik geram. "Amboi, hang! Aku punya baik tolong hang pikiaq pasai masalah nih! Hang pekena aku balik nah! Takpaa.. Aku takmau tolong hang dah lepaih nih." Syaza memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

Aryanna tergelak kecil. "Yelah yelah! Alaahh kau ni. Gurau sikit pun tak boleh ke? Kuat merajuk kau ni kan." Syaza masih berpura-pura merajuk. "Sya. Kau rasa, apa yang aku patut buat sekarang ni? Aku yakin, dia mesti call aku lagi lepas ni. Penat la aku..kalau hari-hari kena hadap benda ni!" Luah Aryanna, lelah. Dia penat jika memikirkan tentang panggilan misteri itu.

"Lepaih ni, kalau dia call... Hang biaq jaa. Hang angkat, pastu hang biaq." Cadang Syaza. Tangannya masih cekap menulis kerja-kerja yang perlu mereka selesaikan.

Aryanna berkerut, mendengar cadangan si Syaza itu. "Aku ingat kau nak suruh aku tak payah jawab call dia. Kenapa aku kena angkat, lepas tu biar pulak? Tak boleh ke kalau aku biar tak berjawab je?" Aryanna masih kebingungan.

"Kalau hang tak angkat, nanti hang jugak yang rimaih dengan bunyi bising ringtone hang tuh. Sebab tu laa aku suruh hang angkat, then biaq. Biaq jaa call tuu. Dia senyap kaa..dia nak bersuara sekalipun.. Biaq jaa." Jelas Syaza lagi.

"Okay. Aku still tak faham. Kenapa? Kenapa aku kena buat macam tu?" Soal Aryanna lagi. "Hang nak tau pasai paa?" Aryanna mengangguk laju. "Bila hang angkat, pastu hang biaq... Secara automatiknya, kredit si pemanggil misteri tuu akan berjalan. Hal ini akan menyebabkan, panggilan akan terputus dengan sendirinya. Ada dua sebab yang akan membuatkan panggilan itu terputus secara sendiri. Sama ada si pemanggil itu yang memutuskan talian sendiri atau kredit dia dah habih." Jelas Syaza dengan lebih terperinci.

Aryanna melopong. Teori baru yang dipelajari harini. "Tapi, kalau dia guna line? Line kan unlimited." Ujar Aryanna. "Kalau dia guna line.. Itu, aku tak boleh tolong. Aku hanya ada teori untuk pengguna kredit jaa. Aku research lagi pasai line." Jujur Syaza.

Aryanna tersenyum nipis. Mungkin dia boleh cuba cara yang dicadangkan oleh Syaza itu. Kadang, otak si Syaza ni boleh diguna pakai jugak. Manalah tahu, orang yang call Aryanna itu memang menggunakan kredit.

#
Tepat jam 5 petang, semua orang yang bekerja berpusu-pusu meninggalkan tempat kerja mereka. Sudah tiba masanya untuk mereka pulang ke rumah, setelah seharian berada di pejabat.

Aryanna dan Syaza turut tidak ketinggalan untuk pulang ke rumah mereka. Mereka mengemas meja sebelum sama-sama turun ke lobi syarikat. "Yanna? Malam ni kita nak makan apa? Aku dah tak dak idea nak masak paa nih." Ujar Syaza, buntu.

"Erm..kita beli lauk je la. Kita singgah la mana-mana kedai makan dekat sini." Cadang Aryanna. Syaza mengangguk setuju. Kadang-kadang makan lauk beli ni, sedap jugak.

"Anna?" Langkah Aryanna terhenti. Tanpa sengaja, Syaza yang sedang ralit dengan telefonnya bertembung dengan Aryanna yang berada di hadapan. "Auchh! Awat hang berhenti mengejut nih, Yanna?" Soal Syaza, hairan.

Namun, soalannya itu dibiarkan sepi. Syaza perasan ada seorang lelaki berada betul-betul di hadapan Aryanna. Ehh? Macam kenai? Tuu bukan orang kanan Dato haritu kaa? Aikk? Dia buat paa kat sini? Melihat reaksi Aryanna yang sugul itu, menambah lagi rasa hairan di hati Syaza.

"Erm, Yanna. Hang kenai kaa mamat nih?" Syaza berbisik di telinga Aryanna. Aryanna tersentak. "Sya? Kau balik dulu, boleh? Aku ada hal sikit la." Ujar Aryanna. Syaza semakin hairan. Hal apa pulak nih? Tiba-tiba jaa.

"Aku boleh balik dulu. Hang takpaa kaa balik sorang-sorang nanti?" Syaza risau dan bimbang. Anak dara orang kot. Takkan nak biaq sorang-sorang. "Takpe. Nanti dia balik saya. Saya tolong hantarkan." Iqram tiba-tiba mencelah.

"Takpe. Pandai la aku balik nanti. Kau balik dulu ehh? Hati-hati." Ujar Aryanna pula. Syaza lagi bertambah hairan dan keliru. Mana satu nih? "Haa okay laa. Hang tu pun hati-hati tau! Aku balik dulu." Syaza berlalu meninggalkan Aryanna dan lelaki itu.
Namun, matanya masih tak lepas memandang Iqram dengan pandangan mencurigakan. Bukan boleh percaya sangat laki zaman laa nih!

"Awak buat apa datang sini lagi? Saya dah kata kan, yang saya tak bersedia lagi." Ujar Aryanna, sebaik Syaza hilang dari pandangan. Iqram mengeluh kecil. "But, we still need to talk Anna. Can we go talk somewhere else?" Iqram meminta izin untuk membawa gadis itu ke tempat yang lebih selesa.

Pada awalnya, Aryanna teragak-agak untuk bersetuju. Namun, memikirkan keadaan sekeliling dan hari yang semakin gelap, Aryanna terpaksa bersetuju untuk berbincang di tempat lain.

Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now